APM Telupid Page

Call Directions Website Contact the organization

APM Telupid Page Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Telupid Page, Government Organization, Telupid.

_KHIDMAT KEMANUSIAAN: KERETA TERKUNCI (LLK)_📅 _Tarikh:_ 27 Oktober 2026📍 _Lokasi:_ Perumahan Pekan TelupidAPM Daerah Tel...
27/10/2026

_KHIDMAT KEMANUSIAAN: KERETA TERKUNCI (LLK)_

📅 _Tarikh:_ 27 Oktober 2026
📍 _Lokasi:_ Perumahan Pekan Telupid

APM Daerah Telupid telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kes kereta terkunci.

Pasukan APM Telupid telah digerakkan ke lokasi dan kenderaan berjaya dibuka dengan selamat. Semua mangsa dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan segera hubungi talian kecemasan _999_ sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau bencana.

_APM Telupid - Sedia Pantas, Berintegriti._















*PROGRAM PENDIDIKAN PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DISASTER RISK REDUCTION - DRR) DI SK NANGOH**Telupid, 21 Oktober 2026 (R...
21/10/2026

*PROGRAM PENDIDIKAN PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DISASTER RISK REDUCTION - DRR) DI SK NANGOH*

*Telupid, 21 Oktober 2026 (Rabu)* - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Telupid telah melaksanakan Program Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana (DRR) bertempat di Dewan Walai Pisompuruan, SK Nangoh.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa 3K SK Nangoh dengan kerjasama APM Daerah Telupid ini melibatkan penyertaan murid-murid SK Nangoh.

Antara pengisian program yang telah dilaksanakan ialah Taklimat Pengurangan Risiko Bencana bersama APM Daerah Telupid, Modul 01 Mewarna Kesedaran Bencana, Modul 02 Lembaran Cari Kata dan Modul 03 Beg Siaga dan Refleksi.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai langkah-langkah pengurangan risiko bencana serta meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi bencana.

Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak sekolah dan murid-murid.















*OPERASI KES MENANGKAP ULAR (KMU)*📅 *TARIKH:* 20 Oktober 2026 (Selasa)📍 *LOKASI:* Kg. Gading 2, Jln SESB, TelupidAngkata...
20/10/2026

*OPERASI KES MENANGKAP ULAR (KMU)*

📅 *TARIKH:* 20 Oktober 2026 (Selasa)
📍 *LOKASI:* Kg. Gading 2, Jln SESB, Telupid

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Telupid telah menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran seekor ular di halaman rumah milik pengadu di Kg. Gading 2, Jln SESB.

Susulan aduan tersebut, Skuad Charlie APM Telupid telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.

Setibanya di lokasi, anggota bertugas telah menjalankan pemeriksaan sebelum melaksanakan tindakan menangkap ular menggunakan peralatan khas. Operasi berjaya dilaksanakan dengan selamat.

*MAKLUMAT KEJADIAN*
🔹 Jenis kes: Kes Menangkap Ular (KMU)
🔹 Jenis ular: Ular Sawa Batik
🔹 Anggaran berat: 3.5kg
🔹 Anggaran panjang: 4.5 Meter

*STATUS MANGSA DAN KES*

1 orang mangsa lelaki dewasa dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat. Tiada kecederaan atau tanda patukan ular dilaporkan.

Operasi menangkap ular telah berjaya diselesaikan. Ular berkenaan akan dilepaskan ke habitat asal yang sesuai bagi mengelakkan ancaman kepada orang awam.

🚑 *LOGISTIK:* 1 buah LRV (VQG 7396)

APM sentiasa komited memberikan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kepada masyarakat dengan pantas, cekap dan berintegriti.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak cuba menangkap atau mendekati ular sendiri. Sekiranya berlaku kejadian seumpama ini, sila hubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

*ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA*
_Sedia Pantas Berintegriti_

















OPERASI KES MENANGKAP ULAR (KMU) 📅 TARIKH: 14 Oktober 2026 (Rabu)📍 LOKASI: Pekan Telupid, SabahAngkatan Pertahanan Awam ...
14/10/2026

OPERASI KES MENANGKAP ULAR (KMU)

📅 TARIKH: 14 Oktober 2026 (Rabu)
📍 LOKASI: Pekan Telupid, Sabah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Telupid telah menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran seekor ular di dalam stor luar rumah milik pengadu di Pekan Telupid.

Susulan aduan tersebut, Skuad Alpha APM Telupid telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.

Setibanya di lokasi, anggota bertugas telah menjalankan pemeriksaan sebelum melaksanakan tindakan menangkap ular menggunakan peralatan khas. Operasi berjaya dilaksanakan dengan selamat.

MAKLUMAT KEJADIAN
🔹 Jenis kes: Kes Menangkap Ular (KMU)
🔹 Jenis ular: Ular Daun
🔹 Anggaran berat: 200 gram
🔹 Anggaran panjang: 3 kaki
🔹 Masa panggilan diterima: 1448H
🔹 Masa tiba di lokasi: 1459H
🔹 Masa selesai operasi: 1521H

STATUS MANGSA DAN KES

Dua (2) orang mangsa perempuan dewasa dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Tiada kecederaan atau tanda patukan ular dilaporkan.

Operasi menangkap ular telah berjaya diselesaikan. Ular berkenaan akan dilepaskan ke habitat asal yang sesuai bagi mengelakkan ancaman kepada orang awam.

🚑 LOGISTIK: 1 buah LRV (VPT 1083)

APM sentiasa komited memberikan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kepada masyarakat dengan pantas, cekap dan berintegriti.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak cuba menangkap atau mendekati ular sendiri. Sekiranya berlaku kejadian seumpama ini, sila hubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Sedia Pantas Berintegriti















OPERASI POKOK TUMBANG (LLK) | KG. KOPURON TELUPID📅 TARIKH: 23 September 2026 (Rabu)📍 TEMPAT: Kg. Kopuron🌳 JENIS KES: Pok...
23/09/2026

OPERASI POKOK TUMBANG (LLK) | KG. KOPURON TELUPID

📅 TARIKH: 23 September 2026 (Rabu)
📍 TEMPAT: Kg. Kopuron
🌳 JENIS KES: Pokok Tumbang

Skuad Delta APM Telupid telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang tersebut.

Seramai 4x Anggota LLP telah digerakkan ke lokasi menggunakan LRV (VPT 1083) bagi menjalankan tindakan sewajarnya.

Setibanya di lokasi, anggota APM telah melaksanakan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok yang menghalang laluan. Kerja-kerja tersebut berjaya diselesaikan dengan selamat dan laluan dapat dibersihkan.

MAKLUMAT MANGSA

👤 1 orang lelaki dewasa
🟢 Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat.

MAKLUMAT KES

🌳 Jenis pokok: Pokok getah
📏 Ketinggian: ±25 kaki
📐 Ukur lilit: ±25 cm
📍 Jarak ke lokasi: ±22.5 km

LOGISTIK & PERALATAN

🚒 LRV (VPT 1083)
⛑️ 4 unit helmet
🧤 4 pasang glove
🪚 1 unit chainsaw
🔪 1 unit parang

STATUS KES

✅ Kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang telah selesai dilaksanakan. Tiada kecederaan dilaporkan dan mangsa berada dalam keadaan selamat.

APM Telupid sentiasa bersiap siaga dalam memberikan bantuan kecemasan kepada masyarakat serta memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan orang awam.

















📞 APM Daerah Telupid: 089-521161 / 089-521162
🚨 Kecemasan: MERS 999

  POKOK TUMBANG (LLK) 🌳🪚📅 Tarikh: 09 September 2026 (Rabu)📍 Lokasi: Kg. Gambaron 1, Telupid, SabahAngkatan Pertahanan Aw...
09/09/2026

POKOK TUMBANG (LLK) 🌳🪚

📅 Tarikh: 09 September 2026 (Rabu)
📍 Lokasi: Kg. Gambaron 1, Telupid, Sabah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang di Kg. Gambaron 1.

Kejadian dipercayai berlaku akibat angin kencang yang menyebabkan sebatang pokok buah mangga tumbang dan menghempap sebuah tandas lama yang terletak di tepi rumah pengadu.

Skuad ALPHA APM Telupid yang diketuai oleh KPL(PA) Paulinus Petrus, bersama dua anggota LLP, telah bergerak ke lokasi dengan menggunakan LRV VPT 1083 bagi menjalankan tindakan penyelamatan dan pengurusan risiko.

Kerja-kerja pemotongan serta pengalihan pokok tumbang telah dilaksanakan dengan selamat dan berjaya diselesaikan.

👨‍👩‍👧 STATUS MANGSA:
Seramai 3 orang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan.

🛠️ PERALATAN DIGUNAKAN:
• Chainsaw
• Parang
• Helmet keselamatan
• Sarung tangan
• Peralatan sokongan operasi

👨‍🚒 KEKUATAN PETUGAS: 3x orang anggota LLP

STATUS KES:
✅ Kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang telah selesai dilaksanakan.

APM sentiasa komited memberikan bantuan kecemasan kepada masyarakat serta memastikan keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan.

📞 Jika berlaku kecemasan, hubungi MERS 999.

“Sedia Pantas Berintegriti” 🇲🇾















  KES MENANGKAP ULAR📅 Tarikh: 08 September 2026 (Selasa)📍 Lokasi: Pekan Telupid🚨 Jenis Kes: Kes Menangkap Ular (KMU)Angk...
08/09/2026

KES MENANGKAP ULAR

📅 Tarikh: 08 September 2026 (Selasa)
📍 Lokasi: Pekan Telupid
🚨 Jenis Kes: Kes Menangkap Ular (KMU)

Angkatan Pertahahan Awam (APM) Telupid telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai seekor ular tedung berada di celah-celah baldi.
Pengadu berasa cemas dan segera menghubungi PKOD Telupid bagi mendapatkan bantuan untuk menangkap ular berkenaan.

Sebaik menerima maklumat, Skuad Bravo APM Telupid telah bergerak ke lokasi dengan kekuatan 3 orang anggota lain-lain pangkat menggunakan 1 buah LRV VPT 1083 bagi melaksanakan operasi menangkap ular.

Hasil tindakan pantas dan berhemah anggota APM, ular tersebut berjaya ditangkap dengan selamat.

🐍 MAKLUMAT ULAR

• Jenis: Ular Tedung
• Panjang: 2 kaki
• Anggaran Berat: 0.300 kg

👥 MAKLUMAT MANGSA

• 2 × Lelaki Dewasa
• 1 × Perempuan Dewasa
Status: Semua mangsa berada dalam keadaan baik dan tiada kecederaan dilaporkan.

✅ STATUS KES

KES BERJAYA

APM sentiasa komited memberikan bantuan dan perkhidmatan kecemasan kepada masyarakat dengan tindakan yang pantas, cekap dan berintegriti.

Sekiranya ternampak ular atau haiwan berbisa, jangan cuba menangkap atau mengganggunya sendiri. Pastikan keselamatan diri dan orang sekeliling serta hubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

“Sedia, Pantas, Berintegriti” 💙🧡















 # OPERASI KES MENANGKAP ULAR🐍📅 Tarikh: 08 September 2026 (Selasa)📍 Lokasi: Kg. Gambaron 2, Telupid🚨 Jenis Kes: Kes Mena...
08/09/2026

# OPERASI KES MENANGKAP ULAR🐍

📅 Tarikh: 08 September 2026 (Selasa)
📍 Lokasi: Kg. Gambaron 2, Telupid
🚨 Jenis Kes: Kes Menangkap Ular (KMU)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kehadiran seekor ular di kawasan kediaman, iaitu di dalam sebuah stor usang.

Susulan daripada makluman tersebut, seramai 4 orang anggota Skuad Alpha APM Telupid bersama 1 jentera LRV (VPT1083) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap dan mengalihkan ular berkenaan.

Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati seekor ular Sawa Batik masih berada di dalam sebuah bakul di ruangan stor usang. Anggota bertugas kemudiannya menjalankan operasi menggunakan peralatan khas dengan mengutamakan keselamatan penghuni dan orang awam.

Hasil tindakan pantas dan teratur anggota APM, ular berkenaan berjaya ditangkap dengan selamat.

🐍 MAKLUMAT ULAR
• Jenis: Sawa Batik
• Berat: 4.3 kg
• Panjang: 6 kaki

👨‍👩‍👧‍👦 STATUS PENGHUNI
Pemeriksaan awal mendapati seramai 2 lelaki dewasa, 1 perempuan dewasa, 1 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan berada dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi berjalan dengan lancar, teratur dan terkawal. Ular yang berjaya ditangkap akan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya dan pelepasan semula ke habitat yang sesuai.

📢 APM sentiasa komited memberikan perkhidmatan tindak balas kecemasan kepada masyarakat serta memastikan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.

“Sedia Pantas, Berintegriti”















🇲🇾 LATIHAN BULANAN MyASPA-P / MyASPA-O / MyASPAPDPA TELUPID – UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) & AKTIVITI SUKANTELUPID | 2...
28/08/2026

🇲🇾 LATIHAN BULANAN MyASPA-P / MyASPA-O / MyASPA
PDPA TELUPID – UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) & AKTIVITI SUKAN

TELUPID | 28 OGOS 2026 (JUMAAT)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Telupid telah melaksanakan Latihan Bulanan MyASPA-P / MyASPA-O / MyASPA yang melibatkan semua anggota PDPA Telupid bertempat di Perkarangan Padang JKR pada 28 Ogos 2026.

Latihan dimulakan dengan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) yang merangkumi beberapa komponen kecergasan seperti:

🔹 Tekan tubi
🔹 Bangun tubi
🔹 Push-up
🔹 Larian 2.4 kilometer

Selesai ujian kecergasan, anggota turut menyertai aktiviti Futsal bagi menggalakkan semangat berpasukan, kerjasama serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal anggota.

Pelaksanaan latihan ini bertujuan untuk memastikan tahap kecergasan, ketahanan fizikal, disiplin dan kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap yang baik. Ia juga merupakan salah satu usaha berterusan dalam memastikan anggota sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

💪 Cergas, Sihat dan Sentiasa Bersedia!

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Sedia Pantas Berintegriti















OPERASI KES MEMUSNAH SERANG SERANGGA📅 Tarikh: 24 Ogos 2026📍 Lokasi: Erony Garden🐝 Jenis Kes: Memusnahkan Sarang Serangga...
24/08/2026

OPERASI KES MEMUSNAH SERANG SERANGGA

📅 Tarikh: 24 Ogos 2026
📍 Lokasi: Erony Garden
🐝 Jenis Kes: Memusnahkan Sarang Serangga (MSS)
📋 Jenis Laporan: PKPU/04

Pada jam 1043H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Telupid telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian sengatan lebah di kawasan rekreasi Erony Garden.

Susulan laporan tersebut, Skuad Bravo APM Telupid telah digerakkan ke lokasi pada jam 1045H dengan kekuatan 4 orang anggota serta 1 unit LRV VPT1083. Pasukan tiba di lokasi pada jam 1100H dan menjalankan tindakan pemusnahan sarang lebah yang berada pada ketinggian kira-kira 18 kaki, dengan saiz sarang dianggarkan sebesar botol mineral 1.5 liter.

Seramai 15 orang mangsa berada di lokasi dan kesemua mangsa dilaporkan dalam keadaan baik.

🛡️ Tindakan APM:
• Menjalankan penilaian keselamatan di lokasi.
• Mengambil tindakan pemusnahan sarang lebah dengan menggunakan peralatan perlindungan dan peralatan berkaitan.
• Memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat selepas operasi selesai.

✅ Status Kes: BERJAYA

Logistik:
🚑 1 x LRV VPT1083

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa komited dalam memberikan bantuan kecemasan dan perkhidmatan kepada masyarakat demi memastikan keselamatan komuniti sentiasa terpelihara.

“Sedia Pantas Berintegriti”















Address

Telupid
89320

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

089521161

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Telupid Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Telupid Page:

Shortcuts

Share