23/10/2026
𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔
Zaman sekarang, berhatilah-hatilah nak berkongsi. Makan apa, pergi mana, duit berapa, anak buat apa, rumah tangga macam mana. Sampai kadang-kadang kita terlupa, ada perkara yang lebih baik dinikmati sendiri daripada dipertontonkan kepada semua.
Bukan tak boleh berkongsi kebahagiaan. Bukan juga kena hidup berahsia sampai tak boleh bercerita. Cuma, belajarlah bezakan antara berkongsi dan menunjuk, antara kenangan dan pendedahan berlebihan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi ﷺ, Baginda bersabda:
“Al-‘Ain itu benar ada. Kalau ada sesuatu yang boleh mendahului al-Qadar, pasti al-‘Ain yang akan mendahuluinya. Apabila kamu diminta untuk mandi (kerana terkena al-‘Ain), maka mandilah (untuk menghilangkannya).”
Riwayat Muslim (2188).
Hadis ini mengingatkan kita bahawa al-‘ain (pandangan mata yang boleh membawa kemudaratan dengan izin Allah) ialah sesuatu yang benar. Sebab itu, tidak salah untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi nikmat yang kita miliki.
Bukan bermaksud kita perlu mencurigai semua orang atau takut untuk berkongsi rezeki. Sebaliknya, belajarlah menjaga nikmat dengan bijaksana, memperbanyakkan syukur dan mengamalkan doa perlindungan.
Wallahua'lam.
-----------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/