24/09/2026
KENYATAAN RASMI
LAPORAN POLIS BERHUBUNG PENYEBARAN MAKLUMAT DI MEDIA SOSIAL
Dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat pada 24 September 2026, jam 2.30 petang di Balai Polis Sipitang berhubung beberapa kandungan, poster dan maklumat yang sedang tersebar di media sosial berkaitan Majlis Daerah Sipitang (MDS).
Laporan tersebut dibuat bagi membolehkan perkara berkenaan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk semakan dan siasatan berdasarkan fakta, bukti serta peruntukan undang-undang yang berkaitan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang kesimp**an, tuduhan atau menyebarkan semula kandungan yang belum disahkan kesahihannya.
Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mempunyai maklumat bahawa kandungan yang sedang tular itu mengandungi maklumat palsu, tidak tepat, mengelirukan atau telah dimanip**asi, sila kemukakan bukti kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan pengesahan lanjut.
Antara maklumat yang boleh disimpan sebagai rujukan termasuk:
• Screenshot hantaran atau poster
• Pautan/URL asal
• Nama akaun atau profil yang membuat hantaran
• Tarikh dan masa hantaran
• Gambar, video atau dokumen berkaitan
• Sebarang maklumat lain yang boleh membantu siasatan
Jangan padam atau ubah bahan asal sekiranya ia diperlukan sebagai bahan bukti.
Kami menghormati hak setiap pihak untuk menyampaikan pandangan dan mendapatkan penjelasan. Namun begitu, penyebaran maklumat hendaklah dilakukan secara bertanggungjawab dan berdasarkan fakta yang boleh disahkan.
Perkara ini kini telah dirujuk melalui saluran yang sewajarnya. Justeru, marilah kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara profesional dan berdasarkan bukti.
24 SEPTEMBER 2026
Balai Polis Sipitang