Pejabat Kesihatan Pergigian Limbang

Call Directions Contact the organization

Pejabat Kesihatan Pergigian Limbang OFFICIAL PAGE KLINIK PERGIGIAN LIMBANG & KLINIK PERGIGIAN LAWAS

30/09/2026

𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐣𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮? 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐢𝐭𝐮𝐩 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥.

Jika perlu berada di luar bangunan, pastikan pelitup muka:

✅ Sesuai, bersih dan kering
✅ Menutupi hidung, mulut dan dagu
✅ Dipakai rapat pada muka

Jangan gunakan pelitup muka yang basah, kotor atau rosak. Tukar kepada pelitup muka yang baharu bagi memastikan perlindungan yang lebih baik.

Lindungi diri dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar.



Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / Portal MyhealthKKM

Ismuni Bin Bohari
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

30/09/2026

❤🦷JANTUNG DAN KESIHATAN MULUT? ADA KAITAN KE?

Bagi pesakit jantung, penjagaan kesihatan pergigian memerlukan perhatian yang sewajarnya. Menjaga kebersihan gigi dan gusi bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan mulut, malah penting untuk kesejahteraan keseluruhan.

💡Jadi, bagaimana pesakit jantung boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan lebih baik?

Ketahui tips penjagaan yang mudah dan parktikal melalui infografik ini👇👇

Mulut Sihat, Jantung Dijaga

30/09/2026

🦷❤️ Pesakit jantung memerlukan perhatian khusus dalam penjagaan kesihatan pergigian.

Maklumkan kepada doktor gigi tentang keadaan jantung serta ubat-ubatan yang sedang diambil. Pemeriksaan berkala dan penjagaan kebersihan mulut yang baik membantu memastikan rawatan pergigian dapat dijalankan dengan selamat dan sesuai.

Jaga gigi, lindungi kesihatan diri.

30/09/2026

🦷❤️ 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗝𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴🦷❤️

Pesakit jantung juga boleh mendapatkan rawatan pergigian yang sesuai dan selamat. Amalkan penjagaan mulut yang baik, maklumkan keadaan kesihatan serta ubat-ubatan yang diambil kepada doktor gigi sebelum rawatan.

Jangan hentikan sebarang ubat tanpa arahan doktor. Pemeriksaan awal membantu doktor gigi merancang rawatan yang bersesuaian dengan keadaan anda.

𝑴𝒖𝒍𝒖𝒕 𝑺𝒊𝒉𝒂𝒕, 𝑱𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒋𝒂𝒈𝒂
𝑨 𝑯𝒆𝒂𝒍𝒕𝒉𝒊𝒆𝒓 𝑴𝒐𝒖𝒕𝒉 𝑭𝒐𝒓 𝑨 𝑯𝒆𝒂𝒍𝒕𝒉𝒊𝒆𝒓 𝑯𝒆𝒂𝒓𝒕

30/09/2026

Tahu tak kesan buruk merokok dan v**e? 🧐🚭

30/09/2026

🦷❤️ 𝐀𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠?❤️🦷
🦷❤️𝐈𝐧𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐠𝐢𝐠𝐢.❤️🦷

Kalau anda mempunyai masalah jantung, teruskan menjaga kebersihan mulut dan lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala. Apabila mendapatkan rawatan, jangan lupa beritahu doktor gigi tentang keadaan jantung dan ubat-ubatan yang sedang diambil.

Nampak seperti perkara kecil, tetapi maklumat ini membantu doktor gigi merancang rawatan yang sesuai untuk anda. 😊

Jom baca infografik ini untuk ketahui lebih lanjut!

30/09/2026

Senyuman menawan bermula dengan gigi yang sihat! Pastikan anda mengamalkan penjagaan kebersihan gigi yang baik dengan langkah-langkah ini:

✅ 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐬 𝟐 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐒𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢: Berus gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
✅ 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐆𝐢𝐠𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐟𝐥𝐮𝐨𝐫𝐢𝐝𝐚: Gunakan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi.
✅ 𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐆𝐢𝐠𝐢: Ganti berus gigi baharu apabila bulu berus mula kembang.
✅ 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢: Elakkan daripada berkongsi berus gigi dengan individu lain.
✅ 𝐑𝐚𝐣𝐢𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐦𝐮𝐫: Jika tidak berkesempatan memberus gigi, pastikan anda berkumur selepas makan atau minum.
✅ 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐒𝐢 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥: Sokong penjagaan oral anak anda dengan membantu mereka memberus gigi sehingga mencapai umur 6 hingga 8 tahun.

Gigi yang bersih melambangkan kesejahteraan diri.







30/09/2026

Bermula 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di fasiliti kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melalui aplikasi MySejahtera dan tidak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran.

Kami komited untuk mengintegrasikan teknologi dengan perkhidmatan kesihatan sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 KKM di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

Semoga inisiatif ini dapat menjimatkan masa pesakit, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan kesihatan pergigian negara.

09/08/2026

🦷 SPOT THE QUACK: Kenali 5 Tanda Amaran Amalan Pergigian Haram! 🚨

Kesihatan mulut anda adalah aset yang berharga. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran rawatan pergigian yang murah, cepat atau menjanjikan hasil yang "sempurna".

⚠️ 5 Tanda Amaran Amalan Pergigian Haram:
✅ Rawatan dilakukan oleh individu yang bukan doktor pergigian berdaftar.
✅ Rawatan dijalankan di premis yang tidak berlesen.
✅ Menawarkan harga terlalu murah atau menjanjikan hasil yang tidak realistik.
✅ Tidak mengamalkan kawalan jangkitan dan kebersihan yang betul.
✅ Tiada pemeriksaan, diagnosis atau rekod rawatan sebelum prosedur dijalankan.

📌 Sebelum mendapatkan rawatan, pastikan anda memilih doktor pergigian berdaftar dan mendapatkan rawatan di klinik pergigian yang sah.

💙 Jangan ambil risiko dengan kesihatan anda.
Kenali penipu pergigian, lindungi senyuman anda! 😁

09/08/2026

🦷PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN 🦷

Address

KLINIK PERGIGIAN BESAR LIMBANG
Limbang
98700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085216442

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Limbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Pergigian Limbang:

Shortcuts

Share

Nearby government services


Other Government Officials in Limbang

Show All