09/12/2025
๐ฒ๐ฌ๐น๐จ๐ฑ๐จ๐จ๐ต ๐ด๐จ๐ซ๐จ๐ต๐ฐ ๐ป๐ฌ๐น๐ผ๐บ ๐จ๐ด๐จ๐ณ๐ฒ๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐บ๐จ๐น ๐ป๐ฐ๐ซ๐จ๐ฒ ๐ฒ๐ถ๐ต๐บ๐ฐ๐บ๐ป๐ฌ๐ต ๐ท๐ด๐ฒ๐บ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ถ๐น ๐ซ๐จ๐ต ๐บ๐ฌ๐ณ๐ผ๐น๐ผ๐ฏ ๐ต๐ฌ๐ฎ๐จ๐น๐จ ๐ฒ๐ฐ๐ต๐ฐ
๐ด๐ฌ๐ต๐ฑ๐จ๐ซ๐ฐ ๐ด๐จ๐ต๐ฎ๐บ๐จ ๐ฒ๐ฌ๐ป๐ฐ๐ซ๐จ๐ฒ๐ช๐ฌ๐ฒ๐จ๐ท๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ต๐ป๐จ๐ซ๐ฉ๐ฐ๐น๐จ๐ต
BERSATU Johor menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan Kerajaan Madani yang sekali lagi menunjukkan dasar tidak konsisten melalui perubahan mendadak threshold pelaksanaan e-Invoice daripada RM500,000 kepada RM1 juta. Keputusan flip-flop seperti ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan perancangan kerajaan, malah membuktikan kegagalan mereka untuk memahami realiti perniagaan khususnya PMKS yang menjadi nadi utama ekonomi negeri Johor dan Malaysia secara keseluruhan.
Sekiranya kerajaan benar-benar melaksanakan libat urus menyeluruh dari awal, kekeliruan dan tekanan yang tercetus dalam kalangan PMKS tidak akan timbul. Proses pelaksanaan dasar yang berlaku dahulu dan diperbetulkan kemudian mencerminkan pentadbiran yang tidak tersusun dan tidak berasaskan data sebenar di lapangan. PMKS bukan medan percubaan dasar yang tidak matang; sektor ini ialah tunjang ekonomi negara yang memerlukan dasar yang stabil, jelas dan berpandukan realiti perniagaan.
Di peringkat nasional, PMKS merangkumi lebih 97% daripada keseluruhan perniagaan dan menyumbang kira-kira RM652.4 bilion kepada KDNK, di samping menggaji separuh tenaga kerja Malaysia. Di Johor p**a, PMKS merupakan pemacu utama pertumbuhan industri dan perdagangan, terutamanya dalam sektor pembuatan, logistik, peruncitan dan pelancongan. Sebarang ketidakstabilan dasar akan memberi kesan langsung kepada momentum ekonomi negeri termasuk peluang pekerjaan, pelaburan masuk serta daya saing Johor sebagai pintu masuk ekonomi utama di Selatan Semenanjung.
Namun apa yang lebih merunsingkan PMKS di Johor dan seluruh negara ialah isu kelewatan pembayaran balik cukai oleh LHDN. Banyak PMKS melaporkan bahawa pembayaran balik yang sepatutnya diterima dalam jangka masa munasabah kini tertangguh sehingga menjejaskan aliran tunai mereka. Bagi PMKS, aliran tunai bukan sekadar angka ia adalah faktor penentu kelangsungan operasi. Tanpa aliran tunai stabil, peniaga tidak mampu menampung gaji pekerja, membeli stok baharu, membayar sewa, menampung utiliti atau mengembangkan perniagaan mereka.
Kerajaan Madani tidak wajar bercakap tentang agenda memakmurkan ekonomi dan membantu rakyat sekiranya pada masa yang sama wang rakyat termasuk PMKS Johor ditahan tanpa justifikasi yang jelas. Tindakan ini bukan sahaja menekan peniaga kecil, malah menghakis kepercayaan mereka terhadap institusi kerajaan yang sepatutnya berfungsi secara telus, cekap dan bertanggungjawab.
Sehubungan itu, BERSATU Johor menuntut agar kerajaan mengambil langkah tegas dan segera untuk:
1.Menetapkan garis masa standard yang jelas dan mengikat bagi pembayaran balik cukai oleh LHDN.
2.Meningkatkan ketelusan proses pentadbiran supaya PMKS Johor dan seluruh negara tidak terus berada dalam ketidakpastian.
3.Menghentikan dasar flip-flop yang merencatkan keupayaan PMKS untuk merancang dan menyesuaikan strategi perniagaan.
4.Mengadakan libat urus sebenar bersama PMKS Johor, agensi negeri dan persatuan industri sebelum sebarang dasar baharu dilaksanakan.
5.Memastikan dasar-dasar ekonomi tidak membebankan PMKS yang selama ini menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan Johor sebagai negeri yang pesat membangun.
Kestabilan dasar dan kecekapan pentadbiran adalah asas kepada keyakinan pelabur, peniaga dan rakyat. PMKS di Johor, sebagai negeri strategik dan berdaya saing tinggi, tidak boleh terus menanggung beban akibat kelemahan perancangan dan pelaksanaan kerajaan pusat.
BERSATU Johor berpendirian tegas bahawa Kerajaan Madani mesti berhenti menjadikan PMKS baik di Johor mahupun di seluruh negara sebagai mangsa eksperimen dasar. Untuk memperkukuh ekonomi, kerajaan perlu mengembalikan keyakinan peniaga dengan memastikan sistem pentadbiran yang telus, konsisten dan cekap.
BERSATU Johor akan terus memperjuangkan kepentingan PMKS tanah air dan memastikan suara mereka didengari serta dihormati dalam setiap perbincangan dasar negara.