Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

Call Directions Website

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Laman Rasmi Facebook Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

*PERDA PERKUKUH INTEGRITI ORGANISASI MENERUSI PROGRAM BICARA ILMU DAN BACAAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) SEMPENA SAMBUTAN B...
13/11/2026

*PERDA PERKUKUH INTEGRITI ORGANISASI MENERUSI PROGRAM BICARA ILMU DAN BACAAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) SEMPENA SAMBUTAN BULAN INTEGRITI PERDA TAHUN 2026*

BUTTERWORTH, 13 November 2026 - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus komited dalam memartabatkan tadbir urus yang telus dan pembudayaan integriti menerusi penganjuran Program Bicara Ilmu dan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung di Dewan Mutiara Gemilang, Ibu Pejabat PERDA, hari ini.

Program yang diadakan adalah bersempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2026 dengan tema ‘Integriti Kita, Nilai Kita’.

Program dimulakan dengan sesi Bicara Ilmu bertajuk Rasuah bukan sekadar duit: Kenali Wajah Sebenar Rasuah yang disampaikan oleh Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Tuan Mazlan bin Haja Maideen. Sesi perkongsian ini dirangka khusus untuk warga PERDA menerusi dua fokus utama, iaitu meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta memperkasa pendidikan pencegahan melalui ilmu.

Kemuncak program menyaksikan acara Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Pengurus Besar PERDA, Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun bersama seluruh warga PERDA sebagai tanda komitmen teguh barisan pengurusan tertinggi dan kakitangan dalam menjauhi amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Upacara menandatangani dan lafaz ikrar yang diperkenalkan oleh SPRM ini turut disaksikan oleh Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Pulau Pinang, Puan Geetha a/p Ayaoo.

Penganjuran program selari dengan semangat ‘Integriti Kita, Nilai Kita’ ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga PERDA untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah dan dedikasi demi kesejahteraan masyarakat luar bandar di Pulau Pinang.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd
Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA
Bahang Bay Hotel

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALIPERDA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang ...
07/11/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

PERDA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya.

Semoga perayaan Deepavali yang penuh dengan cahaya ini membawa kebahagiaan, kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda seisi keluarga.

Semoga sambutan tahun ini diserikan dengan sinar kebahagiaan dan kenangan yang indah.

Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Kerja PERDA

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd
Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA

06/11/2026

MAJLIS APRESIASI LUAR BANDAR CERDIK STEM PERDA TAHUN 2025

5 November 2026 — Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Majlis Apresiasi Luar Bandar Cerdik STEM PERDA Tahun 2025 di Crowne Plaza Penang Straits City. Majlis telah dirasmikan oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharom @ Harun.

Majlis ini memberikan pengiktirafan kepada sekolah, guru penyelaras dan rakan strategik atas sumbangan serta komitmen dalam menjayakan Program Luar Bandar Cerdik STEM PERDA sepanjang tahun 2025.

Penghargaan ini turut mencerminkan peranan penting warga pendidikan dalam menyokong kecemerlangan akademik, aplikasi ilmu STEM dan pengembangan potensi pelajar luar bandar.
Pemilihan sekolah penerima anugerah mengambil kira pencapaian akademik, penglibatan aktif dalam program anjuran PERDA serta tahap responsif pihak sekolah terhadap urusan penyelarasan dan pelaksanaan program. Kesungguhan memberikan kerjasama, maklum balas dan tindakan susulan turut menjadi pertimbangan dalam mengiktiraf komitmen sekolah terhadap usaha pembangunan pendidikan bersama PERDA.

Bagi kategori sekolah rendah, SK Permatang Tok Jaya menerima Anugerah PERDA Prestij dengan hadiah wang tunai RM500, diikuti SK Kongsi bagi Anugerah PERDA Progresif yang membawa p**ang RM300, manakala SK Sungai Bakau menerima Anugerah PERDA Inspirasi dengan hadiah wang tunai RM200. Anugerah Penyelaras Terbaik p**a diberikan kepada Encik Mohd Hafiz bin Sulaiman dari SK Seri Bayu, yang menerima hadiah wang tunai RM150.

Bagi kategori sekolah menengah, Anugerah PERDA Prestij diberikan kepada SMK Permatang Pasir dengan hadiah wang tunai RM500, manakala SMK Dato’ Hj Ahmad Badawi menerima Anugerah PERDA Progresif berserta RM300 dan SMK Simpang Empat menerima Anugerah PERDA Inspirasi berserta RM200. Encik Muhammad Yusri bin Yaakob dari SMK Dato Haji Ahmad Said p**a menerima Anugerah Penyelaras Terbaik dengan hadiah wang tunai RM150.

Di sebalik setiap program yang dilaksanakan, dedikasi guru penyelaras dan sokongan pihak sekolah menjadi penggerak kepada penyertaan serta perkembangan pelajar. Pengiktirafan ini diharap dapat menyuntik semangat warga sekolah untuk terus memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan peluang pendidikan yang disediakan demi kemajuan anak-anak luar bandar.

PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidikan dan rakan strategik atas komitmen yang diberikan. Jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh bagi memastikan kesinambungan program pendidikan yang lebih berfokus dan berorientasikan keberhasilan, selaras dengan usaha memperluas akses pendidikan berkualiti serta membangunkan potensi generasi muda luar bandar.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada seluruh pihak yang bersama-sama menjayakan usaha ini.

“Pendidikan STEM merupakan pelaburan masa hadapan dalam melahirkan generasi luar bandar yang berilmu, berkemahiran, krea...
06/11/2026

“Pendidikan STEM merupakan pelaburan masa hadapan dalam melahirkan generasi luar bandar yang berilmu, berkemahiran, kreatif dan berdaya saing. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga pendidik, khususnya para guru penyelaras, atas dedikasi, komitmen dan usaha berterusan dalam mendidik serta membimbing anak-anak luar bandar. Semoga kerjasama erat ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan dan melahirkan generasi yang mampu bersaing pada masa hadapan.”

MAJLIS APRESIASI LUAR BANDAR CERDIK STEM PERDA TAHUN 20255 November 2026 — Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)...
05/11/2026

MAJLIS APRESIASI LUAR BANDAR CERDIK STEM PERDA TAHUN 2025

5 November 2026 — Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Majlis Apresiasi Luar Bandar Cerdik STEM PERDA Tahun 2025 di Crowne Plaza Penang Straits City. Majlis telah dirasmikan oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharom @ Harun.

Majlis ini memberikan pengiktirafan kepada sekolah, guru penyelaras dan rakan strategik atas sumbangan serta komitmen dalam menjayakan Program Luar Bandar Cerdik STEM PERDA sepanjang tahun 2025.

Penghargaan ini turut mencerminkan peranan penting warga pendidikan dalam menyokong kecemerlangan akademik, aplikasi ilmu STEM dan pengembangan potensi pelajar luar bandar.

Pemilihan sekolah penerima anugerah mengambil kira pencapaian akademik, penglibatan aktif dalam program anjuran PERDA serta tahap responsif pihak sekolah terhadap urusan penyelarasan dan pelaksanaan program. Kesungguhan memberikan kerjasama, maklum balas dan tindakan susulan turut menjadi pertimbangan dalam mengiktiraf komitmen sekolah terhadap usaha pembangunan pendidikan bersama PERDA.

Bagi kategori sekolah rendah, SK Permatang Tok Jaya menerima Anugerah PERDA Prestij dengan hadiah wang tunai RM500, diikuti SK Kongsi bagi Anugerah PERDA Progresif yang membawa p**ang RM300, manakala SK Sungai Bakau menerima Anugerah PERDA Inspirasi dengan hadiah wang tunai RM200. Anugerah Penyelaras Terbaik p**a diberikan kepada Encik Mohd Hafiz bin Sulaiman dari SK Seri Bayu, yang menerima hadiah wang tunai RM150.

Bagi kategori sekolah menengah, Anugerah PERDA Prestij diberikan kepada SMK Permatang Pasir dengan hadiah wang tunai RM500, manakala SMK Dato’ Hj Ahmad Badawi menerima Anugerah PERDA Progresif berserta RM300 dan SMK Simpang Empat menerima Anugerah PERDA Inspirasi berserta RM200. Encik Muhammad Yusri bin Yaakob dari SMK Dato Haji Ahmad Said p**a menerima Anugerah Penyelaras Terbaik dengan hadiah wang tunai RM150.

Di sebalik setiap program yang dilaksanakan, dedikasi guru penyelaras dan sokongan pihak sekolah menjadi penggerak kepada penyertaan serta perkembangan pelajar. Pengiktirafan ini diharap dapat menyuntik semangat warga sekolah untuk terus memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan peluang pendidikan yang disediakan demi kemajuan anak-anak luar bandar.

PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidikan dan rakan strategik atas komitmen yang diberikan. Jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh bagi memastikan kesinambungan program pendidikan yang lebih berfokus dan berorientasikan keberhasilan, selaras dengan usaha memperluas akses pendidikan berkualiti serta membangunkan potensi generasi muda luar bandar.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada seluruh pihak yang bersama-sama menjayakan usaha ini.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)
Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd
Bahang Bay Hotel

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERDA 1- 30 NOVEMBER 2026sebarang pertanyaan sila hubungi : 60194161282 ( WHATSAPP SAHAJA )
04/11/2026

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERDA
1- 30 NOVEMBER 2026

sebarang pertanyaan sila hubungi : 60194161282 ( WHATSAPP SAHAJA )

03/11/2026

RYNOTECH 2026: PERDA-TECH PERKASA BAKAT DAN PACU INOVASI TEKNOLOGI KE PERINGKAT KEBANGSAAN

3 NOVEMBER 2026

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan bakat dan inovasi teknologi menerusi penganjuran Karnival Robotik dan Inovasi Kebangsaan (RYNOTECH 2026) yang kini melangkah ke peringkat kebangsaan, sekali gus memperluas platform persaingan sihat, perkongsian ilmu, serta penerokaan teknologi masa hadapan.

Penganjuran berprestij pada kali ini telah menerima penyertaan membanggakan sebanyak 56 pasukan dari Pulau Pinang, Kedah, dan Perak menerusi dua kategori pertandingan utama, iaitu Cabaran Dron PERDA yang melibatkan 23 pasukan serta Pencipta Kecerdasan Buatan STEM PERDA dengan penyertaan 33 pasukan, termasuk 20 pasukan terbaik yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Selain medan pertandingan, karnival ini turut mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Pameran Inovasi, Eksplorasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sudut informasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta gerai jualan. Pengisian menyeluruh ini membuka ruang seluas-luasnya kepada generasi muda dan komuniti setempat untuk mendekati perkembangan teknologi terkini, memupuk daya kreativiti, dan meneroka peluang pendidikan kemahiran tinggi.

Kejayaan penganjuran ini turut diperkukuh menerusi jaringan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM), Meraque, dan Politeknik Negeri Padang, Indonesia. Jalinan pintar ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperluas sinergi antara institusi pendidikan, pemain industri, serta rakan institusi antarabangsa.

Selaras dengan aspirasi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), RYNOTECH 2026 menjadi bukti iltizam berterusan PERDA menerusi PERDA-TECH dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, membudayakan inovasi, serta membentuk generasi pelapis yang kreatif dan berdaya saing demi menyokong kemajuan sosioekonomi wilayah dan negara.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.

RYNOTECH 2026: PERDA-TECH PERKASA BAKAT DAN PACU INOVASI TEKNOLOGI KE PERINGKAT KEBANGSAAN3 NOVEMBER 2026 Institut Kemah...

PERDA Santuni Lawatan Ilmiah Air Selangor Wilayah Kuala Langat di Projek Agrotourism Labuh Banting, Perkukuh Ukhuwah Mel...
03/11/2026

PERDA Santuni Lawatan Ilmiah Air Selangor Wilayah Kuala Langat di Projek Agrotourism Labuh Banting, Perkukuh Ukhuwah Melalui Aksi Bola Sepak

31 Oktober 2026 - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menerima kunjungan seramai 36 orang pegawai Air Selangor Wilayah Kuala Langat bersama ahli keluarga sempena sesi lawatan ilmiah ke Projek Agrotourism Labuh Banting, Tasek Gelugor.

Lawatan ini menjadi medan perkongsian ilmu buat para peserta untuk meneroka potensi dan mempelajari pelbagai pakej agropelancongan menarik yang ditawarkan di fasiliti tersebut, di samping menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga tercinta.

Mengukuhkan lagi ikatan silaturahim antara kedua-dua organisasi, satu perlawanan bola sepak persahabatan antara PERDA dan Air Selangor Wilayah Kuala Langat telah berlangsung meriah pada sebelah malam, menyaksikan semangat kesukanan tinggi yang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan.

Pihak PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh delegasi Air Selangor Wilayah Kuala Langat atas kunjungan ini, serta keprihatinan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan penganjuran perlawanan persahabatan tersebut.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.

Kredit foto : SYAFIK EL - GRANGER

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd
Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA
Bahang Bay Hotel
Air Selangor

FASHION HAS NO LIMITS. STYLE HAS NO BOUNDARIES. The runway is calling! Are you ready?YOUTH FASHIONISTA RUNWAY (YFR’26) C...
03/11/2026

FASHION HAS NO LIMITS. STYLE HAS NO BOUNDARIES.

The runway is calling! Are you ready?

YOUTH FASHIONISTA RUNWAY (YFR’26) COMPETITION

Sebuah pentas yang meraikan kreativiti, keberanian dan ekspresi fesyen generasi muda. Saksikan bagaimana gaya, seni dan imaginasi bersatu mencipta sebuah persembahan penuh karakter di pentas peragaan!

Dibawakan oleh PERDA-TECH dengan kerjasama TREIZÉ PRODUCTION.

📅 14 NOVEMBER 2026 | SABTU
⏰ 2.00 PETANG – 5.30 PETANG
📍 MYDIN MALL, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Bukan sekadar fesyen. Ini tentang identiti, kreativiti dan keyakinan diri!

OPEN TO PUBLIC – EVERYONE IS WELCOME!

Datang, rasai auranya dan saksikan bakat-bakat muda menguasai pentas!

ONE RUNWAY. LIMITLESS CREATIVITY. ENDLESS POSSIBILITIES.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd
Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA

Address

No. 1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah
Butterworth
12200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6043141100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share