Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar, Government Organization, JKR 1540N, Jalan Persiaran Permai, Taman Kerian Permai, Parit Buntar.

Halaman ini diwujudkan untuk memudahkan para pelanggan untuk mengetahui informasi terkini dan aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan...
06/11/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 kepada:

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Sembah takzim daripada seluruh warga Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.

Semoga Allah SWT sentiasa melanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan, melimpahkan rahmat dan keberkatan serta terus menaungi negeri Perak Darul Ridzuan dengan penuh kebijaksanaan, kemakmuran dan kesejahteraan.

DAULAT TUANKU.

🏍️ PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!: KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026Assalamualaikum warahmatu...
05/11/2026

🏍️ PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!: KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Untuk makluman semua Pengerusi Masjid, Ahli Jawatankuasa Masjid, Pegawai Masjid dan seluruh warga kariah.

Pendaftaran bagi menyertai Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar 2026 masih dibuka!

📅 Tarikh: 15 November 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 5.00 pagi – 2.00 petang
🏍️ Konsep: Konvoi motosikal mengunjungi masjid-masjid terpilih sekitar Parit Buntar.

🎁 Antara tarikan program:
- Pendaftaran adalah PERCUMA.
- e-Sijil penyertaan konvoi.
- Cabutan bertuah.
- Pelbagai aktiviti menarik sepanjang konvoi.

📌 Tarikh tutup pendaftaran: 12 November 2026 (Khamis).

📲 Imbas kod QR pada poster atau tekan link di bawah untuk mendaftar.
https://forms.gle/97bFHmcvUymVj4M18

☎️ Sebarang pertanyaan:
Ustaz Ashraf – 013-489 9927

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua Pengerusi Masjid dan pihak berkaitan untuk terus membantu menyebarluaskan hebahan ini kepada ahli kariah dan masyarakat setempat.

Bagi yang masih belum mendaftar, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai program ini.

Ayuh kita meriahkan konvoi, eratkan ukhuwah dan imarahkan rumah Allah!

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.

"SERIBU UKHUWAH BERSAMA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH"

Urusetia
KUPMPB2026





📢 MAKLUMAN HARI TERAKHIR PEMBELIAN BAJU RASMI PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026 ...
03/11/2026

📢 MAKLUMAN HARI TERAKHIR PEMBELIAN BAJU RASMI PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026 🏍️🕌

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YBhg. Dato'/Tuan/Puan serta seluruh warga masyarakat yang dihormati.

Untuk makluman semua, hari ini, 4 November 2026 (Rabu) merupakan hari terakhir bagi pembelian dan tempahan baju rasmi Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar 2026.

Sehubungan itu, kepada yang masih berminat untuk mendapatkan baju rasmi program berharga RM30 sehelai, mohon mengemukakan maklum balas dan tempahan sebelum atau pada jam 5.00 petang hari ini.

⚠️ PERHATIAN:
Selepas jam 5.00 petang hari ini, tiada lagi pembelian atau tempahan baju akan dibuka.

Walau bagaimanapun, pendaftaran penyertaan program masih dibuka sehingga 10 November 2026 (Selasa) bagi mereka yang ingin menyertai program tanpa pembelian baju.

📲 Pendaftaran boleh dibuat melalui QR Code pada poster da link yang disertakan
https://forms.gle/97bFHmcvUymVj4M18

📞 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ustaz Ashraf – 013-4899927

Justeru, mohon jasa baik para Pengerusi Masjid dan semua pihak amatlah diharapkan untuk membantu menyebarluaskan makluman ini kepada ahli kariah serta masyarakat setempat. Seterusnya, dari pihak Masjid/SDJ juga dapat menghantar wakil dari kalangan Pegawai Masjid/Belia & AJK masjid.

Ayuh bersama-sama kita menjayakan program ini sebagai usaha mengeratkan ukhuwah, menyuburkan silaturahim dan mengimarahkan rumah Allah.

SERIBU UKHUWAH, BERSAMA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.

URUS SETIA PROGRAM
Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar

📢 MAKLUMAN TEMPOH PEMBELIAN BAJU RASMI PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026 BERBAKI...
02/11/2026

📢 MAKLUMAN TEMPOH PEMBELIAN BAJU RASMI PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026 BERBAKI 2 HARI SAHAJA LAGI 🏍️🕌

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YBhg. Dato'/Tuan/Puan serta seluruh warga masyarakat yang dihormati.

Untuk makluman semua, pembelian baju rasmi Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar 2026 kini berbaki *2 hari sahaja!*

Sehubungan itu, kepada yang berminat untuk mendapatkan baju rasmi program berharga RM30 sehelai, mohon mengemukakan maklum balas dan tempahan sebelum atau pada 4 November 2026 (Rabu), jam 5.00 petang.

⚠️ PERHATIAN:
Selepas tarikh dan masa tersebut, tiada lagi pembelian atau tempahan baju akan dibuka.

Walau bagaimanapun, orang ramai masih berpeluang untuk menyertai program ini kerana pendaftaran penyertaan tanpa pembelian baju masih dibuka sehingga 10 November 2026 (Selasa).

📲 Sila imbas QR Code pada poster atau tekan link di bawah untuk membuat pendaftaran.
https://forms.gle/97bFHmcvUymVj4M18

📞 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ustaz Ashraf – 013-4899927

Justeru, pihak urus setia memohon jasa baik YBhg. Dato'/Tuan/Puan, khususnya para Pengerusi Masjid, untuk membantu menyebarluaskan makluman ini kepada ahli kariah dan masyarakat setempat serta menghantar wakil dari kalangan Belia, Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Masjid.

Marilah kita bersama-sama menjayakan program ini sebagai usaha mengeratkan ukhuwah, menyuburkan silaturahim dan mengimarahkan rumah Allah.

SERIBU UKHUWAH, BERSAMA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.....................
URUS SETIA PROGRAM
Unit Masjid
Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar

🗺️ MAKLUMAN PETA LALUAN & PENDAFTARAN KEMBARA UKHUWAH DAN PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026 🏍️🕌Assalamuala...
02/11/2026

🗺️ MAKLUMAN PETA LALUAN & PENDAFTARAN KEMBARA UKHUWAH DAN PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026 🏍️🕌

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Untuk makluman Pengerusi & semua pihak, bersama-sama ini disertakan gambaran peta laluan lokasi perjalana bagi Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar 2026 untuk rujukan dan panduan perjalanan semua peserta.

🗺️ PETA LALUAN KEMBARA

📍 Lokasi Permulaan: Masjid Asy-Syakirin, Jalan Sempadan.
1️⃣ Check Point 1: Masjid Mahyuddin, Batu 5.
2️⃣ Check Point 2: Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau.
3️⃣ Check Point 3: Pantai Ban Pecah.

🏁 Lokasi Penamat: Masjid Jamek Pekan Tanjong Piandang (Majlis Perasmian Penutup).

📅 Tarikh: 15 November 2026 (Ahad)
⏰ Masa: Bermula 5.00 pagi
🕌 Pengisian awal: Solat Subuh berjemaah da Tausiah.

🎽 MAKLUMAN PENDAFTARAN & PEMBELIAN BAJU

Untuk makluman, pendaftaran penyertaan program masih dibuka dan orang ramai masih berpeluang untuk menyertai kembara ini.

Bagi yang berminat mendapatkan baju rasmi program, mohon mengemukakan maklum balas kehadiran berserta tempahan baju sebelum:

📌 4 November 2026 (Rabu)
⏰ Sebelum jam 5.00 petang

- Pembelian baju seterusnya dikenakan harga RM30 sehelai.
- Selepas tarikh dan masa tersebut, tiada lagi tempahan atau pembelian baju akan dibuka.

Walau bagaimanapun, pendaftaran penyertaan program tanpa pembelian baju masih dibuka sehingga 10 November 2026 (Selasa).

📲 Pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan QR Code atau boleh tekan link di bawah 👇.
https://forms.gle/97bFHmcvUymVj4M18

Semua peserta dimohon meneliti peta laluan yang disertakan bagi memastikan perjalanan konvoi berjalan lancar, teratur dan selamat.

Ayuh bersama-sama kita menyemarakkan ukhuwah, mengeratkan silaturahim dan mengimarahkan rumah Allah.

SERIBU UKHUWAH, BERSAMA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH.

Jumpa anda di sana!

SEMINAR MATRIMONI KEKELUARGAAN: MEMBINA RUMAH TANGGA SAKINAHPARIT BUNTAR, 1 NOVEMBER 2026 (AHAD) – Unit Penguat Kuasa Ag...
01/11/2026

SEMINAR MATRIMONI KEKELUARGAAN: MEMBINA RUMAH TANGGA SAKINAH

PARIT BUNTAR, 1 NOVEMBER 2026 (AHAD) – Unit Penguat Kuasa Agama, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar dengan kerjasama Biro Muslimah Masjid-Masjid Parit Buntar telah menganjurkan Seminar Matrimoni Kekeluargaan: Membina Rumah Tangga Sakinah bertempat di Masjid Al-Ridzuan, Pusat Bandar, Parit Buntar.

Seminar ini bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman kepada para peserta berkaitan aspek perundangan kekeluargaan Islam serta panduan menangani permasalahan rumah tangga berdasarkan perspektif syariah.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Biro Muslimah Parit Buntar, Puan Hjh Ramlah binti Othman, diikuti ucapan perasmian oleh Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar, YBhg. S.F. Tuan Mohd Zuhadi bin Mohamad Saarani.

Seminar diteruskan dengan dua sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), iaitu:

1. “Matrimoni Menurut Undang-Undang Syariah Perak” – disampaikan oleh YBhg. S.F. Tuan Zolkipli bin Ismail, Ketua Unit Nikah, Cerai dan Rujuk, Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIPk.
2. “Bila Rumah Tangga Bermasalah: Apa Jalan Yang Betul?” – disampaikan oleh YBhg. S.F. Puan Adibah binti Haji Muhammad Rivai, Ketua Unit Pentadbiran, Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIPk.

Para peserta turut berpeluang mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada para penceramah melalui sesi soal jawab yang diadakan.

Diharapkan penganjuran seminar ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan memahami undang-undang kekeluargaan Islam, di samping membina institusi keluarga yang harmoni, sejahtera dan diberkati Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, pihak pengurusan Masjid Al-Ridzuan, Biro Muslimah serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.

“Membina Keluarga Sakinah, Melahirkan Ummah Sejahtera.”





MAKLUMAN PENYERTAAN WANITA – PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026Assalamualaikum wa...
01/11/2026

MAKLUMAN PENYERTAAN WANITA – PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Untuk makluman dan perhatian semua Pengerusi Masjid dan semua, pihak urus setia ingin menjelaskan bahawa penyertaan kaum wanita dalam Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar 2026 adalah dibenarkan dengan beberapa ketetapan berikut:

1. Penganjuran konvoi motosikal ini lebih memberikan fokus kepada penyertaan kaum lelaki bagi memudahkan penyelarasan dan pengurusan perjalanan.

2. Kaum wanita yang berminat untuk menyertai konvoi boleh mendaftar dengan syarat bersama suami atau mahram masing-masing.

3. Kaum wanita yang tidak menaiki motosikal juga dialu-alukan untuk membantu pihak urus setia di lokasi check point, khususnya di masjid-masjid yang terlibat sepanjang laluan program.

PERINGATAN PENTING BERKAITAN PENDAFTARAN

Mohon perhatian semua berkenaan tarikh akhir berikut:

📌 Pembelian Baju Rasmi Program
Tarikh akhir: 4 November 2026 (Rabu)
Sebelum jam 5.00 petang.

📌 Tarikh Tutup Penyertaan Program
Tarikh akhir: 10 November 2026 (Selasa).

📍Link pendaftaran:
https://forms.gle/97bFHmcvUymVj4M18

Selepas 4 November 2026, tiada lagi pembelian baju program akan dibuka. Walau bagaimanapun, pendaftaran penyertaan program masih boleh dibuat sehingga 10 November 2026.

Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak Pengerusi Masjid untuk memaklumkan perkara ini kepada ahli kariah dan menggalakkan penglibatan masyarakat, termasuk kaum wanita, mengikut kesesuaian serta kemampuan masing-masing.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program, boleh menghubungi:

Ustaz Asyraf
📞 013-4899927

Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai bagi menjayakan program ini.

"Seribu Ukhuwah bersama mengimarahkan Rumah Allah"

Terima kasih.

URUS SETIA
Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar 2026

🏍️ JOM SERTAI! KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026🕌Assalamualaikum warahmatullahi wabaraka...
30/10/2026

🏍️ JOM SERTAI! KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR 2026🕌

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ayuh! Kita meriahkan program konvoi motosikal sambil menziarahi dan mengimarahkan masjid sekitar Parit Buntar dan Kuala Kurau.

📅 Tarikh: 15 November 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 5.00 pagi – 2.00 petang
📍 Lokasi bermula: Masjid Asy-Syakirin, Jalan Sempadan
🏁 Lokasi berakhir: Masjid Jamek Pekan Tanjong Piandang

LALUAN KEMBARA:
🏍️ Masjid Asy-Syakirin, Jalan Sempadan
🏍️ Masjid Mahyuddin, Batu 5
🏍️ Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau
🏍️ Masjid Jamek Pekan Tanjong Piandang

🎁 TAWARAN ISTIMEWA!
🔥 50 PENYERTAAN TERAWAL PERCUMA BAJU!
👕 Baju rasmi program hanya RM30.00 sehelai.

📌 TARIKH PENTING:
- 4 November 2026 (Rabu), sebelum jam 5.00 petang – Tarikh akhir maklum balas pembelian baju.
- 10 November 2026 (Selasa) – Tarikh tutup pendaftaran penyertaan program.

🧩Link Penyertaan & Baju
👇👇👇👇
https://forms.gle/97bFHmcvUymVj4M18

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengeratkan ukhuwah, menjalinkan silaturahim dan mengimarahkan masjid melalui aktiviti konvoi motosikal.

📞 PERTANYAAN & PENDAFTARAN:
Ustaz Asyraf
013-4899927

Anjuran:Unit Masjid, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.

Dengan kerjasama: Masjid Asy-Syakirin, Masjid Mahyuddin, Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau, Masjid Jamek Pekan Tanjong Piandang serta Beak Melayu MG, Qongqong Brotherhood HD dan Pear Eagles.

🏍️ Satu Kembara, Seribu Ukhuwah. Bersama Mengimarahkan Rumah Allah!

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR28 OKTOBER 2026 | RABU, Alham...
28/10/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEMBARA UKHUWAH & PENGIMARAHAN MASJID PERINGKAT PARIT BUNTAR

28 OKTOBER 2026 | RABU, Alhamdulillah, telah diadakan Mesyuarat Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid Peringkat Parit Buntar pada 28 Oktober 2026 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid Jamek Pekan Tanjung Piandang.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan dan penyelarasan pelaksanaan Program Kembara Ukhuwah & Pengimarahan Masjid yang akan berlangsung pada 15 November 2026 (Ahad). Program ini bakal menghimpunkan warga masjid, Pegawai Masjid dan golongan belia dalam usaha memperkukuh ukhuwah Islamiah, menyemarakkan pengimarahan masjid serta mengeratkan hubungan silaturahim antara masjid-masjid di daerah Parit Buntar.

Diharapkan agar perbincangan dan kerjasama semua pihak dapat memastikan program ini berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Terima Kasih semua, Semoga segala usaha yang dirancang mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada pengimarahan masjid yang lebih aktif dan berkesan......................
Unit Masjid
Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH DAN JATI DIRI MUALAF 2026TAIPING, 24–25 OKTOBER 2026 –Unit Dakwah, Pejabat Pentadbiran Agama I...
26/10/2026

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH DAN JATI DIRI MUALAF 2026

TAIPING, 24–25 OKTOBER 2026 –Unit Dakwah, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar telah menganjurkan Program Pemantapan Akidah dan Jati Diri Mualaf 2026 yang berlangsung selama dua hari bertempat di Hotel Warisan, Taiping.

Program ini bertujuan memperkukuh pegangan akidah, meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam serta membina jati diri saudara baharu agar terus istiqamah dalam menghayati dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

Program dimulakan dengan Slot 1: Akidah yang disampaikan oleh Af Ustaz Syarul Azhar bin Murad Ketua Unit Dakwah Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar. Pengisian ini memberi penekanan terhadap kepentingan akidah yang sahih sebagai asas keimanan dan panduan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Seterusnya, program diteruskan dengan Slot 2: Cabaran Mualaf dalam Beragama yang disampaikan oleh Af Ustaz Wan Masindra bin Juja, Penyelia Mubaligh Islam Perak. Pengisian ini bertujuan memberikan kefahaman mengenai cabaran yang dihadapi oleh saudara baharu dalam menjalani kehidupan beragama serta kepentingan sokongan dan bimbingan berterusan.

Pada hari kedua, para peserta mengikuti solat Subuh berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh Af Ustaz Khairul Ashraf bin Zulkifli Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Parit Buntar. Program diteruskan dengan Slot 3: Indahnya Hidup Bersyariat, yang disampaikan oleh Af Ustaz Wan Masindra bin Juja, diikuti Slot 4: Perkongsian Bergelar Seorang Muslim yang memberikan ruang kepada saudara baharu untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan mereka dalam mengenali serta menghayati Islam.

Majlis penutup program disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Af Tuan Mohd Zuhadi bin Mohamad Saarani, Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar.

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta dalam memperkukuh keimanan, meningkatkan kefahaman terhadap tuntutan syariat dan membina jati diri Muslim yang teguh. Semoga usaha membimbing dan menyantuni saudara baharu ini dapat diteruskan secara berkesinambungan bagi memastikan mereka sentiasa mendapat sokongan serta bimbingan dalam menghayati Islam.

Semoga segala usaha dakwah ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Membimbing Dengan Hikmah, Memperkukuh Akidah, Membina Ummah.........................
Unit Dakwah PPAI Parit Buntar

Address

JKR 1540N, Jalan Persiaran Permai, Taman Kerian Permai
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

05-7161078

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar:

Shortcuts

Share

Nearby government services