Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim Daerah Muallim Perak Darul Ridzuan telah diwartakan pada tahun 2015 {Sebelumnya adalah Daerah Kecil Slim).

Pusat pentadbiran utama daerah iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Muallim terletak di Bandar Slim River.

DIRGAHAYU TUANKUIkhlas Daripada Pegawai Daerah Muallim dan Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Muallim
05/11/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Ikhlas Daripada
Pegawai Daerah Muallim
dan Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Muallim

Hebahan Pelanjutan Waktu Operasi Kaunter Hasil dan PendaftaranTempoh : 19 Oktober 2026 - 30 Disember 2026
05/11/2026

Hebahan Pelanjutan Waktu Operasi Kaunter Hasil dan Pendaftaran

Tempoh : 19 Oktober 2026 - 30 Disember 2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NISSAN X-TRAIL 4WD 2.5L A/TAset boleh dilihat pada 2.11.2026 hingga 9.11.2026 di antara jam...
02/11/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA NISSAN X-TRAIL 4WD 2.5L A/T

Aset boleh dilihat pada 2.11.2026 hingga 9.11.2026 di antara jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang di Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim

Tarikh tutup sebutharga : 16.11.2026 (Isnin) Jam 12 tengahari

🎳 SUKAN DALAMAN BOWLING KELAB PETANDA MUALLIM 2026 🎳📍 UPSI Superbowl | 28 Oktober 2026Meriah dan penuh semangat! 😍🎉Telah...
29/10/2026

🎳 SUKAN DALAMAN BOWLING KELAB PETANDA MUALLIM 2026 🎳

📍 UPSI Superbowl | 28 Oktober 2026

Meriah dan penuh semangat! 😍🎉

Telah berlangsung Sukan Dalaman Bowling anjuran Kelab Petanda Muallim pada 28 Oktober 2026, jam 5.30 petang bertempat di UPSI Superbowl.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim.

Program ini bukan sahaja menjadi medan untuk menguji kemahiran dan ketepatan balingan, malah turut mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta menceriakan suasana dalam kalangan warga kerja. 💪🏻🎳

Semoga aktiviti sebegini terus menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan, meningkatkan semangat kekitaan dan mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni.

Tahniah dan terima kasih kepada Kelab Petanda Muallim atas penganjuran program yang penuh kemeriahan ini! 👏🏻🥳

Muallim Hebat, Warga Kerja Sepakat! 💙





21 Oktober 2026 (Rabu) - Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Muallim berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. D...
21/10/2026

21 Oktober 2026 (Rabu) - Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Muallim berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri (ICU) Perak, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kunjung hormat ini telah disambut mesra oleh Pegawai Daerah serta barisan pegawai-pegawai PDT Muallim.

Semoga sesi ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara Pejabat ICU Negeri Perak dengan PDT Muallim dalam memastikan kesejahteraan rakyat di Daerah Muallim terus diperkasa.

LAWATAN KERJA YBHG DATO' PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI PERAK KE KAMPUNG SUNGAI BIL, MUALLIM*MUALLIM, 21 Oktober 2026* - YB...
21/10/2026

LAWATAN KERJA YBHG DATO' PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI PERAK KE KAMPUNG SUNGAI BIL, MUALLIM

*MUALLIM, 21 Oktober 2026* - YBhg Dato' Haji Mohd Zakuan Bin Haji Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kampung Sungai Bil, Daerah Muallim pada hari ini.

Lawatan ini telah diiringi oleh YBrs Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Pegawai Daerah Muallim bersama-sama pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah dan Tanah Muallim.

Tujuan utama lawatan adalah bagi meninjau sendiri keadaan semasa di lapangan serta mendengar taklimat berhubung keperluan pembangunan dan kebajikan komuniti setempat, khususnya melibatkan kemudahan asas di kampung tersebut.

Dalam lawatan tersebut, delegasi telah diberi penerangan di tapak oleh wakil komuniti mengenai isu dan cadangan penambahbaikan kemudahan. YBhg Dato' Zakuan turut berkesempatan beramah mesra bersama penduduk setempat.

Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Perak komited untuk terus bekerjasama erat dengan Pentadbiran Daerah Muallim bagi memastikan agenda pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

LAWATAN YBRS. TUAN PEGAWAI DAERAH BERSAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDARMUALLIM | 21 Oktober 2026YBrs. Tuan Pegawai Da...
21/10/2026

LAWATAN YBRS. TUAN PEGAWAI DAERAH BERSAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

MUALLIM | 21 Oktober 2026YBrs. Tuan Pegawai Daerah Muallim telah mengadakan lawatan bersama Bahagian Pembangunan Luar Bandar ke dua lokasi projek pembangunan di daerah ini, melibatkan kerja-kerja penggantian jambatan di Kampung Lintah Piong serta projek pembinaan surau baharu di Kampung Orang Asli Sungai Lembing.

Lawatan ke Kampung Lintah Piong bertujuan meninjau pelaksanaan kerja-kerja penggantian jambatan bagi memastikan kemudahan perhubungan yang lebih baik dapat disediakan kepada penduduk setempat. Projek ini diharap dapat memudahkan pergerakan masyarakat serta melancarkan urusan harian penduduk kampung.

Sementara itu, lawatan ke Kampung Orang Asli Sungai Lembing melibatkan projek pembinaan surau baharu yang bakal menjadi tempat masyarakat setempat melaksanakan ibadah, mengimarahkan aktiviti keagamaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti.

Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Nurul Afizal Binti Zainal Abdin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Puan Sarina serta penghulu-penghulu daerah.

Pembangunan yang dilaksanakan bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal, malah membawa harapan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat setempat. Setiap projek yang dirancang diharap dapat memberikan manfaat berpanjangan kepada penduduk, khususnya di kawasan kampung dan komuniti Orang Asli.

Semoga sinar pembangunan terus berkembang di Daerah Muallim, membawa kemudahan, menyuburkan kesejahteraan dan memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat pembangunan yang dilaksanakan.

Muallim Maju Mampan.



20/10/2026
20/10/2026
📢 HEBAHAN: MUALLIM STREET 2026Jom warga Daerah Muallim! 🛍️Orang ramai dijemput hadir ke Muallim Street yang menawarkan p...
20/10/2026

📢 HEBAHAN: MUALLIM STREET 2026

Jom warga Daerah Muallim! 🛍️

Orang ramai dijemput hadir ke Muallim Street yang menawarkan pelbagai keperluan harian pada harga berpatutan menerusi inisiatif Harga Madani, di samping mengeratkan hubungan komuniti setempat.

📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
📍 Tempat: Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim

Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian sambil menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Semua dijemput hadir!

🤝 Muallim Maju Mampan




Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim
Slim River
35800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054528014

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim:

Shortcuts

Share

Nearby government services