13/11/2026
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐄𝐑 𝐓𝐕𝐄𝐓
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pensyarah TVETMARA Masjid Tanah
1) En. Hasmadi bin Mat Safar dan (Jabatan Polimer Komposit)
2) Ts. Dr. Edynoor bin Osman (Jabatan Polimer Komposit)
3) Dr. Mohamed Al-Sideque bin Zainuddin (Jabatan Automotif)
atas kejayaan memperoleh pengiktirafan sebagai 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐄𝐑 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Polimer Komposit dan bidang Teknologi Automotif yang dianugerahkan oleh Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Kejayaan yang membanggakan ini merupakan manifestasi dedikasi, komitmen, usaha gigih serta minat yang mendalam dalam bidang kemahiran dan pendidikan TVET.
Bak kata pepatah, "Usaha tangga kejayaan." Pencapaian ini membuktikan bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai apabila disertai kesungguhan, keazaman dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasa pembangunan kemahiran serta menjadi sumber inspirasi dan role model kepada seluruh warga TVETMARA Masjid Tanah, khususnya dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh kecemerlangan pendidikan TVET negara.
🌟 We are proud all of you! Keep inspiring, keep achieving! 🌟
HBK