Pejabat Daerah Batu Pahat

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah Batu Pahat " Batu Pahat Berdaya Maju,
Inklusif dan Sejahtera "
Maju Johor❤️💙

𝟘𝟝 ℕ𝕆𝕍𝔼𝕄𝔹𝔼ℝ 𝟚𝟘𝟚𝟞 | 𝕂ℍ𝔸𝕄𝕀𝕊 | 𝟙𝟘.𝟛𝟘ℙ𝔸𝔾𝕀📷 𝕃𝔼ℕ𝕊𝔸 𝕂𝔸𝕄𝔼ℝ𝔸 𝕊𝔼𝕂𝕀𝕋𝔸ℝ 𝕂𝔼𝕁𝕆ℍ𝔸ℕ𝔸ℕ 𝔹𝕆𝕎𝕃𝕀ℕ𝔾  🎳 𝔸ℕ𝕋𝔸ℝ𝔸 𝔸𝔾𝔼ℕ𝕊𝕀 𝕁𝔸𝔹𝔸𝕋𝔸ℕ 𝕂𝔼ℝ𝔸𝕁𝔸𝔸ℕ 𝔻𝔸𝔼ℝ𝔸ℍ 𝔹...
05/11/2026

𝟘𝟝 ℕ𝕆𝕍𝔼𝕄𝔹𝔼ℝ 𝟚𝟘𝟚𝟞 | 𝕂ℍ𝔸𝕄𝕀𝕊 |
𝟙𝟘.𝟛𝟘ℙ𝔸𝔾𝕀
📷 𝕃𝔼ℕ𝕊𝔸 𝕂𝔸𝕄𝔼ℝ𝔸 𝕊𝔼𝕂𝕀𝕋𝔸ℝ 𝕂𝔼𝕁𝕆ℍ𝔸ℕ𝔸ℕ 𝔹𝕆𝕎𝕃𝕀ℕ𝔾 🎳 𝔸ℕ𝕋𝔸ℝ𝔸 𝔸𝔾𝔼ℕ𝕊𝕀 𝕁𝔸𝔹𝔸𝕋𝔸ℕ 𝕂𝔼ℝ𝔸𝕁𝔸𝔸ℕ 𝔻𝔸𝔼ℝ𝔸ℍ 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋 🔴⚫

𝔸𝕄ℙ𝔸ℕ𝔾 𝕊𝕌ℕ𝕎𝔸𝕐 𝕊𝕌ℙ𝔼ℝ𝔹𝕆𝕎𝕃 𝕂𝕃𝕌𝔸ℕ𝔾 𝕄𝔸𝕃𝕃

Pada hari ini telah berlangsung Kejohanan Bowling Antara Agensi Jabatan Kerajaan Daerah Batu Pahat anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat bertempat di Ampang SuperBowl Sunway Kluang Mall.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat, diiringi Yang Berusaha Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat serta Yang Berusaha Puan Puteri binti Ab. Rahaman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat.

Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 29 pasukan daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di Daerah Batu Pahat.

Dalam ucapan beliau, Yang Berbahagia Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat atas kejayaan muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Bowling Antara Agensi Jabatan Kerajaan Daerah Batu Pahat.

Penganjuran kejohanan seumpama ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara agensi kerajaan, malah turut memupuk semangat berpasukan, disiplin serta gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

🏆 KEPUTUSAN KEJOHANAN

JOHAN KESELURUHAN
Majlis Perbandaran Batu Pahat🔴⚫

NAIB JOHAN
Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat🔴⚫

TEMPAT KETIGA
Pejabat Daerah Batu Pahat🔴⚫

Semoga semua peserta terus mengekalkan semangat kesukanan dan mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pertandingan akan datang.

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA" 🇲🇾

👨🏻‍💻🅿ERKHIDMATAN BERKESAN
🤳🏼 TRANSFORMASI 🇩IGITAL
👨🏻‍💼 MODAL INSAN 🅱ERKUALITI
💞 🅿𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

'𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙳𝙰𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙹𝚄,
𝙸𝙽𝙺𝙻𝚄𝚂𝙸𝙵 & 𝚂𝙴𝙹𝙰𝙷𝚃𝙴𝚁𝙰'




𝟎𝟐 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝟖.𝟑𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐌...
02/11/2026

𝟎𝟐 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 |
𝟖.𝟑𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈
𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Yang Berusaha Cik Noor Izza Farha binti Asimat, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi bulan Oktober Tahun 2026.

Lawatan pada hari ini melibatkan kawasan Mukim Sri Medan Parit Sulong, di sekitar Daerah Batu Pahat.

Program Ziarah Prihatin ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam membantu golongan sasaran yang memerlukan, khususnya mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan asnaf, miskin tegar serta golongan kurang berkemampuan.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku atas kurniaan yang amat bermakna ini. Bagi pihak Pegawai Daerah serta seluruh penduduk Daerah Batu Pahat, sentiasa mendoakan agar DYAM Tunku dikurniakan kesejahteraan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT yang berpanjangan.

𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡

𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗸𝘇𝗶𝗺 𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮:
𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁

‘𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙳𝙰𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙹𝚄,
𝙸𝙽𝙺𝙻𝚄𝚂𝙸𝙵 & 𝚂𝙴𝙹𝙰𝙷𝚃𝙴𝚁𝙰'

👨🏻‍💻🅿️ERKHIDMATAN BERKESAN
🤳🏼 TRANSFORMASI 🇩IGITAL
👨🏻‍💼 MODAL INSAN 🅱️ERKUALITI
💞 🅿️RIHATIN

❤️PSJ



𝟛𝟘 𝕆𝕂𝕋𝕆𝔹𝔼ℝ 𝟚𝟘𝟚𝟞 | 𝕁𝕌𝕄𝔸𝔸𝕋 | 𝟠.𝟛𝟘 ℙ𝔸𝔾𝕀𝕄𝔸𝕊𝕁𝕀𝔻 𝔻𝔸𝕋𝕆’ 𝔹𝔼ℕ𝕋𝔸ℝ𝔸 𝕃𝕌𝔸ℝ, 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋𝔽𝕆ℝ𝕌𝕄 ℙ𝔼ℝ𝔻𝔸ℕ𝔸 𝕊𝔸𝕄𝔹𝕌𝕋𝔸ℕ 𝕄𝔸𝕌𝕃𝕀𝔻𝕌ℝ ℝ𝔸𝕊𝕌𝕃 𝟙𝟜𝟜𝟠ℍ ℙ𝔼ℝ...
30/10/2026

𝟛𝟘 𝕆𝕂𝕋𝕆𝔹𝔼ℝ 𝟚𝟘𝟚𝟞 | 𝕁𝕌𝕄𝔸𝔸𝕋 | 𝟠.𝟛𝟘 ℙ𝔸𝔾𝕀
𝕄𝔸𝕊𝕁𝕀𝔻 𝔻𝔸𝕋𝕆’ 𝔹𝔼ℕ𝕋𝔸ℝ𝔸 𝕃𝕌𝔸ℝ, 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋

𝔽𝕆ℝ𝕌𝕄 ℙ𝔼ℝ𝔻𝔸ℕ𝔸 𝕊𝔸𝕄𝔹𝕌𝕋𝔸ℕ 𝕄𝔸𝕌𝕃𝕀𝔻𝕌ℝ ℝ𝔸𝕊𝕌𝕃 𝟙𝟜𝟜𝟠ℍ ℙ𝔼ℝ𝕀ℕ𝔾𝕂𝔸𝕋 𝕄𝔸𝕊𝕁𝕀𝔻 𝔻𝔸𝕋𝕆’ 𝔹𝔼ℕ𝕋𝔸ℝ𝔸 𝕃𝕌𝔸ℝ, 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋

Alhamdulillah, telah berlangsung Forum Perdana Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Masjid Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang bertempat di Masjid Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, pada pagi ini.

Forum ini menampilkan barisan ahli panel yang berpengalaman dalam menyampaikan perkongsian ilmu, penghayatan sirah serta pengamalan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Barisan panel forum adalah seperti berikut:

As-Syeikh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Bachok
Kadi Daerah Batu Pahat
Ahli Panel

Yang Berusaha Dr. Haji Azman bin Mohsin
Timbalan Rektor, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
Ahli Panel

Moderator Forum:

Yang Berusaha Ustaz Mohd Adham bin Hodari
Imam Daerah, Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat, bersama isteri merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat, barisan ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat, wakil Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yang Berusaha Tuan Haji Nazid bin Jasiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, jawatankuasa masjid serta masyarakat setempat.

Penganjuran forum ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi kecintaan umat Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping memperkukuh penghayatan terhadap sunnah dan akhlak Baginda dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan bersatu padu.

Pegawai Daerah Batu Pahat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ketua jabatan, Penghulu Besar, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung serta jawatankuasa masjid atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan menjadi wadah untuk terus menyuburkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat.

👨🏻‍💻🅿ERKHIDMATAN BERKESAN
🤳🏼 TRANSFORMASI 🇩IGITAL
👨🏻‍💼 MODAL INSAN 🅱ERKUALITI
💞 🅿𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

'𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙳𝙰𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙹𝚄,
𝙸𝙽𝙺𝙻𝚄𝚂𝙸𝙵 & 𝚂𝙴𝙹𝙰𝙷𝚃𝙴𝚁𝙰'



𝟮𝟴 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝗥𝗔𝗕𝗨 |𝟵.𝟯𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜...
28/10/2026

𝟮𝟴 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝗥𝗔𝗕𝗨 |
𝟵.𝟯𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜
𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟯 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yang Berbahagia. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi bulan Oktober Fasa 3 Tahun 2026.

Lawatan pada hari ini melibatkan penerima di sekitar Mukim Sri Medan, Daerah Batu Pahat.

Program Ziarah Kasih ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan, khususnya asnaf, miskin tegar serta mereka yang kurang berkemampuan, sebagai tanda keprihatinan dalam meringankan beban kehidupan mereka.

Dalam kesempatan tersebut, Tuan Pegawai Daerah turut beramah mesra bersama para penerima kurniaan. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat membawa keceriaan, kelegaan serta memberi manfaat kepada setiap penerima.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku atas kurniaan yang amat bermakna ini.
Bagi pihak Pegawai Daerah serta seluruh penduduk Daerah Batu Pahat, sentiasa mendoakan agar DYAM Tunku dikurniakan kesejahteraan, rahmat serta limpahan kasih sayang Allah SWT yang berpanjangan.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Besar, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim Sri Medan, Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat, serta Ketua-ketua Kampung yang terlibat.

"ʙᴀᴛᴜ ᴘᴀʜᴀᴛ ʙᴇʀᴅᴀʏᴀ ᴍᴀᴊᴜ" ɪɴᴋʟᴜꜱɪꜰ & ꜱᴇᴊᴀʜᴛᴇʀᴀ "

👨🏻‍💻 ░P░𝔼ℝ𝕂ℍ𝕀𝔻𝕄𝔸𝕋𝔸ℕ 𝔹𝔼ℝ𝕂𝔼𝕊𝔸ℕ
🤳🏼 𝕋ℝ𝔸ℕ𝕊𝔽𝕆ℝ𝕄𝔸𝕊𝕀 ░D░𝕀𝔾𝕀𝕋𝔸𝕃
👨🏻‍💼 𝕄𝕆𝔻𝔸𝕃 𝕀ℕ𝕊𝔸ℕ ░B░𝔼ℝ𝕂𝕌𝔸𝕃𝕀𝕋𝕀
💞 ░P░ℝ𝕀ℍ𝔸𝕋𝕀ℕ

'𝙰𝙻𝙻𝙰𝙷 𝙿𝙴𝙻𝙸𝙷𝙰𝚁𝙰𝙺𝙰𝙽 𝚂𝚄𝙻𝚃𝙰𝙽'
'𝙺𝙴𝙿𝙰𝙳𝙰 𝙰𝙻𝙻𝙰𝙷 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙴𝚁𝙰𝙷'
'
♥️PSJ


𝕄𝔼𝕊𝕐𝕌𝔸ℝ𝔸𝕋 ℙ𝔼ℕ𝔾ℍ𝕌𝕃𝕌-ℙ𝔼ℕ𝔾ℍ𝕌𝕃𝕌 𝕄𝕌𝕂𝕀𝕄 𝔻𝔸𝔼ℝ𝔸ℍ 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋🔴⚫𝟚𝟟 𝕆𝕂𝕋𝕆𝔹𝔼ℝ 𝟚𝟘𝟚𝟞 | 𝕊𝔼𝕃𝔸𝕊𝔸𝔹𝕀𝕃𝕀𝕂 𝔾𝔼ℝ𝔸𝕂𝔸ℕ, ℙ𝔼𝕁𝔸𝔹𝔸𝕋 𝔻𝔸𝔼ℝ𝔸ℍ 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋Mes...
27/10/2026

𝕄𝔼𝕊𝕐𝕌𝔸ℝ𝔸𝕋 ℙ𝔼ℕ𝔾ℍ𝕌𝕃𝕌-ℙ𝔼ℕ𝔾ℍ𝕌𝕃𝕌 𝕄𝕌𝕂𝕀𝕄 𝔻𝔸𝔼ℝ𝔸ℍ 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋🔴⚫

𝟚𝟟 𝕆𝕂𝕋𝕆𝔹𝔼ℝ 𝟚𝟘𝟚𝟞 | 𝕊𝔼𝕃𝔸𝕊𝔸
𝔹𝕀𝕃𝕀𝕂 𝔾𝔼ℝ𝔸𝕂𝔸ℕ, ℙ𝔼𝕁𝔸𝔹𝔸𝕋 𝔻𝔸𝔼ℝ𝔸ℍ 𝔹𝔸𝕋𝕌 ℙ𝔸ℍ𝔸𝕋

Mesyuarat Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Batu Pahat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muzamel bin Sharif, Penghulu Besar, Pejabat Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkasakan peranan dan tanggungjawab penghulu-penghulu mukim dalam memastikan keberkesanan pentadbiran di peringkat mukim, di samping membincangkan perkara-perkara berbangkit serta isu-isu berkaitan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Turut dijemput hadir ialah Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor bagi Daerah Pontian untuk berkongsi pandangan serta memperkukuh hubungan kerjasama antara kepimpinan masyarakat.

Dalam kesempatan yang sama, Yang Berbahagia Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat,
turut hadir bagi beramah mesra dan menyantuni penghulu-penghulu mukim serta wakil Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor yang hadir.

Semoga pertemuan ini dapat terus memperkukuh jaringan kerjasama, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memantapkan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Daerah Batu Pahat.

👨🏻‍💻🅿ERKHIDMATAN BERKESAN
🤳🏼 TRANSFORMASI 🇩IGITAL
👨🏻‍💼 MODAL INSAN 🅱ERKUALITI
💞 🅿𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

'𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙳𝙰𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙹𝚄,
𝙸𝙽𝙺𝙻𝚄𝚂𝙸𝙵 & 𝚂𝙴𝙹𝙰𝙷𝚃𝙴𝚁𝙰'




𝟮𝟯 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧|𝟴.𝟯𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡  𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗜𝗦𝗞...
23/10/2026

𝟮𝟯 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧|
𝟴.𝟯𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜

𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yang Berusaha Cik Noor Izza Farha binti Asimat, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi bulan Oktober, Fasa 2 Tahun 2026.

Lawatan pada hari ini melibatkan kawasan Mukim Minyak Chaah Bharu, di sekitar Daerah Batu Pahat.

Program Ziarah Prihatin ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam membantu golongan sasaran yang memerlukan, khususnya mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan asnaf, miskin tegar serta golongan kurang berkemampuan.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku atas kurniaan yang amat bermakna ini. Bagi pihak Pegawai Daerah serta seluruh penduduk Daerah Batu Pahat, sentiasa mendoakan agar DYAM Tunku dikurniakan kesejahteraan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT yang berpanjangan.

𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡

𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗸𝘇𝗶𝗺 𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮:
𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁

‘𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙳𝙰𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙹𝚄,
𝙸𝙽𝙺𝙻𝚄𝚂𝙸𝙵 & 𝚂𝙴𝙹𝙰𝙷𝚃𝙴𝚁𝙰'

👨🏻‍💻🅿️ERKHIDMATAN BERKESAN
🤳🏼 TRANSFORMASI 🇩IGITAL
👨🏻‍💼 MODAL INSAN 🅱️ERKUALITI
💞 🅿️RIHATIN

❤️PSJ



23/10/2026

Laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jam 8 pagi menunjukkan hanya stesen Tangkak dan Batu Pahat merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, manakala enam stesen lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana.








𝟮𝟮 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦 | 𝟮.𝟯𝟬 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗚𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗘𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗟𝗞𝗣𝗜) 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔...
22/10/2026

𝟮𝟮 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦 |
𝟮.𝟯𝟬 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗚

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗘𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗟𝗞𝗣𝗜) 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧 🔴⚫

Pada hari ini, Yang Berbahagia Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat merangkap Penaung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPI) Cawangan Daerah Batu Pahat, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa LKPI Cawangan Daerah Batu Pahat bersama-sama Puan Hajah Azlin binti Ali, Pengerusi LKPI Cawangan Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat ini membincangkan pelaksanaan program yang telah dan akan dilaksanakan, pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2026, pengurusan keahlian serta perkara-perkara lain yang berkaitan bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan pengurusan Persatuan.

Selain itu, mesyuarat turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh peranan jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan demi kesejahteraan golongan wanita, keluarga serta masyarakat setempat.

Turut hadir ialah barisan Ahli Jawatankuasa Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPI) Cawangan Daerah Batu Pahat. 🔴⚫

Semoga segala perancangan dan usaha yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus memperkasakan agenda kebajikan serta memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat, khususnya di Daerah Batu Pahat.

👨🏻‍💻 🅿ERKHIDMATAN BERKESAN
🤳🏼 TRANSFORMASI 🇩IGITAL
👨🏻‍💼 MODAL INSAN 🅱ERKUALITI
💞 🅿𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

'𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙳𝙰𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙹𝚄,
𝙸𝙽𝙺𝙻𝚄𝚂𝙸𝙵 & 𝚂𝙴𝙹𝙰𝙷𝚃𝙴𝚁𝙰'


🩵♥️

𝟮𝟭 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗥𝗔𝗕𝗨 |𝟵.𝟯𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧 🔴⚫Yang Berbahagia Tuan Haji Kama...
21/10/2026

𝟮𝟭 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗥𝗔𝗕𝗨 |
𝟵.𝟯𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜
𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧 🔴⚫

Yang Berbahagia Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Batu Pahat, telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Kolonel Mohd Khairul Izhar bin Mohamad Zamjury, Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan persefahaman antara Pejabat Daerah Batu Pahat dengan pihak Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD).

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama dan penglibatan bersama dalam pelaksanaan program-program kemasyarakatan yang berdaya laksana pada masa akan datang, khususnya melibatkan sumbangan tenaga kerja daripada Askar Wataniah bagi menjayakan aktiviti kemasyarakatan demi kesejahteraan penduduk setempat.

Semoga hubungan kerjasama strategik yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan masyarakat di Daerah Batu Pahat.

👨🏻‍💻🅿ERKHIDMATAN BERKESAN
🤳🏼 TRANSFORMASI 🇩IGITAL
👨🏻‍💼 MODAL INSAN 🅱ERKUALITI
💞 🅿𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

'𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 𝙱𝙴𝚁𝙳𝙰𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙹𝚄,
𝙸𝙽𝙺𝙻𝚄𝚂𝙸𝙵 & 𝚂𝙴𝙹𝙰𝙷𝚃𝙴𝚁𝙰'




19/10/2026

Laporan pemantauan kualiti udara bagi jam 4 petang menunjukkan hanya stesen Pengerang dan Segamat merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana, sementara enam stesen pemantauan yang lain masih berada dalam kategori tidak sihat.








Address

Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, Jalan Bakau Condong
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074311858

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Batu Pahat:

Shortcuts

Share