Perpustakaan Desa Kampung Sungai Sam

Directions Website

Perpustakaan Desa Kampung Sungai Sam Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

🌹HARI : RABU🌹TARIKH : 11.11.2026🌸 SUCCESS STORY USAHAWAN TEMPATAN: CEMPAKA ANIS INAI CELUP 🌸Perpustakaan Desa Kg Sungai ...
11/11/2026

🌹HARI : RABU
🌹TARIKH : 11.11.2026

🌸 SUCCESS STORY USAHAWAN TEMPATAN: CEMPAKA ANIS INAI CELUP 🌸

Perpustakaan Desa Kg Sungai Sam membawakan kisah inspirasi kejayaan usahawan tempatan, Cempaka Anis Inai Celup.

Di sebalik kejayaan yang dikecapi, tersimpan usaha, kreativiti, kesungguhan dan semangat keusahawanan dalam membangunkan perniagaan berasaskan seni inai celup.

Perkongsian ini bertujuan mengetengahkan potensi usahawan tempatan serta menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus berusaha, berkarya dan mencipta kejayaan.

📖 Jom baca kisah kejayaan Cempaka Anis Inai Celup!

🔗 Baca e-book di sini:
https://anyflip.com/trgmw/iilf

📱 Atau imbas kod QR pada poster untuk membaca.

Inspirasi Kejayaan, Kreativiti dan Keusahawanan Tempatan.

Selamat membaca dan terima kasih! ❤️

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆🌹AKTIVITI MAYA🌹HARI   : RABUTARIKH : 11/11/2026TEKI -TEKI SITUASI
11/11/2026

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆

🌹AKTIVITI MAYA🌹
HARI : RABU
TARIKH : 11/11/2026

TEKI -TEKI SITUASI

🌹HARI : RABU🌹TARIKH : 11.11.2026Air kosong boleh. Kopi O, teh dan jus tak boleh.Itu jawapan ringkas untuk soalan yang ra...
11/11/2026

🌹HARI : RABU
🌹TARIKH : 11.11.2026

Air kosong boleh. Kopi O, teh dan jus tak boleh.

Itu jawapan ringkas untuk soalan yang ramai tertanya bila dapat arahan "puasa sebelum ambil darah".

Ada yang datang klinik pukul 8 pagi dengan tekak kering kontang, sebab dari malam tak berani minum setitik air pun.

Puasa sebelum ujian darah biasanya 8 hingga 12 jam. Doktor atau klinik akan beritahu tempoh tepat untuk ujian kita.

Ujian yang biasanya perlukan puasa termasuk ujian gula darah berpuasa dan ujian kolesterol (profil lipid). Bukan semua ujian darah perlu puasa. Kalau tak pasti, tanya semasa ambil tarikh temujanji.

Kenapa perlu puasa? Bila kita makan, zat daripada makanan masuk ke dalam darah. Bacaan gula dan lemak darah boleh naik sementara, dan doktor dapat gambaran yang tak tepat.

Sebaliknya, kalau doktor tak minta puasa, tak perlu puasa. Puasa tanpa sebab pun boleh mengubah sesetengah keputusan.

Kenapa kopi O tanpa gula pun tak boleh?

Kopi dan teh mengandungi bahan tumbuhan yang boleh masuk ke dalam darah dan mengganggu bacaan. Jus dan minuman bergula lagi jelas kesannya.

Air berperisa dan air berkarbonat berperisa pun elak, sebab ada yang mengandungi gula atau pemanis.

Selain itu, elak juga kunyah gula-gula getah walaupun tanpa gula, merokok dan bersenam berat semasa berpuasa untuk ujian.

Ubat harian p**a?

Jangan berhenti sendiri. Panduan umum, ubat preskripsi biasanya diteruskan melainkan doktor beri arahan lain. Beritahu juga doktor tentang vitamin dan suplemen yang diambil.

Puasa yang betul bukan puasa paling lama.

Ikut tempoh yang diminta, minum air kosong, dan datang dengan tenang.

SUMBER : Public health Malaysia

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆🌹AKTIVITI MAYA🌹HARI   : SELASATARIKH : 10/11/2026Kuiz bertema bulan November 2026  ...
10/11/2026

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆

🌹AKTIVITI MAYA🌹
HARI : SELASA
TARIKH : 10/11/2026

Kuiz bertema bulan November 2026

🌹HARI : SELASA🌹TARIKH : 10.11.2026Jumpa tahi tikus atas kabinet dapur? Jangan terus capai penyapu.Dan jangan sekali-kali...
10/11/2026

🌹HARI : SELASA
🌹TARIKH : 10.11.2026

Jumpa tahi tikus atas kabinet dapur? Jangan terus capai penyapu.

Dan jangan sekali-kali guna vacuum.

Pagi Sabtu. Buka kabinet bawah sinki nak ambil sabun basuh pinggan.

Nampak butir-butir hitam kecil bertaburan. Ada bau hancing. Plastik roti sudah bertebuk.

Refleks kita semua sama. Ambil penyapu, sapu laju-laju, buang dalam tong. Atau lagi "power", sedut terus dengan vacuum. Siap dalam dua minit.

Rupa-rupanya, itulah cara paling berisiko.

Tahi, air kencing dan sarang tikus boleh membawa kuman dan virus. Bila semua tu dah kering, kemudian disapu atau disedut, zarah halus dan titisan yang membawa virus akan berterbangan ke udara.

Dan kita hidu.

Agensi kesihatan antarabangsa menjelaskan, penyakit daripada tikus kebanyakannya berjangkit kepada manusia bila kita bernafas dalam udara yang tercemar. Antaranya hantavirus, yang tersebar melalui air kencing, tahi atau air liur tikus yang dijangkiti.

Bayangkan tepung halus dalam bekas. Kalau dilap dengan kain basah, ia melekat. Kalau dikibas, ia naik ke muka.

Prinsipnya sama. Basahkan dulu, baru bersihkan.

Cara yang disarankan pakar bermula sebelum anda sentuh apa-apa.

Buka semua pintu dan tingkap 30 minit dulu. Keluar dari ruang itu sementara.

Pakai sarung tangan getah atau plastik.

Bancuh 1 bahagian peluntur dengan 9 bahagian air. Bancuh baru setiap kali nak guna.

Sembur tahi dan kesan kencing sampai betul-betul basah. Biarkan 5 minit.

Lap dengan tisu dapur, dan buang terus dalam tong sampah bertutup.

Basuh tangan yang masih bersarung dengan sabun dulu, baru tanggalkan sarung tangan. Lepas tu cuci tangan dengan sabun dan air suam.

Kalau plastik makanan dah digigit, buang makanan itu. Jangan "potong bahagian yang kena" sahaja.

Lepas tu, tutup jalan masuk mereka. Tutup rapat bekas makanan, buang sampah setiap malam, dan tampal lubang di bawah sinki.

Tikus memang geli.

Tapi yang lebih bahaya ialah cara kita bersihkan kesannya.

Save post ni untuk hari anda jumpa tahi tikus dalam dapur.

SUMBER : public health Malaysia

HARI : ISNINTARIKH : 09.11.2026JOM KENALI PERPUSTAKAAN DESA KG SUNGAI SAM!Di sebalik sebuah perpustakaan desa,tersimpan ...
09/11/2026

HARI : ISNIN
TARIKH : 09.11.2026

JOM KENALI PERPUSTAKAAN DESA KG SUNGAI SAM!

Di sebalik sebuah perpustakaan desa,tersimpan pelbagai kisah,sejarah,ilmu dan aktiviti yang membawa manfaat kepada komuniti.
Kini,segala informasi mengenai Perpustakaan Desa Kg Sungai Sam dihimpunkan menjadi sebuah E-Book Profil Perpustakaan Desa 2026 untuk tatapan dan rujukan masyarakat.

E-BOOK PROFIL PERPUSTAKAAN DESA 2026
"Terokai pelbagai informasi menarik berkaitan:"

dan latar belakang perpustakaan desa kg sungai sam
PD
perkhidmatan
dan perkhidmatan
serta program komuniti
dan pelbagai pengisian ilmu

Jom Imbas QR atau klik pautan untuk membaca E-Book kami..

pautan E-Book:
https://anyflip.com/trgmw/gdxx

Jom bersama-sama mengenali,mendekati dan memanfaatkan Perpustakaan Desa sebagai pusat ilmu,pusat komuniti dan pemangkin kecermelangan masyarakat..

Selamat membaca!Terima kasih kerana sudi mengunjungi E-Book Profil Perpustakaan Desa Kg Sungai Sam 2026..

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆🌹AKTIVITI MAYA🌹HARI   : ISNINTARIKH : 09/11/2026KUIZ HARI DEEPAVALI
09/11/2026

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆

🌹AKTIVITI MAYA🌹
HARI : ISNIN
TARIKH : 09/11/2026

KUIZ HARI DEEPAVALI

🌹HARI : ISNIN🌹TARIKH : 09/11/2026Masuk kereta pukul 1 tengah hari. Stereng panas. Kusyen panas.Hidupkan enjin, pasang ai...
09/11/2026

🌹HARI : ISNIN
🌹TARIKH : 09/11/2026

Masuk kereta pukul 1 tengah hari. Stereng panas. Kusyen panas.

Hidupkan enjin, pasang aircond paling kuat, terus tekan butang bergambar kereta dengan anak panah berpusing.

Lepas tu butang itu tak pernah ditutup. Sampai seminggu.

Butang itu ialah recirculation, atau mod udara kitar semula. Bila ia hidup, aircond berhenti ambil udara luar dan hanya memusingkan semula udara yang sama dalam kabin.

Bagus untuk sejukkan kereta dengan cepat. Bagus juga masa lalu belakang lori yang berasap hitam.

Tapi ada satu benda yang ramai tak perasan.

Setiap kali kita bernafas, kita hembus karbon dioksida. Dalam ruang yang luas, ia cepat bercampur dengan udara. Dalam kabin kereta yang kecil dan tertutup, ia berkumpul sedikit demi sedikit.

Satu kajian menguji sebuah SUV dengan pemandu dan seorang penumpang dalam mod recirculation penuh. Dalam masa 23 minit, paras karbon dioksida dalam kabin naik sehingga 3,000 ppm. Udara luar biasanya sekitar 400 ppm sahaja.

Kajian lain yang dirujuk dalam kertas yang sama mendapati kereta dengan 3 penumpang boleh mencecah 4,500 ppm dalam masa 10 minit.

Paras ini bukan racun macam asap ekzos. Tapi beberapa kajian mendapati paras karbon dioksida sederhana tinggi, sekitar 1,000 hingga 2,500 ppm, boleh menurunkan prestasi membuat keputusan.

Bila memandu, membuat keputusan itulah kerja utama kita setiap saat.

Jadi macam mana nak guna dengan betul?

Masuk kereta yang panas, buka tingkap seminit dua untuk lepaskan udara panas yang terperangkap. Kemudian tutup, pasang aircond, dan guna recirculation sekejap untuk sejukkan kabin dengan cepat.

Bila kabin dah sejuk, tukar semula ke mod udara luar. Lebih-lebih lagi bila perjalanan jauh dan kereta penuh dengan keluarga.

Lalu kawasan berasap, terowong atau trafik sesak, boleh tekan recirculation sekejap, kemudian tukar balik.

Kalau mula rasa berat kepala atau menguap tak henti, buka udara luar dan berhenti rehat di R&R terdekat.

Pengkaji juga mendapati campuran separa, iaitu sebahagian udara luar dibiar masuk, mampu kekalkan karbon dioksida jauh lebih rendah sambil masih menapis habuk.

Butang kecil di dashboard itu bukan musuh.

Cuma jangan biar ia hidup sepanjang jalan

Cuma jangan biar ia hidup sepanjang jalan.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆🌹AKTIVITI MAYA🌹HARI   : SELASATARIKH : 03/11/2026KUIZ BERTEMA : KESUKARELAWAN DAN K...
03/11/2026

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA💪😆

🌹AKTIVITI MAYA🌹
HARI : SELASA
TARIKH : 03/11/2026

KUIZ BERTEMA : KESUKARELAWAN DAN KEMASYARAKATAN

Address

PM 06, Kampung Sungai Sam
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Sungai Sam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services