27/10/2026
Rakaman Sejarah Lisan Tokoh | 27.10.2026 | Muzium Perubatan Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Fakulti Perubatan Universiti Malaya.
Pasukan Sejarah Lisan, Perpustakaan Universiti Malaya telah melaksanakan sesi rakaman sejarah lisan tokoh bersama YBhg En Abd Aziz bin Abdul Rashid, Mantan Ketua dan Kurator Muzium Seni Asia, Universiti Malaya. Sesi rakaman ini dikendalikan oleh Puan Siti Mawarni Salim, dengan kehadiran Puan Noorsuzila Mohamad dan Encik Haslan Tamjehi sebagai pemerhati, serta Encik Nor Mohamad Faiz dan Encik Mohamad Firdaus sebagai kru teknikal.
Sesi ini mendokumentasikan perjalanan kerjaya, sumbangan dan penglibatan beliau dalam perkembangan Muzium Seni Asia sepanjang 27 tahun perkhidmatannya. Dokumentasi ini juga penting sebagai sumber rujukan sejarah dan penyelidikan bagi generasi akan datang, khususnya dalam memahami sejarah perkembangan institusi dan koleksi warisan Universiti Malaya.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada En Abd Aziz diatas kesudian beliau untuk ditemubual. Perkongsian ini amat bermakna kerana pengalaman beliau bukan sahaja menggambarkan perjalanan kerjayanya, malah membantu kita memahami perkembangan sesebuah institusi, cabaran yang pernah dihadapi serta nilai ilmu yang wajar diwariskan kepada generasi seterusnya.
"Menggapai ke langit dengan aspirasi masa hadapan, mengakar ke bumi dengan kekuatan warisan silam. Kerana setinggi mana kita melangkah, sejarah tetap menjadi akar yang meneguhkan jati diri merentas zaman"
--------------------------------------
The Oral History Team of Universiti Malaya Library conducted an oral history session with Mr Abd Aziz Abdul Rashid, former Head and Curator of the Museum of Asian Art, documenting his 27 years of service and contributions to the museum’s development.
Our sincere appreciation to Mr Abd Aziz for sharing his invaluable experiences and insights, preserving UM’s institutional heritage for future generations.
Preserving the past, inspiring the future.