Ameerah DUN Batu Buruk

Call Directions

Ameerah DUN Batu Buruk AMEERAH Menerajui Wanita Muda Ke Arah Budaya Politik Matang Dan Sejahtera. Apakah AMEERAH? Politik
2. Patriotisme
3.

AMEERAH dalam Bahasa Arab bermaksud pemimpin wanita. Visi Ameerah adalah "Ke Arah Kepimpinan Politik Wanita Muda Bertaraf Dunia"

Misi Ameerah adalah 3P:
1. Partisipasi

AMEERAH merupakan sebuah entiti khusus bagi muslimat muda dalam Dewan Muslimat Parti Islam Semalaysia. Fokus utama AMEERAH adalah untuk menggiatkan kesedaran politik dalam kalangan generasi wanita muda, menanamkan semangat patriotisme terhadap negara dan meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat. "Menerajui Perubahan Generasi Muda"

Alhamdulillah, Ameerah Care Batu Buruk pagi ini bersama Dr Farhaana, kami berpeluang menziarahi 6 buah rumah ibu muda be...
26/10/2026

Alhamdulillah, Ameerah Care Batu Buruk pagi ini bersama Dr Farhaana, kami berpeluang menziarahi 6 buah rumah ibu muda bersalin dalam cawangan sekitar DUN Batu Buruk:
📍 Batu Putih (1)
📍 Jalan Kenanga (1)
📍 Mengabang Tengah (1)
📍 Gong Tok Nasek (1)
📍 Gong Kemungting (1)
📍 Taman Purnama (1)
Bertuah dapat melihat senyuman para ibu dan menatap wajah comel cahaya mata yang baru hadir menambah seri keluarga. Syukur tidak terhingga atas kurniaan zuriat ini.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik buat para ibu yang baru bersalin, pulihkanlah mereka dengan sempurna dan limpahkanlah kekuatan dalam menjaga amanah-Mu. Peliharalah bayi-bayi ini, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, sihat tubuh badan serta cerdas akalnya. Berkatilah seluruh keluarga dengan kasih sayang, kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Semoga ibu-ibu muda dan keluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Sanah Helwah buat Puan Nurul Nabihah Mustaffa 🌸 Ketua Ameerah DUN Batu Buruk.Barakallah fii umrik. Semoga Allah SWT memb...
26/10/2026

Sanah Helwah buat Puan Nurul Nabihah Mustaffa 🌸 Ketua Ameerah DUN Batu Buruk.
Barakallah fii umrik. Semoga Allah SWT memberkati usia, mengurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga Allah menambah keberkatan, keikhlasan dan istiqamah dalam memimpin gerak kerja yang diamanahkan. Aamiin. 🤲

Siiru ala barakatillah.

𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ*"Sesungguhnya kami a...
24/10/2026

𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

*"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali."*

Seluruh saf kepimpinan dan ahli Ameerah DUN Batu Buruk merafak sembah takziah yang setulusnya ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, serta seluruh Kerabat Diraja Terengganu atas kemangkatan:

Yang Amat Mulia Dato’ Seri Tengku Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud

(Adinda kepada KDYMM Sultan Terengganu)

Almarhum telah mangkat pada jam 1.20 pagi, hari Sabtu di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur.

Sesungguhnya pemergian ini merupakan satu kehilangan besar buat seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman.

Marilah bersama-sama kita menadah tangan mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang-orang yang beriman.

Semoga KDYMM Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja Terengganu dikurniakan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi suasana dukacita ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Ameerah DUN Batu Buruk

🌿✨ USRAH | TASAWWUR ISLAM YANG SEBENAR ✨🌿Islam bukan sekadar ibadah di atas sejadah, tetapi panduan hidup dalam setiap l...
23/10/2026

🌿✨ USRAH | TASAWWUR ISLAM YANG SEBENAR ✨🌿

Islam bukan sekadar ibadah di atas sejadah, tetapi panduan hidup dalam setiap langkah kita.

Alhamdulillah, usrah kali ini kita menyambung perbincangan tentang Tasawwur Islam Yang Sebenar, memahami Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh, bukan sekadar terbatas kepada ibadah khusus semata-mata.

Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan kita, antaranya:

✨ Ekonomi – mencari rezeki dan mengurus harta berlandaskan syariat.

✨ Politik – mentadbir dan memimpin dengan keadilan serta amanah.

✨ Dakwah – mengajak manusia kepada kebaikan dan menyebarkan risalah Islam.

✨ Pergaulan (Muamalat) – menjaga hubungan sesama manusia dengan akhlak dan adab Islam.

✨ Jihad – bersungguh-sungguh memperjuangkan kebaikan dan menegakkan kebenaran mengikut tuntutan syariat.

✨ Sistem Kekeluargaan – membina keluarga yang harmoni berteraskan iman, kasih sayang dan tanggungjawab.

Semoga melalui usrah ini, kita bukan sahaja memahami Islam dengan ilmu, tetapi turut menghayatinya dalam amal dan perjuangan. Kerana Islam bukan hanya untuk diamalkan pada waktu tertentu, tetapi menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan.

Moga Allah menetapkan hati kita untuk terus memahami, menghayati dan memperjuangkan Islam dalam kehidupan.


𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
23/10/2026

𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

🌿✨ MUNAJAT BULANAN AMEERAH DUN BATU BURUK ✨🌿 Alhamdulillah, selesai sudah Munajat Bulanan Ameerah DUN Batu Buruk yang te...
22/10/2026

🌿✨ MUNAJAT BULANAN AMEERAH DUN BATU BURUK ✨🌿

Alhamdulillah, selesai sudah Munajat Bulanan Ameerah DUN Batu Buruk yang telah berlangsung pada 21 Oktober 2026, jam 8.45 malam menerusi platform Google Meet.

Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kesempatan untuk bersama-sama dalam majlis munajat ini. Semoga setiap doa yang dititipkan, setiap zikir yang dilafazkan dan setiap pengharapan yang dipanjatkan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta pertolongan Allah SWT buat kita semua. 🤍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Rahimah Muda, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu, atas kesudian bersama-sama memberikan Taujihat kepada kami.

Semoga munajat bulanan ini terus menjadi medan untuk kita memperkukuh hubungan dengan Allah SWT, menyuburkan ukhuwah sesama ahli serta memperteguh semangat istiqamah dalam gerak kerja dakwah dan perjuangan Islam.

🤲🏻 Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam perjuangan-Mu, kuatkanlah langkah kami dalam melaksanakan amanah-Mu dan kurniakanlah keberkatan dalam setiap usaha kami.

21/10/2026
Tahniah Puan Nurul Asma Abd Wahap atas kejayaan meraih Sarjana Pengajian Islam. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi cahay...
17/10/2026

Tahniah Puan Nurul Asma Abd Wahap atas kejayaan meraih Sarjana Pengajian Islam. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi cahaya dan bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama. 🌸
Daripada Ameerah DUN Batu Buruk.Semoga ilmu yang diperoleh menjadi cahaya dan bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama.

Semoga terus menjadi semangat dan inspirasi kepada semua yang sedang menuntut ilmu walau dimana berada..

Sanah Helwah buat Puan Siti Rawiah Sheikh Abd Razak 🌸Barakallah fii umrik. Semoga Allah SWT memberkati usia, mengurniaka...
16/10/2026

Sanah Helwah buat Puan Siti Rawiah Sheikh Abd Razak 🌸
Barakallah fii umrik. Semoga Allah SWT memberkati usia, mengurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga Allah menambah keberkatan, keikhlasan dan istiqamah dalam memimpin gerak kerja yang diamanahkan. Aamiin. 🤲

Alhamdulillah.. dgn IzinNya sudah selesai ziarah bersalin hari ini di 6 cawangan sekitar Batu Burok yang bertempat di ka...
12/10/2026

Alhamdulillah.. dgn IzinNya sudah selesai ziarah bersalin hari ini di 6 cawangan sekitar Batu Burok yang bertempat di kampung Padang Luar (1), Tok Adis (1), Gong Baru (1), Kg Nibung Hilir (1), Kg Nibung Che Damak (1) dan Jalan Kenanga (1)

Terima kasih pada tuan rumah yang mengalu alukan kedatangan kami. Semoga kalian sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu. Amiinn ❣️

Address

Kuala
20400

Telephone

+601111010739

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah DUN Batu Buruk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services