CIDB Negeri Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

CIDB Negeri Sarawak Ini adalah akaun facebook rasmi CIDB Sarawak

"Bina Sempurna"

Objektif CIDB Negeri Sarawak adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan negeri Sarawak melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

NAZIRAN PENGUATKUASAAN TAHUNAN CIDB NEGERI SARAWAK 2026CIDB Negeri Sarawak, Kuching5 – 7 Oktober 2026CIDB Negeri Sarawak...
09/10/2026

NAZIRAN PENGUATKUASAAN TAHUNAN CIDB NEGERI SARAWAK 2026

CIDB Negeri Sarawak, Kuching
5 – 7 Oktober 2026

CIDB Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Bahagian Penguatkuasaan, CIDB Ibu Pejabat bagi pelaksanaan Naziran Penguatkuasaan Tahunan 2026.

Sesi naziran ini diketuai oleh En. Ahmad Budiyanto bin Wardi, Pengurus Unit Siasatan bersama Pn. Wan Najwa Fadzlin binti Wan Kadir, Pengurus Unit Dasar serta En. Muhammad Nizalman bin Razak dan En. Muhammad Ezaudin bin Abd Razak.

Naziran ini bertujuan menilai tahap pematuhan, keberkesanan pelaksanaan tugas serta memastikan prosedur penguatkuasaan dilaksanakan selaras dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

CIDB Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada pihak CIDB Ibu Pejabat atas pelaksanaan naziran ini dalam usaha memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kualiti penguatkuasaan industri pembinaan.



NAZIRAN PENGURUSAN PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN (KAD HIJAU) CIDB NEGERI SARAWAK TAHUN 2026KUCHING, 6 OKTOBER 2026 – CIDB ...
08/10/2026

NAZIRAN PENGURUSAN PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN (KAD HIJAU) CIDB NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

KUCHING, 6 OKTOBER 2026 – CIDB Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Bahagian Pendaftaran Kontraktor & Personel Binaan (BPKPB), CIDB Ibu Pejabat bagi pelaksanaan Naziran Pengurusan Pendaftaran Personel Binaan (Kad Hijau).

Sesi naziran ini telah diketuai oleh Encik Mohd Azmi bin Dzulkifli, Pengurus Besar BPKPB, bersama Puan Siti Rafidah binti Baharom, Pengurus Kanan Unit Personel Binaan, serta Puan Faizurah Hanim binti Adanan.

Naziran ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) serta memastikan pengurusan Kad Personel Binaan dilaksanakan secara teratur, cekap dan selaras dengan garis panduan yang berkuat kuasa.

CIDB Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada pihak BPKPB CIDB Ibu Pejabat atas pelaksanaan naziran ini dalam usaha memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.



08/10/2026
PENILAIAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEKEMASAN PEJABAT (3KP) CIDB SARAWAK 2026CIDB Sarawak telah selesai menjalani Penil...
07/10/2026

PENILAIAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEKEMASAN PEJABAT (3KP) CIDB SARAWAK 2026

CIDB Sarawak telah selesai menjalani Penilaian Keselamatan, Kesihatan dan Kekemasan Pejabat (3KP) Tahun 2026 pada 6–7 Oktober 2026.

Pengarah CIDB Sarawak, Ts. Br. Rosmen Ag Hassan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Panel Penilai Dalaman 3KP, Encik Muhamad Noor Idris selaku Ketua Penilai dan Encik Muhd Saiful Azizan, atas segala perkongsian ilmu, pandangan, teguran serta cadangan penambahbaikan yang sangat bermanfaat sepanjang sesi penilaian berlangsung.

Penilaian ini bukan sekadar melihat tahap pematuhan, malah menjadi ruang pembelajaran dan perkongsian yang membantu kami mengenalpasti peluang untuk terus menambahbaik aspek keselamatan, kesihatan serta kekemasan persekitaran kerja.

Terima kasih juga kepada seluruh warga CIDB Sarawak atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang proses penilaian.

Semoga segala perkongsian dan maklumbalas yang diterima dapat dimanfaatkan dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat, kemas dan kondusif untuk semua.
Terima kasih atas segala perkongsian dan bimbingan daripada pasukan Panel Penilai 3KP.

Selamat pulang dan semoga berjumpa lagi.

PROGRAM SEMINAR KONTRAKTOR MALAYSIA MADANI CIDB NEGERI SARAWAK TAHUN 2026KUCHING, 29 September 2026 – Lembaga Pembanguna...
30/09/2026

PROGRAM SEMINAR KONTRAKTOR MALAYSIA MADANI CIDB NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

KUCHING, 29 September 2026 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Seminar Kontraktor Malaysia MADANI CIDB Negeri Sarawak Tahun 2026 bertempat di CIDB Convention Centre Sarawak (CCCS), Kompleks CIDB, Kuching.

Program yang menghimpunkan seramai 90 orang peserta ini melibatkan kontraktor berdaftar CIDB serta wakil daripada pelbagai agensi dan klien, antaranya Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Sarawak), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak serta Regional Corridor Development Authority (RECODA).

Program telah dirasmikan oleh Ts. Br. Rosmen bin Ag. Hassan, Pengarah CIDB Negeri Sarawak.

Seminar ini dianjurkan sebagai medium perkongsian maklumat terkini berkaitan dasar, peraturan, inisiatif pembangunan kontraktor serta perkembangan semasa industri pembinaan negara. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, program ini turut memberi penekanan kepada peningkatan kefahaman kontraktor mengenai keperluan pematuhan industri, pengukuhan tadbir urus syarikat serta peningkatan daya saing dalam menghadapi cabaran industri pembinaan yang semakin dinamik.

Antara pengisian program adalah sesi perkongsian dan penerangan oleh panel penceramah berkaitan perkara-perkara yang relevan kepada kontraktor dan industri pembinaan. Encik Paul bin Muroh, Penolong Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Sarawak, turut hadir sebagai salah seorang panel penceramah dalam seminar tersebut.

Melalui penganjuran program ini, para peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh CIDB dalam menyokong pembangunan serta peningkatan kapasiti kontraktor.

CIDB Negeri Sarawak berharap program seumpama ini dapat terus menjadi platform perkongsian ilmu dan interaksi antara CIDB, agensi, klien serta pemain industri ke arah mewujudkan industri pembinaan yang lebih berkualiti, selamat, berintegriti, mampan dan berdaya saing.



LAWATAN KETUA EKSEKUTIF CIDB MALAYSIA KE SARAWAK | MEMPERKUKUH BUDAYA KERJA, MEMACU KECEMERLANGANKUCHING, 18 September 2...
22/09/2026

LAWATAN KETUA EKSEKUTIF CIDB MALAYSIA KE SARAWAK | MEMPERKUKUH BUDAYA KERJA, MEMACU KECEMERLANGAN

KUCHING, 18 September 2026 (Jumaat) – CIDB Negeri Sarawak dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak berbesar hati menerima kunjungan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Sr. Ahmad Farrin Mokhtar, bersempena Sesi Perjumpaan Bersama Warga Kerja di CIDB Convention Centre Sarawak.

Dalam amanat beliau, penekanan diberikan kepada pembentukan budaya kerja yang berteraskan komitmen, kepercayaan dan kerjasama, selaras dengan aspirasi CIDB untuk terus meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

Beliau turut berkongsi pendekatan KKR Delivery Culture yang menekankan empat prinsip utama:

πŸ”Ή Sense of Urgency – Bertindak segera dan responsif.

πŸ”Ή Sense of Responsibility – Melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen.

πŸ”Ή Sense of Accountability – Memikul amanah dan bertanggungjawab terhadap hasil kerja.

πŸ”Ή Follow Up & Follow Through – Memastikan setiap tindakan disusuli sehingga selesai.

Seiring dengan keutamaan CIDB bagi tahun 2026 dan seterusnya, beliau turut menekankan kepentingan pendigitalan melalui BIM dan Digital Twin, penerapan teknologi pembinaan pintar serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran masa hadapan.

Dalam aspek hubungan sesama warga kerja, beliau turut mengingatkan agar budaya saling menghormati, mempercayai dan menyokong antara satu sama lain terus diperkukuh. Budaya menuding jari, saling menyalahkan dan bekerja secara silo perlu ditinggalkan. Sebaliknya, setiap warga CIDB harus bersama-sama mencari penyelesaian, mengambil tanggungjawab dan bergerak sebagai satu pasukan.

Amanat dan perkongsian beliau menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus berani membuat keputusan, melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta menyumbang ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Ketua Eksekutif atas kunjungan serta perkongsian yang penuh bermakna.

ONE TEAM. ONE DIRECTION. ONE CIDB.

CIDB Sarawak is pleased to share this opportunity with SMEs, contractors, and construction industry players.Learn how yo...
08/09/2026

CIDB Sarawak is pleased to share this opportunity with SMEs, contractors, and construction industry players.

Learn how your business can respond to growing sustainability and ESG expectations through practical and SME-friendly guidance. Participation is fully complimentary, with no certification requirements, consultancy commitments, or mandatory follow-up activities.

πŸ“… 29 September 2026 (Tuesday)
πŸ“ Pullman Kuching
πŸ”— Registration: https://cmm.zohobackstage.com/SEDGSarawak #/
Registration Fee: FOC

We encourage SMEs, contractors, and industry players to join this workshop and gain practical insights on sustainability and ESG disclosures.

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU SARAWAK (PKMS) KE CIDB SARAWAKCIDB Negeri Sarawak berbesar hati menerima ku...
24/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU SARAWAK (PKMS) KE CIDB SARAWAK

CIDB Negeri Sarawak berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) pada 24 Ogos 2026.

Delegasi PKMS diketuai oleh Dato’ Dr. Haji Wan Ali, manakala pihak CIDB Negeri Sarawak diketuai oleh Ts. Br. Rosmen bin Ag Hassan, Pengarah CIDB Negeri Sarawak. Turut hadir En. Abdul Rahman bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak, bersama pegawai-pegawai CIDB Sarawak dan wakil PKMS.

Pertemuan ini turut membincangkan perancangan dan pelaksanaan program Festival Jabat Sejagat 2026 – β€œArena Aksi, Akar Tradisi”, serta potensi kerjasama dalam memperkasakan belia, komuniti dan pemeliharaan seni warisan serta budaya tempatan.

Semoga kunjungan ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dan memberi manfaat kepada masyarakat serta pembangunan modal insan di Sarawak 🀝




11/08/2026
10/08/2026

Ayuh bersama-sama memeriahkan Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) & CIDB Technologies Wilayah Sarawak 2026! Raikan kejayaan para graduan yang telah melengkapkan latihan dan kemahiran mereka dalam bidang pembinaan. πŸ‘·β€β™‚οΈπŸ‘·β€β™€οΈβœ¨

πŸ“… 24 Ogos 2026 | Isnin
⏰ 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ CIDB Convention Centre (CCCS)
🎟️ MASUK PERCUMA!

Bukan sekadar majlis graduasi β€” pelbagai aktiviti menarik turut menanti anda, antaranya:

πŸš’ Demonstrasi daripada Bomba & Penyelamat
πŸ›΅ EV Motor Showcase
🍱 Jualan Rahmah MADANI
🚚 Food Truck & KCBS Preloved Booth
πŸ—οΈ Booth pameran pendidikan & kemahiran
πŸ“Έ Photo Studio
🏒 Pameran daripada pelbagai agensi
🐍 Demonstrasi khas termasuk kren beroda

Jom hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan pencapaian para graduan serta menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan. Jumpa anda di sana! πŸŽ‰

Address

Tingkat 1 Blok A Kompleks CIDB Jalan Sultan Tengah Petra Jaya
Petra Jaya
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:15 - 17:00

Telephone

+6082445833

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIDB Negeri Sarawak:

Shortcuts

Share

Nearby government services