02/11/2026
PROGRAM KENALI HAK LINDUNGI DIRI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SI-RUSA BAGI TAHUN 2026
📆 TARIKH: 22 OKTOBER 2026 (KHAMIS)
⏰ MASA: 8.15 PAGI – 10.15 PAGI
📍 TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN SI-RUSA, PORT DICKSON
🗓️ TAJUK: HAK ASASI KANAK-KANAK (BULI, SENTUHAN SELAMAT & TIDAK SELAMAT, PENDERAAN)
ANJURAN:
• Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Si-Rusa
• Kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson (JKM)
OBJEKTIF PROGRAM:
• Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kanak-kanak mengenai Hak Asasi Kanak-Kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).
• Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid untuk mengenali serta membezakan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
• Memupuk kesedaran mengenai bahaya buli (fizikal, lisan, sosial, siber) serta tindakan pencegahan yang perlu diambil.
• Memberi panduan dan keyakinan kepada murid melalui Formula 3K (Katakan TIDAK, Lari, Kongsi/Adu) untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku penderaan atau ancaman keselamatan.
• Mendidik murid mengenali saluran bantuan rasmi serta peranan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pelindung Kanak-Kanak & Pegawai Akhlak dalam menjaga keselamatan dan kebajikan mereka.
PENGLIBATAN PENCERAMAH:
1. En. Farhan Syazwan Bin Zulkifli (Pegawai Pembangunan Kanak-kanak Daerah Port Dickson)
2. En. Sankar A/L Paramasivam (Pegawai Akhlak)
BILANGAN MURID:
• 30 orang murid (Murid terpilih dari Darjah 1 hingga Darjah 6, Sekolah Kebangsaan Si-Rusa)
✨ Sayangi dan Lindungi Kanak-Kanak ✨