Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat PPD KUDAT MENJUARAI PERUBAHAN, KUDAT JUARA OBJEKTIF

1. Menjana pengurusan dan kepimpinan terbaik pendidikan di
Daerah Kudat
2.

Menjana pengurusan terbaik dan mempertingkatkan prestasi
akademik dalam semua peperiksaan awam di Daerah Kudat
3. Menjana pengurusan Kokurikulum Daerah Kudat
4. Menjana pengurusan sektor kemanusiaan dengan berkesan
5. Menyelaras urusan pembangunan dan penyelanggaraan
fizikal sekolah-sekolah Daerah Kudat
6. Menjana pengurusan peperiksaan Awam dalam Daerah Kudat
dengan berkesan
7. Menjana pengurusan pendidikan dengan berkesan
8. Menjana Pengurusan ICT daerah dengan berkesan
9. Mengurus kewangan kerajaan dengan telus, berhemah dan amanah.

Wishing a Happy Deepavali to everyone celebrating! May our bonds of friendship and unity continue to flourish in harmony...
08/11/2026

Wishing a Happy Deepavali to everyone celebrating! May our bonds of friendship and unity continue to flourish in harmony and last forever.

Sincerely, from all of us at PPD Kudat.

5 NOVEMBER 2026 | KHAMIS | PULAU BANGGIMAJLIS PENUTUPAN TINJAUAN PROFESIONAL PENGOPERASIAN SEKOLAH-SEKOLAH (TPPS) DI PUL...
05/11/2026

5 NOVEMBER 2026 | KHAMIS | PULAU BANGGI

MAJLIS PENUTUPAN TINJAUAN PROFESIONAL PENGOPERASIAN SEKOLAH-SEKOLAH (TPPS) DI PULAU BANGGI.

TPPS oleh Jemaah Nazir Negeri Sabah, KPM ke SMK Banggi hari ini ditutup dengan rasminya. TPPS yang telah bermula sejak 3 November 2026 diketuai oleh YBrs. Dr Normiati binti Batjo, bersama rakan Nazir Kanan dan Nazir Sekolah.

TPPS turut diiringi oleh Encik Jafnar Bin Haji Aludin, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kudat, mewakili tuan PPD Encik Awang Daramat bin Haji Mattiasin beserta rombongan dari semua sektor di PPD Kudat. Tinjauan itu juga melibatkan beberapa buah sekolah rendah di Pulau Banggi.

5 NOVEMBER 2026 | MAJLIS PENGANUGERAHAN DUTA GURU | PICC Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Norsila binti Sa...
05/11/2026

5 NOVEMBER 2026 | MAJLIS PENGANUGERAHAN DUTA GURU | PICC

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Norsila binti Samsudin dari SMK Banggi, satu-satunya penerima dari Sabah yang meraih Anugerah Projek Inovasi Terunggul menerusi projek Smart Food Saver dalam Majlis Penganugerahan Duta Guru Kohort 6, Program Duta Guru Yayasan PETRONAS pada 3–4 November 2026.

* video penganugerahan diruangan komen

Syabas Cikgu Norsila dan seluruh warga SMK Banggi! 👏

Tahniah Puan.
04/11/2026

Tahniah Puan.

Kami turut berbangga

​Sekalung tahniah dan ucapan selamat bertugas diucapkan kepada YBrs. Puan Indang Kasi binti Haji Sibin atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan yang berkuat kuasa pada 5 November 2026.

​Semoga terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara dan meneruskan khidmat bakti dengan penuh dedikasi.

​Ikhlas daripada:
Haji Abidin bin Marjan
Pengarah Pendidikan & Warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

30 OKTOBER 2026 | JUMAAT | SMK ABDUL RAHIMPROGRAM INSPIRASI JUARAProgram diteruskan ke SMK Abdul Rahim pada pagi ini bag...
30/10/2026

30 OKTOBER 2026 | JUMAAT | SMK ABDUL RAHIM

PROGRAM INSPIRASI JUARA

Program diteruskan ke SMK Abdul Rahim pada pagi ini bagi menyantuni calon-calon SPM. Tuan PPD, Encik Awang Daramat bin Haji Awang Mattiasin bersama rombongan dari PPD Kudat turut memberi ucapan motivasi bagi menyuntik semangat calon SPM. Rombongan tersebut disertai oleh barisan Timbalan PPD, Ketua-ketua Sektor dan pegawai SISC+ .

Semoga semua calon SPM SMK ABD RAHIM melonjak ke arah kecemerlangan dan dipermudahkan segala urusan menjawab SPM.

27 OKTOBER 2026 | SELASA | KUDATKUNJUNGAN RAKAN STRATEGIK PPD KUDATSektor Pembelajaran PPD Kudat menerima kunjungan dari...
27/10/2026

27 OKTOBER 2026 | SELASA | KUDAT

KUNJUNGAN RAKAN STRATEGIK PPD KUDAT

Sektor Pembelajaran PPD Kudat menerima kunjungan dari 2 pegawai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YAPIEM ) atas tujuan rangka kerja sebagai Rakan Strategik PPD Kudat. Taklimat yang diberi oleh pegawai yang terlibat adalah berkenaan kefungsian YAPIEM merangkumi 3 aspek utama iaitu pembangunan masyarakat, pembangunan ekonomi Islam dan pembangunan pendidikan. Yapiem turut menyumbang modul pembelajaran untuk daerah Kudat.

Terima kasih YAPIEM.

26 Oktober 2026 - Berlangsung Perhimpunan Bulanan PPD Kudat bagi bulan September dan Oktober di perkarangan lobi PPD Kud...
27/10/2026

26 Oktober 2026 - Berlangsung Perhimpunan Bulanan PPD Kudat bagi bulan September dan Oktober di perkarangan lobi PPD Kudat. Selain memberi pengiktirafan kepada staf sebagai Pekerja Contoh Bulanan, sambutan hari lahir juga turut diadakan seperti kebiasaannya. Tuan PPD, encik Awang Daramat bin Haji Awang Mattiasin memberikan ucapan dan amanat kepada semua staf PPD yang hadir sebagai pendorong semangat untuk terus cekal dan cekap dalam tugasan masing-masing. Semoga PPD Kudat terus menjulang amanah dalam Pendidikan khusus untuk anak-anak warga Kudat.

semoga semua calon SPM 2026 khusus daerah Kudat memperolehi kejayaan.
25/10/2026

semoga semua calon SPM 2026 khusus daerah Kudat memperolehi kejayaan.

19/10/2026

19 OKTOBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

PENGUMUMAN PELANJUTAN TARIKH PENGISIAN MARKAH DALAM SISTEM MOEIS KPM

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







19 Oktober 2026 - PROGRAM INSPIRASI JUARA diteruskan pada hari ini di 2 sekolah menengah iaitu SMK Matunggong (8.00 pagi...
19/10/2026

19 Oktober 2026 - PROGRAM INSPIRASI JUARA diteruskan pada hari ini di 2 sekolah menengah iaitu SMK Matunggong (8.00 pagi) dan SMK Pinawantai (10.00 pagi) .

Pengisian program adalah sesi bertemu calon-calon SPM bagi kedua-dua sekolah bersama pengurusan tertinggi PPD Kudat diketuai oleh Encik Awang Daramat bin Haji Awang Mattiasin, Pegawai Pendidikan Daerah Kudat.

Program juga bagi menyahut seruan Pengarah Pendidikan JPN Sabah , YBrs Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan untuk mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna ke arah pembentukan warganegara global dalam Teras 2 RPM 2026-2035.

Semoga calon SPM kita beroleh kejayaan cemerlang.



Address

Kudat
89058

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088622636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Kudat:

Shortcuts

Share