Sprm Terengganu

Call Directions Website Contact the organization

Sprm Terengganu No Siri 2019/FB/TGANU/06

Penafian:SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau

29/10/2026
SPRM TERENGGANU, PETRONAS PENAPISAN TERENGGANU SDN BHD & TVET BESUT BERKOLOBORATIF JAYAKAN  PERTANDINGAN PIDATO ANTIRASU...
28/10/2026

SPRM TERENGGANU, PETRONAS PENAPISAN TERENGGANU SDN BHD & TVET BESUT BERKOLOBORATIF JAYAKAN PERTANDINGAN PIDATO ANTIRASUAH IPT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU MENERUSI INISIATIF PENGECUALIAN CUKAI

BESUT, 28 OKTOBER 2026- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu terus memperkasakan usaha pendidikan pencegahan rasuah dalam kalangan generasi muda menerusi Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) TVET Besut melalui Pertandingan Pidato Antirasuah IPT Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026.

Pertandingan yang menghimpunkan seramai 14 peserta itu merupakan hasil kolaboratif strategik antara SPRM Terengganu, PETRONAS Penapisan Terengganu Sdn Bhd (PPTSB) dan TVET Besut menerusi inisiatif pengecualian cukai sekaligus menggambarkan langkah kebersamaan dan proaktif pihak swasta dalam menjayakan pembangunan pendidikan dan kesejahteraan pelajar. Turut hadir memberikan sokongan 100 pelajar TVET Besut.

Ketua Siasatan Negeri SPRM Terengganu, Penguasa Kanan Mohamad Syakirin bin Alwi berkata, usaha membanteras rasuah tidak hanya bergantung kepada aspek penguatkuasaan, sebaliknya perlu bermula dengan pendidikan dan pembentukan nilai integriti sejak usia muda.

Kerjasama strategik ini akan terus diperkasakan bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang daripada sudut ilmu dan kepimpinan, tetapi turut teguh dengan nilai amanah, integriti serta akauntabiliti, selaras dengan aspirasi membina Malaysia MADANI yang bebas rasuah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan itu yang diadakan di TVET Besut hari ini.

Dalam pertandingan ini seramai 5 pemenang telah dinobatkan memenangi pertandingan ini di mana tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Soleh Wajdi bin Mohd Radzi dari UITM Kampus Dungun, tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Harraz Nazmi bin Mohamed dari IPG Kampus Sultan Mizan, tempat ketiga disandang oleh Haziq Hasnain bin Kharudin dari TVET Kemaman manakala tempat keempat dimenangi oleh Muhammad Hafiz Syukri bin Madzelan serta tempat kelima adalah milik Nur Izzati bt Abdullah dari UITM Kampus Terengganu.

Proses penjurian dikendalikan oleh juri berpengalaman diketuai oleh Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Terengganu KPKPs Suhaanuar bin Mohamad dan Ketua Seksyen Komunikasi Korporat & Pentadbiran Siti Fatimah bt Shaik Hussain.

Turut hadir Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu, Ps Nur Mahirah binti Mohd Pauzi dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, Zainal Abidin bin Yusof.

28/10/2026
27/10/2026

Seorang pembantu tadbir Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perus...

27/10/2026

15 pertuduhan menggunakan dokumen sebut harga palsu bernilai lebih RM14,000 antara 2020 hingga 2023.

27/10/2026

Kuala Terengganu: Seorang pembantu tadbir Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 15 pertuduhan menggunakan dokumen sebut harga palsu bernilai lebih RM14,000 antara tahun 2020 hingga 2023.

27/10/2026

Seorang pembantu tadbir Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menghadapi 15 pertuduhan menggunakan dokumen sebut harga palsu bernilai lebih keseluruhan RM14,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Address

Wilayah Persekutuan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sprm Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sprm Terengganu:

Shortcuts

Share

Nearby government services


Other Government Officials in Wilayah Persekutuan

Show All