25/09/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐑𝐓𝐈𝐅𝐈𝐄𝐃 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐑𝐈𝐓𝐘 𝐆𝐔𝐀𝐑𝐃 (𝐂𝐒𝐆) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟖/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐎𝐋 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐎𝐒𝐀
𝟐𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭) | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭𝐨𝐫𝐢𝐮𝐦 𝟏, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐎𝐋 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐨𝐬𝐚
PULAPOL Bukit Sentosa terus komited menjadi medan pembentukan profesionalisme dan peningkatan kompetensi dalam bidang keselamatan menerusi Program Latihan Certified Security Guard (CSG) Siri 18/2026 yang telah berlangsung selama enam hari, bermula 20 hingga 25 September 2026.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YDH Supt Md. Aruwan bin Md. Amilah @ Harun, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH ACP Zakaria bin Adam (B), Timbalan Pengerusi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Negeri Selangor; YBrs. Tuan Mohd Aamin Qairil Azhar bin Yusof, Penolong Pegawai Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Selangor; En. Tengku Muhammad Norudin bin Tengku Kamal, urus setia PIKM; barisan Ketua-Ketua Cawangan dan Unit, serta pegawai dan peserta program.
Program ini memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta berkaitan ilmu pengetahuan, tugas, tanggungjawab, serta peraturan dan undang-undang yang perlu diguna pakai dalam melaksanakan tugasan keselamatan di lapangan.
Bukan sekadar pembelajaran secara teori, para peserta turut menjalani pelbagai latihan berbentuk fizikal seperti latihan kawad, penggunaan cota, serta seni mempertahankan diri. Aspek kekuatan dan ketahanan fizikal amat dititikberatkan bagi memastikan para peserta bersedia menempuh cabaran serta risiko tugasan sebenar. Dengan berakhirnya program ini, seramai 108 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya, sekali gus membawa bersama ilmu, kemahiran, dan pengalaman berharga sepanjang program berlangsung.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta Program Latihan Certified Security Guard (CSG) Siri 18/2026. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi bekal dalam melaksanakan tugas dengan penuh disiplin, profesionalisme, dan integriti.
Jurugambar : Unit Bantuan Teknik