Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu ditubuhkan mengikut Kebenaran Perjawatan Negeri Terengganu Bil. 2/1988 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.

Merafak sembah takziah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja Terengganu...
25/10/2026

Merafak sembah takziah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan adinda Baginda, Allahyarham YAM Dato' Seri Dr. Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Al-Fatihah.

08/10/2026

myVCC - Runding Cara Dalam Talian

Platform konsultasi video maya yang memudahkan anda berurusan dengan Mahkamah Syariah Terengganu tanpa perlu hadir ke mahkamah. Mudah, cepat dan selesa dari mana-mana sahaja.

🔗 Layari: https://myvcc.terengganu.gov.my

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐔𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐑𝐔𝐍𝐄𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌6 Oktober ...
07/10/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐔𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐑𝐔𝐍𝐄𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌

6 Oktober 2026, Selasa - Yang Amat Arif Dato’ Haji Wan Abd Malik bin Wan Sidek, Ketua Hakim Syarie Terengganu bersama Yang Arif Tuan Haji Nik Mohd Shahril Irwan bin Mat Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam bertempat di Pejabat Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri bersama oleh Yang Mulia Dayang Hajah Hadiyati binti Haji Abdul Hadi, Ketua Pendakwaan Syar'ie di Bahagian Pendakwaan Syar'ie dan Yang Mulia Dr. Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Perundangan Islam, Jabatan Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Negara Brunei Darussalam.

Pertemuan mahabbah ini memperkukuhkan lagi persefahaman serta jaringan kerjasama perundangan dan kehakiman syariah di antara negeri Terengganu, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Terengganu turut menandatangani buku lawatan rasmi di Pejabat Menteri seterusnya sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 & 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔6 Oktober ...
07/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 & 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

6 Oktober 2026, Selasa - YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Terengganu telah menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2026 bertempat di The Rizqun International Hotel, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Persidangan berprestij peringkat serantau ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh tetamu kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) Negara Brunei Darussalam.

Mengangkat tema “Kehakiman Syariah Nusantara Dalam Era Kecerdasan Buatan (AI): Cabaran, Etika dan Hala Tuju Kehakiman Syariah”, persidangan hari pertama ini turut menyaksikan sesi pembentangan kertas kerja ilmiah daripada tokoh-tokoh kehakiman negara serantau.

Brunei:
Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Mahkamah Syariah: Isu, Cabaran dan Cadangan oleh Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Negara Brunei Darussalam.

Malaysia:
Pembentangan oleh Yang Arif Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM.

Indonesia:
Pembentangan oleh Yang Mulia Dr. H. Imron Rosyadi, S.H., M.H., Hakim Agung Mahkamah Agung Republik Indonesia.

Singapura:
Pembentangan oleh Yang Arif Dr. Feirul Maliq bin Intajalie, Presiden Mahkamah Syariah Singapura.

Penyertaan JKSTR dalam persidangan ini amat signifikan dalam memperkukuh wacana kehakiman serta meneroka pemerkasaan teknologi AI dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah masa kini.

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑'𝐈𝐄, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐔𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐑...
07/10/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑'𝐈𝐄, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐔𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐑𝐔𝐍𝐄𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌

5 Oktober 2026, Isnin – YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pendakwaan Syar'ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam pada jam 3.00 petang.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada pengisian program sempena kehadiran beliau menghadiri Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2026 di Bandar Seri Begawan.

Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala, bertukar-tukar pandangan serta mempererat jaringan kerjasama institusi perundangan dan kehakiman syariah serantau ke arah memartabatkan syiar serta keadilan perundangan Islam.

Semoga kunjungan ini membawa manfaat besar kepada kemajuan pentadbiran kehakiman dan perundangan syariah, khususnya di negeri Terengganu.

KEADILAN TIDAK MENGENAL BATAS FIZIKALKUALA NERUS, 24 September 2026 - Alhamdulillah, hari ini Mahkamah Rendah Syariah Da...
01/10/2026

KEADILAN TIDAK MENGENAL BATAS FIZIKAL

KUALA NERUS, 24 September 2026 - Alhamdulillah, hari ini Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu (MRSD KT) telah melaksanakan satu perbicaraan di luar premis mahkamah, bertempat di rumah seorang Responden di Kuala Nerus.

Sidang mahkamah khas ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Ropi bin Busu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, bagi mendengar kes Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai.

Langkah ini diambil kerana keprihatinan pihak mahkamah terhadap keadaan kesihatan Responden yang terlantar disebabkan kemalangan, sekali gus menghalang beliau untuk hadir ke premis mahkamah.

Turut serta dalam sesi ini ialah Pembantu Hakim, Pegawai Mahkamah dan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan kelancaran prosedur.

Ini adalah bukti komitmen Institusi Kehakiman Syariah dalam memudahcara urusan dan memastikan akses kepada keadilan tetap terjamin bagi setiap lapisan masyarakat, walau apa pun keadaannya.

Semoga usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan memberi kelegaan kepada semua pihak yang terlibat.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑'𝐈𝐄, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐔𝐆𝐀𝐌𝐀, 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐑𝐔𝐍𝐄𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌10 September 2026, Khami...
13/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑'𝐈𝐄, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐔𝐆𝐀𝐌𝐀, 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐑𝐔𝐍𝐄𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌

10 September 2026, Khamis - Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) telah menerima lawatan kerja bersejarah daripada Bahagian Pendakwaan Syar'ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Delegasi seramai 8 orang yang diketuai oleh Yang Mulia Hajah Hadiyati binti Haji Abdul Hadi, Pemangku Ketua Pendakwa Syar'ie Brunei, disambut mesra oleh kepimpinan JKSTR.

Program dimulakan dengan sesi bergambar di lobi utama sebelum bergerak ke Bilik Gerakan, di mana ucapan aluan disampaikan oleh YAA Dato' Ketua Hakim Syarie Terengganu, diikuti ucapan balas daripada Pemangku Ketua Pendakwa Syar'ie Brunei.

Lawatan kerja ini bukan sahaja mengeratkan jalinan silaturahim, malah menjadi platform untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat. Para delegasi didedahkan dengan taklimat korporat, sistem digital ESV3, serta perbincangan mendalam mengenai pengendalian kes jenayah syariah.

Semoga usaha ini membawa kepada peningkatan kecemerlangan dalam sistem perundangan Islam di kedua-dua buah negara.

Terima kasih atas lawatan ini!

Sekalung Tahniah kepada penerima-penerima Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Har...
06/09/2026

Sekalung Tahniah kepada penerima-penerima Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 6 September 2026 bersamaan 24 Rabiulawal 1448H di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

YAA Dato' Haji Wan Abd Malik bin Wan Sidek,
Ketua Hakim Syarie Terengganu,
Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.)

YA Tuan Haji Mohd Nazri bin Yusof,
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu,
Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.)

Puan Noor Afzan binti Adam,
Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu,
Darjah Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.)

Tuan Haji Mat Ropi bin Busu,
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu,
Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin (A.M.Z.)

Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Khairul Anuar,
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman
Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.)

Tuan Muhamad Khasmizan bin Abdullah,
Pengarah Bahagian Penyelidikan / Pegawai Penyelidik
Ketua Hakim Syarie Terengganu,
Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.)

31 Ogos 2026, Isnin - Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Har...
01/09/2026

31 Ogos 2026, Isnin - Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

"Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati"

29 Ogos 2026, Sabtu - Penyertaan Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam raptai penuh Perarakan dan Perbari...
01/09/2026

29 Ogos 2026, Sabtu - Penyertaan Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam raptai penuh Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

"Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati"

Address

Bangunan Mahkamah Syariah
Kuala Terengganu
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096232323

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services