AADK Hulu Selangor

Call Directions Website Contact the organization

AADK Hulu Selangor Facebook Rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor Ingin dapatkan maklumat terkini berkaitan dadah, penagihan dan rawatan?

Jom ikuti kami di media sosial rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Di platform berkenaan, kami turut sediakan info-info mengenai perkhidmatan kami.
--------------------------------------------------------------------------
. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Jika anda/ rakan anda menghadapi masalah berkaitan dadah hubungi pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian hotline AADK atau
019-626 2233 untuk keterangan lanjut.

28/10/2026
27/10/2026

Duit boleh dicari, tapi "tempat" dalam keluarga tiada ganti.

Ramai ingat menagih cuma memberi kesan pada diri sendiri saja. Tapi, sebenarnya juga memberi kesan pada ibu bapa. Setiap kali waktu makan, mata mereka tetap dekat kerusi kosong tu, menanti kepulangan yang tak pasti.

Jangan biarkan kerusi itu kosong selamanya. Pulanglah ke pangkal jalan, sebelum ruang di hati mereka tertutup.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



27/10/2026
27/10/2026

Tak boleh dinafikan, memang ada ketenangan yang luar biasa bila tengok matahari terbenam di tepi pantai atau tasik. Tapi tahu tak, dalam keindahan warna jingga tu, terselit satu peralihan waktu yang wajar untuk kita berjaga-jaga?

Ini bukanlah kepercayaan tahyul atau mitos rekaan. Mengikut ajaran Islam, Al-Quran sendiri mengesahkan kewujudan alam ghaib seperti jin dan syaitan, di mana Rasulullah SAW menerusi hadis sahih turut mengingatkan kita agar membatasi aktiviti luar dan mengumpulkan ahli keluarga apabila tirai Maghrib mula menjelang.

Dari sudut pandangan yang rasional, aktiviti berlegar di kawasan sunyi, berair, atau bertumbuhan tebal pada waktu remang senja juga mendedahkan kita kepada risiko keselamatan fizikal seperti gangguan haiwan berbisa, jarak penglihatan yang terhad, serta pendedahan kepada risiko sosial dan persekitaran yang tidak selamat.

Gunakan hari Ahad ini untuk kumpul tenaga semula dan cas jiwa kita, tetapi pastikan kita berada di tempat yang selamat dan berfaedah sebelum malam melabuhkan tirainya. Jaga diri kita semua!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



27/10/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan,bagi tempoh 2001 hingga 2026.

Sepanjang 25 tahun pemerintahan, kebijaksanaan dan kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menjadi naungan serta sumber inspirasi dalam memacu kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta keafiatan yang berpanjangan, dan memayungi pemerintahan Tuanku dengan kebijaksanaan serta kedaulatan yang berkekalan.

Sembah takzim daripada
Agensi Antidadah Kebangsaan








27/10/2026

Setiap insan mempunyai keistimewaan dan perjalanan hidup yang berbeza. Kita tidak perlu menjadi orang lain untuk merasa diterima, apatah lagi mencari ketenangan melalui sesuatu yang boleh merosakkan diri.

Seperti bunga yang mekar dengan keindahannya sendiri, hargailah potensi diri, peliharalah maruah dan pilihlah jalan kehidupan yang membawa kebaikan.

Jangan biarkan pengaruh negatif memadamkan sinar masa depan. Berani berkata tidak kepada dadah, kerana diri kita terlalu berharga untuk dipertaruhkan. 🌱

Mekarlah dengan pilihan yang sihat, bukan terjebak dalam kesilapan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



27/10/2026

OPS PERDANA AADK SELANGOR: PENGUATKUASAAN DEMI MEMBUKA PELUANG KEPULIHAN

Operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bukan sekadar bertujuan mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, malah menjadi antara pendekatan penting bagi membuka ruang kepada mereka untuk mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan.

Melalui pelaksanaan Ops Perdana Siri 4/2026 di enam daerah sekitar Selangor, AADK terus memperkukuh usaha mengesan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan bahan agar tindakan susulan serta penilaian keperluan rawatan dan pemulihan dapat dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen AADK dalam memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu dengan usaha rawatan dan pemulihan, sekali gus memberi peluang kepada individu yang memerlukan bantuan untuk kembali membina kehidupan yang lebih sihat, produktif dan bermakna.

AADK percaya bahawa sokongan keluarga, komuniti dan masyarakat amat penting dalam membantu proses kepulihan, di samping mengurangkan stigma terhadap individu yang sedang berusaha untuk berubah.

Usaha berterusan ini selaras dengan aspirasi negara ke arah Dadah Terkawal 2030 yang memberi penekanan kepada keseimbangan aspek penguatkuasaan, pencegahan serta rawatan dan pemulihan demi kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Penguatkuasaan bukan pengakhiran, tetapi boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah kepulihan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

27/10/2026

"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.”
- Surah Az-Zumar, ayat 53

Setiap insan mempunyai kisah silam dan pernah melakukan kesilapan. Namun, masa lalu bukanlah penentu masa depan. Selagi masih ada kemahuan untuk berubah, sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih baik.

Jangan biarkan kesilapan semalam memadamkan harapan hari ini. Bangkitlah, teruskan langkah dan berusahalah menjadi insan yang lebih baik. Perjalanan perubahan mungkin tidak mudah, tetapi setiap usaha yang dilakukan dengan kesungguhan adalah langkah menuju masa depan yang lebih bermakna.

AADK sentiasa komited membuka ruang dan memberi sokongan kepada individu yang ingin berubah, pulih dan kembali menjalani kehidupan yang sihat serta sejahtera.

Ingatlah, anda bukan ditentukan oleh masa lalu, tetapi oleh keberanian untuk berubah hari ini. Jangan berputus asa. Teruskan melangkah!

Address

Lot 34 Jalan Raja Muda Jaafar Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu
44000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00

Telephone

+60360641531

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Hulu Selangor:

Shortcuts

Share