01/11/2026
🇲🇾 PROGRAM HARI SUKAN NEGARA, PERPUSTAKAAN DAN KOMUNITI 2026 🇲🇾
Anjuran Perpustakaan Desa Kampung Mambau dengan kerjasama JPKK Kampung Mambau
Alhamdulillah, Program Hari Sukan Negara, Perpustakaan dan Komuniti 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kebersamaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kekeluargaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah:
🎨 Pertandingan Mewarna Berkeluarga
🎨 Pertandingan Mewarna bersama Soka International School Malaysia
🏃 Pertandingan Sukaneka
🍮 Pertandingan Masakan Berasaskan Pengat
🎯 Pertandingan Musang Berjanggut
📚 Bas Bergerak daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
🛍️ Jualan Rahmah oleh KPDN Negeri Sembilan
🩺 Pemeriksaan Kesihatan daripada Mawar Medical Centre
💗 Pemeriksaan HPV dan Mammogram daripada LPPKN Seremban
🇲🇾 Taklimat Interaktif Kenegaraan daripada Jabatan Penerangan Seremban
🌟 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Penghargaan khusus kepada:
• Pejabat DUN Rantau
• Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
• Ambienz Holidays Sdn. Bhd.
• Yayasan Food Bank Malaysia
• Muhibbah Malaysia Foodbank Society
• Jabatan Penerangan Seremban
• Mawar Medical Centre
• LPPKN Negeri Sembilan
• KPDN Negeri Sembilan
• Tabika KEMAS Pekan Mambau
• Tabika KEMAS Taman Kelab Tuanku
• Tabika Perpaduan Taman Kelab Tuanku
Tidak dilupakan juga semua penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan daripada pelbagai sumber serta semua individu yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program ini.
Sesungguhnya, program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kejiranan dan membina masyarakat yang lebih harmoni.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat. Jasa, sokongan dan komitmen anda amat kami hargai. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang baik.
Insya-Allah, semoga pada masa akan datang kita dapat terus bekerjasama dalam menganjurkan lebih banyak aktiviti menarik dan bermanfaat untuk komuniti Kampung Mambau.
💚 Bersama Membina Komuniti, Memperkukuh Silaturahim! 💚
Perpustakaan Negara Malaysia
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan