Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor

Call Directions Website Contact the organization

Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor Seksyen Penyiasatan & Penilaian Tanah
Seksyen Penyiasatan dan Pemetaan Guna Tanah
Seksyen Pemuliharaan Tanah
Seksyen Kesuburan Tanah

09/11/2026

Bengkel dan Korelasi Pemetaan Gunatanah Baling, Kedah

2-6 November 2026 bertempat di Negeri Kedah

​Tujuan Utama (Ground-Truthing):

Memvalidasi ketepatan pemetaan guna tanah GIS sedia ada berbanding keadaan fizikal sebenar di lapangan melalui kerja semakan verifikasi dan pemantauan dron.

​Program dijalankan selama 5 hari (2–6 November 2026) meliputi 20 point semakan di Daerah Baling dan Daerah Kuala Muda

​Dinamik Peralihan Tanaman:
​Kawasan sawah terbiar dan kebun getah lama beralih kepada penanaman sawit, kopi cerun, serta sayur-sayuran fertigasi

​Transformasi ladang monokultur sawit kepada tanaman komersial berskala besar seperti jagung bijian Famox Group dan ladang pendidikan Edu Farm

​Kepelbagaian Ekonomi & Agropelancongan:
​Pembangunan ladang agropelancongan komersial

​Pembukaan pusat rekreasi mendaki dan kolam memancing air tawar komersial

​Kemudahan industri pertanian moden berteknologi tinggi seperti kilang cendawan organik dengan panel solar

​Pengoptimuman & Integrasi Ruang:
​Pemanfaatan zon rezab talian rentis elektrik TNB untuk tanaman sayuran

​Penanaman selingan pelbagai hasil tani di celah barisan kelapa sawit

​Pembangunan semula zon pesisir pantai bekas bencana tsunami 2004 kepada kebun kelapa komuniti

​Pemeliharaan Warisan: Pengekalan dan pemeliharaan tapak tamadun Kedah Tua di Tapak Arkeologi Sungai Batu di bawah pengkelasan institusi/perbandaran

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor

09/11/2026

3 November 2026, Baling Kedah -

Perasmian Bengkel dan Korelasi Pemetaan Guna Tanah Negeri Kedah telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Tuan Haji Azahar bin Ibrahim

Hadir bersama pengarah Pertanian Negeri Kedah Encik Rozaidi Abdul Rahman dan Kuasa Usaha BPST Kedah, Puan Faizah binti Ramli

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor

Selamat Menyambut Hari Deepavali"Deepavali Valthukal"Semoga pesta cahaya pada tahun ini menyinari kehidupan anda dengan ...
07/11/2026

Selamat Menyambut Hari Deepavali

"Deepavali Valthukal"

Semoga pesta cahaya pada tahun ini menyinari kehidupan anda dengan kemakmuran, kedamaian, dan tuaian kejayaan yang berpanjangan

✨ 🪔 ✨

Ikhlas daripada:
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Johor

Pernahkah kita perasan, setiap kali hujan lebat, warna air yang mengalir di tepi-tepi cerun atau parit menjadi keruh dan...
30/10/2026

Pernahkah kita perasan, setiap kali hujan lebat, warna air yang mengalir di tepi-tepi cerun atau parit menjadi keruh dan berlumpur? Itu sebenarnya tanda tanah kita sedang 'terluka' akibat hakisan

Daripada Hakisan Percik yang paling halus disebabkan oleh titisan air hujan, hinggalah kepada Hakisan Serata yang menghanyutkan lapisan atas tanah yang subur. Jika dibiarkan, ia akan membentuk Hakisan Alur dan akhirnya menjadi Hakisan Gaung yang besar dan merosakkan, malah boleh meruntuhkan Tebing Sungai kita. Apabila tanah terhakis, bukan sahaja ladang dan tanaman kita yang terjejas, malah alam sekitar juga akan menerima padah

Jadi, apa yang boleh kita lakukan? Di Jabatan Pertanian Johor, khususnya Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, kami percaya setiap kerosakan ada penawarnya. Objektif utama kita adalah untuk memahami bagaimana tanah ini berfungsi dan cepat mengesyorkan tindakan pemulihan sebaik sahaja melihat tanda-tanda awal hakisan

Ada dua kaedah utama yang boleh kita laksanakan bersama:
Pertama, Amalan Mekanikal (Pembinaan Struktur). Ini adalah 'perisai fizikal' kita. Kita bina parit lereng, parit kelodak, atau benteng konkrit dan gabion untuk mengawal serta menyalirkan air keluar dengan selamat dari kawasan ladang. Tebing yang rapuh kita perkokohkan agar tidak runtuh

Kedua, Amalan Agronomi (Sentuhan Semula Jadi). Ini cara kita bekerjasama dengan alam. Kita selimuti tanah dengan tanaman penutup bumi, letak sungkupan, atau amalkan penanaman mengikut kontur dan pembajakan minimum. Cara ini bukan sekadar mengawal hakisan, malah mengembalikan kesuburan dan 'nyawa' kepada tanah kita

Setiap satu jenis hakisan ada ubatnya, sama ada dengan menanam rumput, membina parit, memasang geobag, mahupun menanam buluh dan bakau di tebing sungai

Tanah ini adalah warisan kita. Mari kita pulihkan dan pelihara bersama demi kelestarian pertanian dan generasi akan datang!
"Pulihara Tanah Kita, Suburkan Masa Depan."Khidmat pesanan ini dibawakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
myGAP myOrganic Sektor Tanaman

Penjagaan dan pemuliharaan tanah amat penting bagi mencegah hakisan agar lapisan atas tanah yang bernutrien tidak hilang...
28/10/2026

Penjagaan dan pemuliharaan tanah amat penting bagi mencegah hakisan agar lapisan atas tanah yang bernutrien tidak hilang, serta mengekalkan kesuburan melalui keseimbangan mikrob untuk menyokong tanaman yang sihat

Usaha ini secara langsung dapat menjamin sekuriti makanan melalui hasil pertanian yang berterusan, di samping melindungi alam sekitar dengan mengelakkan bencana tanah runtuh dan pencemaran sungai oleh kelodak atau bahan kimia

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
myGAP myOrganic Sektor Tanaman

14/10/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, YB DATUK SERI Haji Mohamad Sabu
Warga Jabatan Pertanian mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Datuk Seri pada 14 Oktober 2026 bersamaan 3 Jamadilawal 1448H.
Semoga ulang tahun ini disambut dalam penuh kesyukuran dan keberkatan. Warga Jabatan Pertanian amat menghargai kepimpinan, keprihatinan serta komitmen Datuk Seri dalam menerajui agenda pertanian dan keterjaminan makanan negara.
Sesungguhnya segala sokongan, bimbingan dan kepercayaan yang diberikan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga jabatan untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan iltizam.
Kami mendoakan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan Datuk Seri kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kebahagiaan yang berpanjangan serta kekuatan untuk terus memimpin dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Selamat ulang tahun kelahiran, Datuk Seri. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan meredhai Datuk Seri.
Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Jabatan Pertanian



YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Kelab Tani

Majlis Perpisahan Kakitangan9 hb Oktober 2023, Rabu - Ayer Hitam JohorSuasana di Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor ...
09/10/2026

Majlis Perpisahan Kakitangan

9 hb Oktober 2023, Rabu - Ayer Hitam Johor

Suasana di Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor (BPSTJ) bertukar hiba namun sarat dengan rasa kesyukuran. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Encik Muhammad Amir Hakim Bin Bujang, khusus buat mendoakan kesejahteraan pegawai BPSTJ yang bakal menunaikan ibadah umrah, di samping memperingati ahli keluarga kakitangan yang telah kembali ke rahmatullah.

Namun, majlis hari itu membawa makna yang lebih mendalam apabila tiba sesi penyampaian ucapan perpisahan daripada Penolong Pegawai Pertanian (G5), Encik Saiful Sabri. Beliau bakal memulakan tugas di destinasi baharu Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor berkuat kuasa pada 14 Oktober 2026.

Hampir 8 tahun 9 bulan Encik Saiful menabur bakti di BPSTJ. Sebagai salah seorang pegawai PBK yang amat berpengalaman dalam Seksyen Pemuliharaan Tanah serta tugas Pemeriksa Tapak myGAP, pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang rakan sejawat, tetapi seorang pembimbing yang serba boleh. Setiap inci pengalaman, ilmu, dan tunjuk ajar yang dicurahkan sepanjang perkhidmatannya di sini telah meninggalkan impak yang mendalam.

Seperti adat kehidupan, di mana ada pertemuan, di situ jua ada perpisahan. Walaupun berat hati melepaskan seorang pegawai berpengalaman, warga BPSTJ mengiringi pemergian Encik Saiful dengan doa yang penuh tulus ikhlas. Semoga beliau terus melakar kejayaan, diberi kecemerlangan yang berpanjangan, serta sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik di mana jua beliau berada.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Walau berbeza tempat tugas, ikatan persahabatan dan kenangan manis bersama warga BPSTJ akan tetap terpatri sampai bila-bila.

Selamat Maju Jaya daripada kami, warga BPSTJ!

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
myGAP myOrganic Sektor Tanaman

MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER TANAH JOHOR BIL 4/20265 Oktober 2026 (Isnin) , Ayer HitamMesyuarat Suku Tahun Ke-3 ...
07/10/2026

MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER TANAH JOHOR BIL 4/2026

5 Oktober 2026 (Isnin) , Ayer Hitam

Mesyuarat Suku Tahun Ke-3 dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah KU Hajah Norzita binti Hashim

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada Pegawai G5 baru En Irwan bin Idris yang akan menggalas tugas di Seksyen Pemuliharaan Tanah

Seterusnya, bagi membincangkan kemajuan kerja bagi setiap seksyen. Kakitangan juga turut diingatkan agar sentiasa mematuhi setiap arahan dan menepati waktu dalam bekerja

Pengerusi turut menekankan setiap kakitangan perlu menjaga amanah dan fasiliti kerajaan bukan untuk kegunaan peribadi

Sebagai penutup, Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan berharap agar semua dapat menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan dengan penuh integriti, dedikasi, komitmen dan profesionalisme demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang kepada masyarakat dan negara

Jabatan Pertanian Negeri Johor
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor (BPSTJ), merakamkan ucapan selamat datang dan ...
07/10/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒

Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor (BPSTJ), merakamkan ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Encik Irwan Idris, Penolong Pegawai Pertanian Gred G5.

Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh barisan warga kerja serta menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan, penyampaian khidmat pengembangan dan pembangunan sektor pertanian di BPSTJ

Selamat menjalankan amanah dengan penuh integriti, komitmen dan profesionalisme. Semoga setiap tanggungjawab yang dilaksanakan memberi manfaat kepada komuniti serta pengusaha sektor pertanian.

Jabatan Pertanian Negeri Johor
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Address

Kompleks Teknikal Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
Ayer Hitam
86100

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 05:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6077581031

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor:

Shortcuts

Share

Nearby government services