Perpustakaan Desa Kg Bkt Kerdas

Directions

Perpustakaan Desa Kg Bkt Kerdas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Kg Bkt Kerdas, Government Organization, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir.

6.11.2026 kuiz kesukarelawan . pilih ya atau tidak berdasarkan soalan yang diberikan 📚📚
06/11/2026

6.11.2026

kuiz kesukarelawan . pilih ya atau tidak berdasarkan soalan yang diberikan 📚📚

5.11.2026 JOM BERAMAI-RAMAI KITA MENJAWAB SOALAN INI 📒📕📗📙📘📚
05/11/2026

5.11.2026

JOM BERAMAI-RAMAI KITA MENJAWAB SOALAN INI 📒📕📗📙📘📚

4.11.2026 JOM BERAMAI-RAMAI KITA MENJAWAB SOALAN INI 📒📕📗📙📘📚
04/11/2026

4.11.2026

JOM BERAMAI-RAMAI KITA MENJAWAB SOALAN INI 📒📕📗📙📘📚

03/11/2026

⛈️ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓

Musim Monsun Timur Laut kembali menjelang. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga, khususnya ketika berdepan risiko banjir.

Elakkan berada atau melakukan aktiviti di kawasan berisiko seperti yang disenaraikan. Bahaya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. ⚠️

Jangan ambil mudah risiko banjir. Sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan lakukan persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Jaga Keselamatan, Elak Sebelum Terlewat! ‼️

03/11/2026
3.11.2026Jangan panaskan lauk semalam dalam bekas plastik terus masuk microwave.Ya, yang bekas lauk kenduri tu. Yang bek...
03/11/2026

3.11.2026

Jangan panaskan lauk semalam dalam bekas plastik terus masuk microwave.
Ya, yang bekas lauk kenduri tu. Yang bekas tapau kedai tu. Yang dah kuning-kuning sebab dah setahun guna.
Ramai buat sebab senang. Tak payah basuh pinggan lain. Dua minit, siap.
Rupa-rupanya bila plastik dipanaskan, ia bukan sekadar jadi lembut.
Satu kajian makmal menguji bekas plastik makanan bayi yang dipanaskan dalam microwave. Hasilnya, setiap satu sentimeter persegi bekas melepaskan lebih 2 bilion zarah nanoplastik dan lebih 4 juta zarah mikroplastik ke dalam makanan.
Satu sentimeter persegi. Sebesar kuku jari kelingking.
Bayangkan permukaan dalam satu bekas lauk penuh.
Zarah ni terlalu kecil untuk nampak dengan mata. Makanan nampak sama. Bau sama. Rasa sama.
Dalam kajian yang sama, penyelidik kemudian dedahkan zarah plastik tersebut kepada sel buah pinggang yang dibiakkan di makmal. Selepas dua hari, kira-kira tiga suku daripada sel itu mati.
Penting untuk faham, ini kajian sel dalam makmal, bukan dalam badan manusia. Pakar masih mengkaji berapa banyak yang betul-betul diserap dan apa kesannya jangka panjang.
Tapi bila pilihan selamatnya semudah tukar bekas, kenapa nak ambil risiko setiap hari?
Yang buat keadaan lebih teruk ialah tiga perkara ni.
Haba tinggi. Makin panas, makin banyak zarah terlepas.
Makanan berminyak atau berlemak, macam kari, rendang, gulai.
Bekas yang dah lama, calar, bertukar warna atau dah melengkung. Permukaannya dah mula pecah, cuma kita tak nampak.
Jadi apa nak buat?
Pindahkan lauk ke pinggan kaca atau mangkuk seramik sebelum masuk microwave. Satu pinggan tambah untuk dibasuh, itu je kosnya.
Jangan tutup makanan dengan plastic wrap yang menyentuh lauk masa memanaskan.
Bekas tapau sekali guna, gunakan sekali je. Ia memang tak direka untuk dipanaskan berulang kali.
Bekas plastik lama yang dah calar dan kuning, tukar guna untuk simpan barang kering, bukan makanan panas.
Paling penting untuk ibu bapa, susu dan makanan bayi jangan dipanaskan dalam botol atau bekas plastik. Pindahkan dulu.
Bekas plastik tu tak salah. Cara kita guna yang perlu berubah.
Plastik untuk simpan. Kaca untuk panaskan.

2.11.2026jom bersama-sama jawab soalan kuiz ini 📗📕📔📒
02/11/2026

2.11.2026

jom bersama-sama jawab soalan kuiz ini 📗📕📔📒


30.10.2026 RESENSI BUKU "PENDEKATAN PENGAJARAN JAWI"
30/10/2026

30.10.2026

RESENSI BUKU "PENDEKATAN PENGAJARAN JAWI"



29.10.2026MINUMAN ‘ZERO’ LEBIH BAIK DARIPADA MINUMAN BERGULA?Ramai yang mula beralih kepada minuman berlabel Zero Sugar ...
29/10/2026

29.10.2026

MINUMAN ‘ZERO’ LEBIH BAIK DARIPADA MINUMAN BERGULA?
Ramai yang mula beralih kepada minuman berlabel Zero Sugar atau Zero, terutama minuman berkarbonat seperti cola.
Tetapi ada juga yang mengatakan minuman ‘Zero’ sama sahaja bahayanya dengan minuman bergula kerana mengandungi pemanis tiruan.
Jadi, betulkah minuman ‘Zero’ pilihan yang lebih baik?
Jawapannya, YA. Dari sudut pengambilan gula dan kalori.
Minuman berkarbonat biasa boleh mengandungi lebih 30 gram gula dalam satu tin 330 ml, bergantung pada formulasi.
Sebaliknya, minuman ‘Zero Sugar’ lazimnya mengandungi 0 gram gula dan sangat sedikit atau hampir sifar kalori.
Ini bermakna, apabila anda menggantikan minuman bergula dengan versi ‘Zero’, anda boleh mengurangkan pengambilan gula dan kalori harian.
BAGAIMANA MINUMAN ‘ZERO’ MASIH BOLEH RASA MANIS?
Kebanyakan minuman ini menggunakan pemanis bukan gula seperti aspartame, sucralose atau acesulfame potassium.
Pemanis yang diluluskan telah melalui penilaian keselamatan dan dianggap selamat apabila diambil dalam had yang ditetapkan.
Ia juga secara umumnya tidak menyebabkan kenaikan glukosa darah seperti gula biasa.
TETAPI, ADA PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI.
❗ Minuman ‘Zero’ bukan bermaksud minuman yang menyihatkan secara keseluruhan.
❗ Minuman berkarbonat ‘Zero’ masih berasid dan pengambilan yang kerap boleh menyumbang kepada hakisan enamel gigi.
❗ Menukar kepada minuman ‘Zero’ tidak semestinya menyebabkan berat badan turun jika jumlah kalori daripada makanan lain masih berlebihan.
pemanis bukan gula sebagai strategi utama untuk mengawal berat badan dalam jangka panjang.
Jika anda sudah biasa minum minuman berkarbonat manis setiap hari, bertukar kepada versi ‘Zero’ boleh menjadi langkah peralihan yang baik.
Tidak perlu rasa bersalah kerana memilih alternatif yang kurang gula dan kalori.
Namun, jangan jadikan label ‘Zero’ sebagai alasan untuk mengambilnya secara berlebihan. Semak juga label pemakanan kerana formulasi setiap produk mungkin berbeza.
Air kosong tetap pilihan terbaik untuk diminum setiap hari.
Ingat, minuman ‘Zero’ bukan bebas semua risiko. Tetapi ia boleh menjadi pilihan yang lebih baik berbanding minuman tinggi gula.
Matlamat akhirnya bukan untuk bergantung kepada minuman ‘Zero’ selama-lamanya, tetapi membiasakan diri dengan rasa yang kurang manis.
Public Health Malaysia


Address

Kampung Bukit Kerdas
Batu Kikir

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg Bkt Kerdas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services


Other Government Organizations in Batu Kikir

Show All