29/10/2026
Dulu masa Adly Zahari jadi Ketua Menteri Melaka, ada satu perkara yang menarik untuk kita imbau balik. Hampir setiap minggu, rakyat boleh datang berjumpa sendiri dengan Ketua Menteri untuk mengadu masalah.
Tak kiralah orang kampung ke, orang bandar ke, orang susah ke, semuanya boleh datang ke Seri Bendahara. Tak perlu tunggu berbulan-bulan untuk berjumpa dengan orang nombor satu negeri.
Program Hari Bertemu Rakyat ni bermula pada 25 Mei 2018. Pada awalnya diadakan setiap hari Jumaat sebelum ditukar kepada hari Khamis pada Januari 2020.
Yang datang pun macam-macam masalah. Ada yang mengadu soal tanah, rumah, bantuan kebajikan, pekerjaan dan macam-macam lagi. Adly duduk mendengar sendiri masalah rakyat, dengan pegawai berkaitan turut membantu menguruskan aduan.
Haa, yang menariknya, antara Mei hingga Julai 2018 sahaja, sebanyak 517 aduan diterima dan 399 daripadanya dilaporkan berjaya diselesaikan. Maknanya, kira-kira 77 peratus aduan mendapat penyelesaian dalam tempoh tersebut.
Bukan sikit tu. Baru beberapa bulan mentadbir Melaka, dah ratusan aduan rakyat yang dilaporkan selesai.
Tapi selepas kerajaan bertukar pada Mac 2020, pendekatan Hari Bertemu Rakyat pun berubah.
Menurut portal rasmi kerajaan Melaka pada Julai 2023, program Hari Bertemu Rakyat diadakan setiap tiga bulan sekali. Berbanding zaman Adly yang hampir setiap minggu, memang jauh bezanya dari segi kekerapan program tersebut.
Cuma kalau kita imbau balik zaman Adly, pendekatannya memang menarik. Rakyat ada peluang yang kerap untuk berjumpa sendiri dengan Ketua Menteri, bercerita tentang masalah dan mendapatkan perhatian terus daripada pentadbiran negeri.
Sebab bagi orang yang tengah susah, kadang-kadang dapat berjumpa dan mengadu sendiri pun dah memberi sedikit kelegaan. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk meluahkan masalah dan berharap tindakan dapat diambil.
Itulah antara pendekatan pentadbiran Melaka pada zaman Adly Zahari yang wajar dikenang. Soal keberkesanan p**a, biarlah rekod penyelesaian aduan yang menjadi ukuran.
Orang Melaka, ada tak yang masih ingat Hari Bertemu Rakyat zaman Adly dulu? Ada sesiapa pernah datang sendiri ke Seri Bendahara?
Kongsikan pengalaman kome. Kita imbau balik sejarah pentadbiran Melaka.