Jpkk Ladang Flat

Call Directions

Jpkk Ladang Flat Pages Rasmi Jpkk Ladang Flat

02/11/2026

Alhamdulillah, bermulanya satu lagi fasa penting buat anak-anak kita yang bakal menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2026.

Kak Da ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPKK kepada semua calon yang akan menghadapi ujian bermula 2 hingga 5 November 2026.

Buat anak-anak sekalian, manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari, jawab setiap soalan dengan tenang dan yakin. Ingatlah, usaha dan doa adalah iringan terbaik dalam setiap perjalanan menuntut ilmu.

Kak Da juga mendoakan agar semua calon diberikan ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Buat ibu bapa dan para guru, terima kasih atas segala pengorbanan, bimbingan dan doa yang tidak pernah putus buat anak-anak ini.

Semoga kejayaan menjadi milik kalian. Teruskan melangkah dengan yakin!

20/10/2026

SELAMAT HARI LAHIR AYAH CHIK...🌹

Buat Murabbi Ummah yang dikasihi, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Semoga Allah SWT mengurniakan usia yang penuh keberkatan, kesihatan yang berpanjangan serta kekuatan untuk terus memimpin dan membimbing ummah di jalan perjuangan Islam.

Jasamu menjadi inspirasi, ilmumu menjadi pedoman, perjuanganmu menjadi warisan.

Ya Allah..peliharalah Tuan Guru dalam rahmat-Mu, teguhkan langkahnya dan ganjarilah segala pengorbanannya dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.

11/10/2026
07/10/2026

MALAM LADANG BERSELAWAT 🌙

Malam yang ditunggu-tunggu bakal tiba! Satu malam yang istimewa, menghimpunkan hati-hati yang rindu kepada Rasulullah ﷺ. ❤️

Ayuh hadir beramai-ramai ke Malam Ladang Berselawat dengan pelbagai pengisian yang sarat dengan ilmu, alunan selawat dan tausiyah.

Antara pengisian malam:

📖 Bacaan Maulid Dhiya' Ullami'
🎼 Alunan Qasidah
🌙 Qiam Selawat Ramai Ramai
🎤 Tazkirah Ustaz Mustaffa Kamal
🤲🏻 Doa Munajat
🥁 Persembahan Nasyid & Berselawat oleh kumpulan nasyid SOUL

📅 9 Oktober 2026 | Jumaat
📍 Pekarangan Masjid Khalifah
🕢 Bermula 8.30 malam

🌹 Mari kita hadir bersama, membawa keluarga dan sahabat untuk menghidupkan malam dengan selawat, ilmu dan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Jom kita hadir dan raikan cinta kepada Rasulullah ﷺ bersama-sama! ❤️


05/10/2026

JANGAN LEPASKAN PELUANG! TERBUKA UNTUK SEMUA!

KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA AL-FADHIL USTAZ AZHAR IDRUS (UAI)

Kak Da nak jemput seluruh warga DUN Ladang dan orang ramai untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis ilmu bersama tokoh pendakwah kesayangan ramai, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. 🥰

Jom kita luangkan masa untuk memperbaharui jiwa, memperkukuh iman dan menambah kefahaman agama.

📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi
📍 Pekarangan Kompleks DUN Ladang

Sempena Program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat DUN Ladang, mari bersama mengimarahkan majlis ilmu dan mengisi pagi dengan pengisian yang bermanfaat.

✨ Ajak keluarga, jiran tetangga dan sahabat sekali. Kak Da tunggu semua, insya-Allah!

18/08/2026

Address

17/04 Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa II
Kuala
20000

Telephone

+60187634966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jpkk Ladang Flat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services