Pergigian Miri Sarawak

Call

Pergigian Miri Sarawak Perkhidmatan Pergigian Kerajaan Bahagian Miri

29/10/2026

🦷 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜𝗔, 𝗚𝗜𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗚𝗔? 🦷

Seronok kan bila masih boleh menikmati makanan kegemaran dan tersenyum dengan yakin walaupun usia sudah meningkat?

❤️ Sebab itu, penjagaan gigi dan mulut tetap penting dan perlu dijaga pada usia emas.

Jom amalkan rutin mudah ini:
✅ Berus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida dan berus berbulu lembut.
✅ Bersihkan celah gigi menggunakan benang gigi (flos gigi).
✅ Kurangkan makanan dan minuman manis.
✅ Buat pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pakai gigi palsu? Gigi palsu pun perlukan penjagaan tau!

✅Bersihkan setiap hari
✅Cuci selepas makan
✅Tanggalkan sebelum tidur
✅Jika gigi palsu longgar, patah atau menyebabkan luka dan ketidakselesaan, dapatkan pemeriksaan doktor gigi.

👨‍👩‍👧‍👦 Anak-anak dan penjaga juga boleh membantu mengingatkan serta menemani ibu bapa ke klinik pergigian. Perhatian kecil kita amat bermakna buat mereka.

Jom baca infografik ini dan kongsikan dengan insan tersayang. Sama-sama kita jaga senyuman hingga ke usia emas! ✨

Bengkel Training of Trainers bagi Modul Literasi Kesihatan Pergigian (OHL Module 1 & 2) anjuran Pejabat Kesihatan Pergig...
28/10/2026

Bengkel Training of Trainers bagi Modul Literasi Kesihatan Pergigian (OHL Module 1 & 2) anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Miri yang telah berlangsung pada 22 Oktober 2026! 🦷✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan komited dalam memperkasakan kemahiran untuk menyampaikan pendidikan kesihatan pergigian kepada komuniti. 👏💪👩‍⚕️👨‍⚕️



PENGHARGAAN DARIPADA PELANGGAN – POLIKLINIK PERGIGIAN MIRI 🦷Klinik Pergigian Jalan Merbau merakamkan setinggi-tinggi pen...
28/10/2026

PENGHARGAAN DARIPADA PELANGGAN – POLIKLINIK PERGIGIAN MIRI 🦷

Klinik Pergigian Jalan Merbau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas maklum balas positif yang diterima melalui sistem SISSPA bagi tempoh Januari hingga September 2026, BKP Sarawak.

Penghargaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan pergigian yang mesra, berkualiti dan prihatin kepada setiap pelanggan.

Terima kasih atas kepercayaan anda!

🦷
Sumber : Penghargaan dari sistem SISSPA Jan-Sept 2026, BKP Sarawak

🦷 PROGRAM KOMUNITI PERGIGIAN 🦷📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)📍 Rh Abok, Kampung Mulong, Ulu TeruProgram Komuniti Pergigian tel...
28/10/2026

🦷 PROGRAM KOMUNITI PERGIGIAN 🦷

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Rh Abok, Kampung Mulong, Ulu Teru

Program Komuniti Pergigian telah diadakan sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Mutiara ke-36 Rh Abok, Kampung Mulong, Ulu Teru.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
🪥 Ceramah kesihatan pergigian
🦷 Pameran dan kuiz pergigian
😁 Pemeriksaan pergigian
🩺 Rawatan pergigian (penskaleran dan cabutan gigi)

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.

Program Jelajah ANMS & Karnival Kesihatan Baram anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang telah berlangsung dengan ja...
27/10/2026

Program Jelajah ANMS & Karnival Kesihatan Baram anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini! ✨

📍 Lokasi: Dewan Masyarakat Kampung Long Banga
📅 Tarikh: 24 Oktober 2026

Ribuan terima kasih kepada komuniti setempat yang hadir menyokong dan memeriahkan pelbagai aktiviti bermanfaat yang disediakan sepanjang karnival, termasuk:
🦷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🪥 Latihan memberus gigi
🏃‍♀️ Fun walk dan senaman aerobik 🤸‍♂️
🎤 Ceramah kesihatan
🎪 Pameran dan booth kesihatan 🩺

Terima kasih atas sambutan yang luar biasa. Teruskan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan bersama! 💪

🏆🦷 TAHNIAH IKON GIGI TERBAIK BAHAGIAN MIRI TAHUN 2026! 🦷🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Tiong Chong Suang ...
26/10/2026

🏆🦷 TAHNIAH IKON GIGI TERBAIK BAHAGIAN MIRI TAHUN 2026! 🦷🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Tiong Chong Suang dan Pn. Norliza binti Usup atas pengiktirafan sebagai Ikon Gigi Terbaik Bahagian Miri Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas dedikasi, komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan dalam memberikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti kepada masyarakat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Bengkel Fasilitator dan Ikon Gigi Bahagian Miri 2026! 🦷✨📅 Tarikh: 17 Oktober ...
20/10/2026

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Bengkel Fasilitator dan Ikon Gigi Bahagian Miri 2026! 🦷✨

📅 Tarikh: 17 Oktober 2026
📍 Tempat: Klinik Pergigian Jalan Merbau

Program ini merupakan inisiatif hebat untuk memperkasakan pemimpin komuniti dan duta kesihatan dalam menyebarkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan oral.

Melalui peranan Ikon Gigi dan barisan fasilitator yang berdedikasi, kita yakin mesej penjagaan gigi yang betul akan terus subur dan sampai ke setiap lapisan masyarakat di Miri.

Senyuman sihat bermula dari kita! 😁

🦷PROGRAM PROMOSI PERGIGIAN KKIA LAMBIR 🦷✨ Jom Jaga Kesihatan Gigi & Mulut!Klinik Pergigian Jalan Merbau dengan sukacitan...
19/10/2026

🦷PROGRAM PROMOSI PERGIGIAN KKIA LAMBIR 🦷

✨ Jom Jaga Kesihatan Gigi & Mulut!

Klinik Pergigian Jalan Merbau dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk menyertai Program Promosi Pergigian KKIA Lambir yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: KKIA Lambir

🦷 Antara aktiviti menarik yang disediakan:
🔹 Ceramah Kesihatan Pergigian
🔹 Pemeriksaan Kesihatan Pergigian
🔹 Pendidikan dan Nasihat Penjagaan Gigi dan Mulut

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan pergigian serta mengamalkan rutin penjagaan gigi dan mulut yang betul dalam kehidupan seharian.

Terbuka kepada semua! Jom luangkan masa untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjagaan kesihatan pergigian demi senyuman yang lebih sihat dan ceria.

Ingat, gigi yang sihat bermula dengan penjagaan yang baik! 🪥✨

📣 Jom hadir beramai-ramai!

PROGRAM JELAJAH ANMS DAN KARNIVAL KESIHATAN BARAM 2026Jom beramai-ramai meriahkan Booth Kesihatan Pergigian Miri anjuran...
19/10/2026

PROGRAM JELAJAH ANMS DAN KARNIVAL KESIHATAN BARAM 2026

Jom beramai-ramai meriahkan Booth Kesihatan Pergigian Miri anjuran KKM di Dewan Masyarakat Long Banga!

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat menanti anda:

📅 Tarikh: 24 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Lokasi: Dewan Masyarakat Long Banga

✨ Aktiviti Utama:
* Pemeriksaan Pergigian PERCUMA
* Pameran Kesihatan Pergigian
* Permainan Interaktif

Jangan terlepas peluang emas ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan gigi secara percuma!


Address

PEJABAT PERGIGIAN BAHAGIAN MIRI, TINGKAT 3 BLOK A, WISMA PERSEKUTUAN, Jalan CAHAYA LOPENG
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6085416323

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Miri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share