Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman

⚽ KLINIK BOLA SEPAK DAERAH KEMAMAN 2026Tiga hari penuh pengalaman, ilmu dan semangat kesukanan!Alhamdulillah, Klinik Bol...
10/11/2026

⚽ KLINIK BOLA SEPAK DAERAH KEMAMAN 2026

Tiga hari penuh pengalaman, ilmu dan semangat kesukanan!

Alhamdulillah, Klinik Bola Sepak Daerah Kemaman 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 5 hingga 7 November 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Mak Lagam, Kemaman.

Program julung kali dianjurkan ini telah menghimpunkan seramai 31 orang peserta berusia 7 hingga 16 tahun bagi memberi pendedahan dan bimbingan dalam meningkatkan kemahiran asas bola sepak, membina disiplin, keyakinan diri serta semangat kerja berpasukan.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun, Pengerusi Majlis Sukan Daerah Kemaman merangkap Pegawai Daerah Kemaman, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta serta sijil penghargaan kepada jurulatih jemputan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menimba ilmu dan pengalaman melalui bimbingan jurulatih serta menyertai aktiviti latihan dan perlawanan persahabatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Majlis Sukan Negeri Terengganu serta Pak Syed Ball Mastery atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan penganjuran program ini.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua jurulatih jemputan, urus setia, ibu bapa dan semua pihak yang turut menyumbang kepada kelancaran program.

Semoga usaha ini menjadi titik permulaan dalam mencungkil bakat baharu dan melahirkan generasi pemain bola sepak yang berpotensi di Daerah Kemaman.

MENCUNGKIL BAKAT, MEMBINA MASA DEPAN! ⚽




𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 | 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗚𝗔𝗠Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Masjid Kampung Mak Lagam...
10/11/2026

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 | 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗚𝗔𝗠

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman, Terengganu akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟏𝟑 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
🕛 𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢
📍 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐤 𝐋𝐚𝐠𝐚𝐦, 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐦𝐚𝐧.

Sehubungan itu, seluruh masyarakat setempat dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan atas perasmian masjid yang menjadi pusat ibadah serta penyatuan ummah dalam komuniti setempat.


𝗪𝗔𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧𝗨𝗟𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡Majlis Walimatulurus Perdana 2026 Peringkat Parlimen Kemaman telah ...
07/11/2026

𝗪𝗔𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧𝗨𝗟𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡

Majlis Walimatulurus Perdana 2026 Peringkat Parlimen Kemaman telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna, menghimpunkan seramai 24 pasangan pengantin dalam meraikan detik istimewa penyatuan dua hati melalui ikatan perkahwinan.

Majlis akad nikah telah berlangsung di Masjid Sultan Ahmad, Cukai, Kemaman, manakala majlis resepsi diadakan di Arena Square, Cukai.

Majlis resepsi tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, yang turut meraikan pasangan pengantin bersama ahli keluarga dan para tetamu yang hadir.

Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan tradisi dan nilai kekeluargaan dalam masyarakat, malah mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam meraikan kebahagiaan pasangan pengantin.

Semoga kesemua pasangan pengantin dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah serta berkekalan hingga ke syurga.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂!

📢 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢-𝗥𝗜𝗠𝗕𝗔 (𝗧𝗘𝗥) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨Dimaklumkan bahawa semua kawasan Taman Eko-Rimba (TER...
03/11/2026

📢 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢-𝗥𝗜𝗠𝗕𝗔 (𝗧𝗘𝗥) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Dimaklumkan bahawa semua kawasan Taman Eko-Rimba (TER), laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Terengganu 𝗗𝗜𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟭 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸.

Penutupan ini dilaksanakan sebagai langkah keselamatan berikutan musim tengkujuh dan risiko kepala air.

Orang ramai diminta mengambil maklum dan mematuhi arahan penutupan ini.

Utamakan keselamatan. Kerjasama anda amat dihargai.


PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI (CBDRM) 8 DAERAH NEGERI TERENGGANU – SIRI 8 DAERAH KEMAMAN 2 Novem...
03/11/2026

PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI (CBDRM) 8 DAERAH NEGERI TERENGGANU – SIRI 8 DAERAH KEMAMAN

2 November 2026 | INTAN Kampus Wilayah Timur, Kemaman

Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (Community-Based Disaster Risk Management – CBDRM) 8 Daerah Negeri Terengganu bagi Siri 8 Daerah Kemaman telah diadakan pada 2 November 2026 bertempat di INTAN Kampus Wilayah Timur, Kemaman.

Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Persatuan Pengurusan Bencana Malaysia (NADIM), dengan sokongan Yayasan Hasanah serta Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pelaksanaan program ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat, antaranya Pejabat Daerah Kemaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan keupayaan peserta dalam menghadapi serta mengurus risiko bencana di peringkat komuniti. Antara pengisian program termasuk taklimat keselamatan, perkongsian mengenai Mekanisme Pengurusan Bencana Negara berdasarkan Arahan NADMA No. 1, sejarah bencana setempat melalui penyediaan garis masa bencana, komunikasi, aktiviti simulasi Disaster Imagination Game (DIG), sesi refleksi, penyediaan pelan tindakan bencana serta pembentangan kumpulan.

Melalui pendekatan berasaskan komuniti ini, peserta berpeluang berkongsi pengalaman, mengenal pasti risiko dan ancaman bencana di kawasan masing-masing serta merangka tindakan persediaan dan langkah tindak balas yang lebih tersusun.

Diharapkan program ini dapat memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat, di samping membudayakan kesiapsiagaan, meningkatkan daya tahan masyarakat dan memupuk semangat tanggungjawab bersama dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.


𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗠𝗨 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 “𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧” 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗜𝗝𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲Kijal, 29 Oktober 2026 – P...
30/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗠𝗨 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 “𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧” 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗜𝗝𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲

Kijal, 29 Oktober 2026 – Program Bersamamu Rakyat “Indahnya Hidup Bersyariat” Peringkat DUN Kijal 2026 telah berlangsung dengan meriah bertempat di perkarangan Masjid Titian Berayun, Kijal.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap ADUN Kawasan Kijal.

Antara pengisian menarik pada majlis perasmian ialah slot Kuliah Duha yang disampaikan oleh Murobbi Ummah, Ustaz Azhar bin Idrus, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu serta menghayati nilai-nilai kehidupan berlandaskan syariat Islam.

Program yang berlangsung selama tiga hari, bermula 29 hingga 31 Oktober 2026 ini turut menyediakan pelbagai pengisian dan perkhidmatan kepada masyarakat, antaranya Gerai Jualan Berkat, kiosk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, gerai jualan makanan serta program derma darah.

Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Islam dalam kehidupan seharian, malah menjadi platform mendekatkan pelbagai agensi kerajaan dengan masyarakat melalui penyediaan perkhidmatan, perkongsian ilmu dan aktiviti kemasyarakatan.



KLINIK BOLA SEPAK DAERAH KEMAMAN 2026Bersama Pak Syed Bina Kemahiran, Tingkatkan Keyakinan!Peluang terbaik untuk pemain ...
29/10/2026

KLINIK BOLA SEPAK DAERAH KEMAMAN 2026
Bersama Pak Syed

Bina Kemahiran, Tingkatkan Keyakinan!
Peluang terbaik untuk pemain muda mengasah kemahiran dan meningkatkan penguasaan bola bersama Pak Syed dalam Klinik Bola Sepak Daerah Kemaman 2026! 🔥
📅 Tarikh: 5–7 November 2026

📍 Tempat: Kompleks Rakan Muda Mak Lagam, Kemaman, Terengganu

👦 Sasaran umur: 9–15 tahun

💰 Yuran penyertaan: RM90 seorang

👕 T-shirt PS Ball Mastery percuma untuk setiap peserta

🏅 Sijil penyertaan disediakan
Fokus latihan:
⚽ Teknik kawalan bola

⚽ Kemahiran individu

⚽ Keyakinan di padang

⚽ Aplikasi kemahiran dalam permainan sebenar

📢 PENYERTAAN TERHAD KEPADA 60 PESERTA SAHAJA!

🗓️ Tarikh tutup pendaftaran: 1 November 2026

👉 Daftar sekarang melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdENHGQ-cS2GxDH-u0K8sYcqXmiikWAyWtJ5ElxkyIFnc_AvA/viewform?usp=dialog
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Nazliah
☎️ 013-303 6033
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, mengasah bakat dan membina keyakinan di padang! 💪⚽





MAKLUMAN
28/10/2026

MAKLUMAN

UCAPAN TAKZIAHإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَPejabat Daerah dan Tanah Kemaman merakamkan ucapan takziah ata...
24/10/2026

UCAPAN TAKZIAH

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan Allahyarham YAM Dato' Seri Dr. Tengku Baderul Zaman Ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, adinda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh kerabat DiRaja Terengganu serta keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.

Ikhlas daripada Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kemaman serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman.

Tahniah dan Syabas Puan Nur Shazwani Mohd Salleh, Pegawai Pertanian Daerah Kemaman diatas pengiktirafan 100 Woman Heroes...
16/10/2026

Tahniah dan Syabas Puan Nur Shazwani Mohd Salleh, Pegawai Pertanian Daerah Kemaman diatas pengiktirafan 100 Woman Heroes oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).

Address

Chukai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098591972

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman:

Shortcuts

Share

Nearby government services