13/05/2026
𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝟐𝟐
Pusat Sumber dan Teknologi Pembelajaran�
Admin page: GPM, Unit NILAM & PrismaKarya Studio TVPSS
13/05/2026
𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝟐𝟐
12/05/2026
Perbadanan Kota Buku merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada keluarga Allahyarham Abdul Rahman bin Napiah (Mana Sikana) atas penganugerahan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-16 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
12/05/2026
Kadangkala, kita terlalu selesa di sebalik skrin sehingga terlupa bahawa setiap kata tetap meninggalkan kesan pada hati manusia. Apa yang ditaip mungkin hanya beberapa saat, tetapi impaknya boleh kekal lama dalam ingatan seseorang.
Bayangkan jika setiap perbualan di media sosial dimulakan dengan hormat, disampaikan dengan hikmah, dan diakhiri dengan kefahaman — pasti ruang digital kita akan menjadi lebih tenang, matang dan penuh nilai kemanusiaan.
Adab bukan sekadar untuk dunia nyata.
Di mana pun kita berada — di hadapan orang atau di sebalik telefon — akhlak tetap menjadi cerminan diri.
Mari biasakan:
🤝 Mendengar sebelum menghukum
💬 Berbincang tanpa menghina
❤️ Menegur tanpa menjatuhkan
Kerana masyarakat yang harmoni bermula daripada tutur kata yang beradab.
Kami menyediakan perkhidmatan bertaraf 5 Bintang⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Pada 7 & 8 Mei 2026 yang lepas, PSGZ menjadi pusat latihan Khat bagi persediaan ke peringkat negeri pada 9 Mei 2026. Anak didik SK Taman Tasik mendapat tempat ke-3. Tahniah & Syabas👏🏻
12/05/2026
Bertempat di Pusat Sumber Gedung Zaaba dan Makmal Komputer My Cybertech telah berlangsung Pertandingan My Cyber Hero 2026.
Semoga ada rezeki anak-anak SK Taman Tasik ke peringkat seterusnya dan tertinggi👏🏻
12/05/2026
PROGRAM NILAM OPEN MIC
Seawal 7 pagi setiap Selasa hingga Khamis kami mengisi masa dengan membaca buku cerita kegemaran yang tersedia di Squid Book Hub dan mendengar perkongsian dari rakan yang akan membacakan buku untuk kami.
12/05/2026
📢 SEBARAN HERO OF THE MONTH
Pada bulan ini, kita memperkenalkan tokoh angkasa lepas kebanggaan negara iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
✏️ Tajuk: Angkasawan Negara – Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
✏️ Kategori: Poster
✏️ Muka Surat: 1
✏️ Penulis: SK Taman Tasik
✏️ Penerbit: SK Taman Tasik
✏️ Tahun Terbitan: 2026
✏️ Bahasa: Bahasa Melayu
✏️ Rumusan:
Poster ini memaparkan tokoh angkasawan pertama Malaysia yang berjaya ke angkasa lepas dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
✏️ Pengajaran:
Melalui poster ini, saya dapat mencontohi sikap berani, gigih dan berusaha dalam mencapai cita-cita.
📌 Murid dikehendaki mengisi aktiviti ini dalam AINS melalui pautan berikut:
https://ains.moe.gov.my/login
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |