Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau - Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau - Rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
(Institute of Teacher Education Malaysia Tawau Campus)

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas...
05/11/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBrs. Dr. Nazifah binti Shaikh Ismail atas pelantikan sebagai Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, berkuat kuasa pada 5 November 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan, kepimpinan yang berwibawa serta transformasi berterusan dalam memperkasakan pendidikan guru negara.

Seluruh warga IPG Kampus Tawau mendoakan agar YBrs. Dr. dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

tulus ingatan daripada ;
Pengarah, Timbalan Pengarah
dan seluruh warga IPG Kampus Tawau.

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan ucapan selamat datang ...
25/10/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒

Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Chut Izzaty binti Abdul Hadi yang mula berkhidmat sebagai Pegawai Pengurusan, Unit Praktikum, berkuat kuasa pada 1 Oktober 2026.

Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan serta menyumbang kepada pencapaian visi dan misi institut.

tulus ingatan daripada ;
Pengarah, Timbalan Pengarah
dan seluruh warga IPG Kampus Tawau.

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Nur Farah ‘...
21/10/2026

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Nur Farah ‘Ain binti Che Hassan, Pensyarah Akademik, Jabatan Pendidikan Islam & Moral, atas pelantikan sebagai Ketua Warden Asrama, berkuat kuasa pada 1 September 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, komitmen dan integriti demi kebajikan serta kesejahteraan para siswa guru di asrama.

Semoga terus cemerlang dalam kepimpinan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

tulus ingatan daripada ;
Pengarah, Timbalan Pengarah
dan seluruh warga IPG Kampus Tawau.

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝟐𝟏 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐅𝐈𝐊𝐑𝐀𝐇, 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋📅 Tarikh ...
20/10/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝟐𝟏 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐅𝐈𝐊𝐑𝐀𝐇, 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋

📅 Tarikh : 13 Oktober 2026 (Selasa)
📍 Tempat : Aqidah Qatering Mini Hall
📚 Anjuran : Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Tawau

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Chris...
20/10/2026

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Christina Sim Pei Pei, Pensyarah Akademik, Jabatan Ilmu Pendidikan, atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Cemerlang (memangku DG12) berkuat kuasa pada 24 Julai 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasa profesion keguruan serta menyumbang bakti dalam bidang pendidikan demi melahirkan generasi pendidik yang berkualiti dan berinspirasi.

Sesungguhnya, pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas komitmen, dedikasi dan sumbangan dalam dunia pendidikan.

tulus ingatan daripada ;
Pengarah, Timbalan Pengarah
dan seluruh warga IPG Kampus Tawau.

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐆𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔 (𝐏𝐞𝐝𝐚𝐓𝐄𝐝) 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Dengan bertemakan "Memacu Inovasi dan ...
06/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐆𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔 (𝐏𝐞𝐝𝐚𝐓𝐄𝐝) 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dengan bertemakan "Memacu Inovasi dan Penyelidikan Ke Arah Pembinaan Karekter dan Pendidikan Masa Hadapan", pihak penganjur menjemput semua pensyarah, guru, siswa guru, pelajar dan individu yang berminat untuk menyertai sesi pembentangan penyelidikan sebagai PESERTA secara dalam talian.

📅 Tarikh : 7 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
💻 Platform : Google Meet

Sebanyak 7 bilik pembentangan selari disediakan untuk pilihan peserta mengikut tajuk penyelidikan yang diminati.

🔗 PILIH BILIK DAN SERTAI MELALUI PAUTAN BERIKUT :

BILIK 1
Pautan : https://meet.google.com/nax-zdqb-mnb

BILIK 2
Pautan : https://meet.google.com/zup-pfwk-cdo

BILIK 3
Pautan : https://meet.google.com/jzb-chxy-xbv

BILIK 4
Pautan : https://meet.google.com/yev-pxma-qxq

BILIK 5
Pautan : https://meet.google.com/nzz-sbbn-xqn

BILIK 6
Pautan : https://meet.google.com/rux-emxg-jgc

BILIK 7
Pautan : https://meet.google.com/kqw-kcsn-piv

SIARAN SECARA LANGSUNG MENERUSI SALURAN YOUTUBE PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU ZON SABAH 2026
Pautan : https://youtube.com/?si=gnKxl1GMFGxuY3Hu

✨ Peluang untuk menimba ilmu, meneroka idea penyelidikan, berkongsi pengalaman dan memperkukuh budaya inovasi dalam pendidikan, selain mendapat sijil sebagi peserta! Jangan lepaskan peluang ini. Kehadiran dan sokongan anda amat dihargai!

Jom bersama-sama memeriahkan PedaTEd 2026!

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐: 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐋𝐌𝐒) 𝐎𝐏𝐄𝐍𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆, 𝐈𝐏𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔TAWAU, 2...
30/09/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐: 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐋𝐌𝐒) 𝐎𝐏𝐄𝐍𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆, 𝐈𝐏𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

TAWAU, 25 September 2026 – Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Tawau telah menganjurkan Kursus Aplikasi Digital Siri 2: Pemerkasaan Learning Management System (LMS) OpenLearning bertempat di Bilik MBMMBI, IPG Kampus Tawau.

Kursus ini memberi pendedahan secara hands-on kepada peserta dalam penggunaan OpenLearning, termasuk pembinaan kursus, pengurusan bahan pembelajaran, interaksi peserta serta pengurusan penilaian dalam LMS.

Program ini dijayakan oleh barisan penceramah dan fasilitator, iaitu Dr. Aman Shah bin Syed Ali, En. Mahmud bin Ahmad, Dr. Richeal Phil Thien Kim How, Dr. Christina Sim Pei Pei, Pn. Siti Norzurah binti Musa dan Pn. Aggenes Tona binti Antonius.

Penganjuran kursus ini merupakan usaha berterusan IPG Kampus Tawau dalam memperkasa kompetensi digital pensyarah dan penggunaan LMS bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐌𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐈𝐏𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔TAWAU, 18 September 2026 – Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kece...
30/09/2026

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐌𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐈𝐏𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

TAWAU, 18 September 2026 – Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Tawau telah menganjurkan Karnival Mini Siswa Guru Digital IPG Kampus Tawau 2026: Eksplorasi AI, Virtual Reality, Drone dan Kreativiti Digital yang melibatkan 85 orang siswa guru PPISMP dan PISMP.

Program ini memberi pendedahan dan pengalaman hands-on dalam Kecerdasan Buatan (AI), Virtual Reality (VR), teknologi drone dan kreativiti digital.

Program ini dijayakan oleh barisan penceramah dan fasilitator, iaitu Ts. Dr. Norjanah Binti Ambo, Pn. Nurul Hamizah Binti Mohamad Latip, En. Shahshi Davien Thomas, Ustazah Nur Farah ’Ain Binti Che Hassan, En. Yusmail Jusup dan Dr. Richeal Phil Thien Kim How.

Penganjuran ini merupakan usaha IPG Kampus Tawau dalam memperkasa kompetensi digital siswa guru serta membudayakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐈𝐃𝐀𝐇📅 Tarikh :  12 - 13 September 2026 (Sabtu - Ahad)📍 Tempat : Masjid Hidayah al-Mustaqim📚 Anjuran...
21/09/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐈𝐃𝐀𝐇

📅 Tarikh : 12 - 13 September 2026 (Sabtu - Ahad)
📍 Tempat : Masjid Hidayah al-Mustaqim
📚 Anjuran : YADIM Cawangan Tawau & Masjid Hidayah al-Mustaqim

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

𝐌𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐍 𝐎𝐌𝐀𝐑📅 Tarikh :  11 September 2026 (Jumaat)📍 Tempat : Dewan Datuk Amir Bek IP...
21/09/2026

𝐌𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐍 𝐎𝐌𝐀𝐑

📅 Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
📍 Tempat : Dewan Datuk Amir Bek IPG Kampus Tawau
📚 Anjuran : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tawau

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

Address

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, KM 36, NO. 27, Jalan Balung, 91009 Tawau
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6089951264

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau - Rasmi:

Shortcuts

Share