03/11/2026
𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗢𝗙 𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗢𝗥𝗦 (𝗧𝗢𝗘) 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗢𝗛𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗕𝗔𝗧𝗧𝗨𝗧𝗔 (𝗠𝗣𝗞𝗜𝗕) 𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
LUMUT, 3 Nov 26 – Cawangan Kerohanian Islam, Markas Tentera Laut (MTL) telah menganjurkan Bengkel Training of Educators (TOE) Modul Pengukuhan Kerohanian Islam Ibnu Battuta (MPKIB) TLDM Tahun 2026 pada 28 hingga 30 Oktober 2026 bertempat di Dewan Tahsin & Hafazan al-Quran (PTHQ), Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Kol Hasbullah bin Salleh, Pengarah Kerohanian Islam MTL.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman, meningkatkan pengetahuan serta memantapkan kemahiran para pendidik dalam menyampaikan Modul Pengukuhan Kerohanian Islam secara lebih berkesan, terancang dan sistematik kepada warga TLDM.
Bengkel ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan LLP KAGAT daripada pelbagai unit dalam perkhidmatan TLDM. Melalui pelaksanaan bengkel ini, para peserta diharapkan dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam usaha melahirkan warga TLDM yang mempunyai jati diri unggul, sahsiah terpuji serta penghayatan kerohanian yang mantap berlandaskan ajaran Islam.
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Lt Kol Nadzri bin Musnman, Pengarah Pusat Pembangunan Kerohanian.
Semoga segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini terus memberikan impak positif dalam memperkukuh pembangunan kerohanian warga TLDM serta mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
Markas Pangkalan Lumut Official