AKRAB JPS Malaysia

Directions Contact the organization

AKRAB JPS Malaysia Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja di JPS Malaysia meningkatkan potensi dan kecemerlangan.

Ahli Jawatankuasa Teraju AKRAB JPS Malaysia Sesi 2025/ 2027.

AKRAB SIHAT HIKING@BUKIT TUNGGUL - PUPUK GAYA HIDUP SIHAT DAN HAYATI ERTI KEMERDEKAANDengkil, 8 Ogos 2026 - Program “Akr...
16/08/2026

AKRAB SIHAT HIKING@BUKIT TUNGGUL - PUPUK GAYA HIDUP SIHAT DAN HAYATI ERTI KEMERDEKAAN

Dengkil, 8 Ogos 2026 - Program “AkrabSihat Siri 6/2026” pada kali ini membawa peserta Hiking di Bukit Tunggul yang terletak di Jenderam Hilir (kira-kira 15 km dari Putrajaya). Seawal jam 7.30 pagi pendakian telah dimulakan bagi menawan puncak bukit setinggi 278 mdpl / 912 kaki ini.

Seramai 13 peserta telah terlibat dalam kalangan ahli AKRAB, Penjawat awam dan ahli keluarga. Jarak perjalanan naik dan turun kira-kira 5 km mengambil masa satu hingga satu jam setengah sehala. Keadaan trek pada hari ini sangat baik kerana keadaan tanah kering dan tidak berselut. Trek hiking juga agak teduh kerana merentas kawasan trek balak dan hutan yang berkanopi.

Menurut Puan Fairuza Misyan, Pengarah Program merangkap Exco MAK, program “AkrabSihat” diadakan sebagai tanda sokongan MAK terhadap inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Aktiviti hiking ini juga diadakan bagi menghayati erti kemerdekaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) yang ke 69 tahun 2026. Menurut beliau menerusi Biro Kesejahteraan dan Sosial MAK pelbagai program telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan mental, fizikal dan emosi penjawat awam sentiasa terpelihara.

Peserta tidak dikenakan sebarang yuran sebaliknya digalakkan membawa botol air sendiri (bukan plastik sekali guna) dan tidak membuang sampah merata-rata bagi memelihara alam sekitar demi generasi masa hadapan.

Peserta berjaya menawan puncak kira-kira jam 9.00 pagi. Pada masa yang sama terdapat ramai hikers tidak putus-putus turun naik bukit yang menjadi tumpuan hikers setiap hujung minggu untuk hiking dan berlatih “ trail run”.

Semoga penat lelah yang dilalui sepanjang hiking dapat mengimbau jerit perih generasi terdahulu dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan menguatkan lagi semangat cintakan negara.





KURSUS PENGENALAN PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JPS MALAYSIA SIRI 1/2026📅 11 – 13 Ogos 2026📍 Dewan Serbaguna, JPS Malaysia, Cy...
16/08/2026

KURSUS PENGENALAN PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JPS MALAYSIA SIRI 1/2026

📅 11 – 13 Ogos 2026
📍 Dewan Serbaguna, JPS Malaysia, Cyberjaya

Kursus Pengenalan Pegawai Lantikan Baharu JPS Malaysia Siri 1/2026 telah berlangsung pada 11 hingga 13 Ogos 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, JPS Malaysia, Cyberjaya.

Program ini melibatkan seramai 41 orang pegawai lantikan baharu daripada pelbagai skim perkhidmatan, iaitu Jurutera Awam (J9), Jurutera Mekanikal (J9), Penolong Jurutera Awam (JA5), Penolong Pegawai Tadbir (N5), Pembantu Khidmat Am (H1) dan Pembantu Tadbir (N1).

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman awal kepada pegawai lantikan baharu mengenai struktur organisasi, fungsi serta peranan JPS Malaysia, di samping memperkenalkan skop perkhidmatan dan tanggungjawab jabatan dalam melaksanakan amanah kepada negara. Pengisian kursus turut merangkumi sesi taklimat oleh wakil-wakil bahagian berkaitan fungsi, peranan dan tanggungjawab masing-masing, bagi membantu pegawai baharu memahami peranan serta sumbangan setiap bahagian dalam menyokong penyampaian perkhidmatan JPS Malaysia.

Program ini diharapkan dapat membantu pegawai baharu memahami peranan mereka sebagai warga JPS serta membina kesediaan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme, integriti dan dedikasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, serta pihak yang terlibat atas perkongsian ilmu, pengalaman dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan kursus.

Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pegawai lantikan baharu JPS Malaysia! 🎉

Semoga pelantikan ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan kerjaya yang cemerlang, serta membentuk warga JPS yang kompeten, berintegriti dan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan masyarakat.


KUNJUNGAN HORMAT RASMI AKRAB JPS MALAYSIA KEPADA PENGARAH KANAN (SEKTOR PENGURUSAN), JPS MALAYSIAPada 13 Ogos 2026 (Kham...
16/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT RASMI AKRAB JPS MALAYSIA KEPADA PENGARAH KANAN (SEKTOR PENGURUSAN), JPS MALAYSIA

Pada 13 Ogos 2026 (Khamis), Jawatankuasa Teraju Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), JPS Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat Rasmi kepada Yang Berusaha Tn. Ir. Muhammad Zaki bin Hj. Mashud, Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan), JPS Malaysia yang merupakan Penasihat AKRAB JPS Malaysia. Kunjungan rasmi ini telah diketuai oleh Yang Berusaha Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli selaku Pengerusi JK Teraju AKRAB JPS Malaysia Sesi 2025/ 2027 bersama-sama Ahli JK Biro di bawahnya.

Penerangan ringkas dan sesi suai kenal AKRAB JPS Malaysia kepada YBrs. Tn. Ir. Muhammad Zaki ini telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Mohamad Suaimi. Tujuan kunjungan hormat rasmi ini diadakan bagi menyampaikan tujuan penubuhan AKRAB JPS Malaysia, peranan dan perancangan-perancangan program bagi tahun 2026 serta perkongsian ringkas berkenaan objektif dan matlamat AKRAB di JPS Malaysia.

Simbolik penyerahan buku yang merangkumi 257 teknik, simpton dan aplikasi praktikal AKRAB kepada Penasihat AKRAB JPS Malaysia telah disampaikan oleh Pengerusi AKRAB JPS Malaysia.



PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME AKRAB JPS MALAYSIA TAHUN 202622 Julai 2026 (Rabu) - AKRAB JPS Malaysia telah menganju...
22/07/2026

PROGRAM PEMANTAPAN PROFESIONALISME AKRAB JPS MALAYSIA TAHUN 2026

22 Julai 2026 (Rabu) - AKRAB JPS Malaysia telah menganjurkan satu (1) Program Pemantapan Profesionalisme AKRAB bertempat di Institut Pembangunan Modal Insan (IPMI) Zon Tengah, JPS Malaysia, Jalan Ampang.

Program ini telah dirasmikan pembukaannya dengan ucaptama ringkas oleh YBrs. Ir. Hjh. Anita binti Ainan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BPSAH) yang menangggung tugas Pengarah Kanan, JPS selaku Penasihat AKRAB JPS.

Penyertaan ini terbuka dan melibatkan peserta di kalangan Ahli AKRAB JPS dan warga JPS. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha dalam memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi ahli AKRAB.

YBrs. Cr. Ir. Kazren Jusri bin Abdul Karim dari HRDcorp Psychology Industrial Trainer telah dijemput sebagai Penceramah untuk menyampaikan topik Cognitive Behavioral Therapy (CBT), Toxic Thought, Tahap Perubahan, Mental Health (simptom SDD, GAD, Panic and Social Anxiety) dan Mental Issue (Roda Kehidupan).



✨SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2026M/ 1447H, MAAF ZAHIR & BATIN✨Indahnya Langit Kerana Awan,Indahnya Lautan Ker...
19/03/2026

✨SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2026M/ 1447H, MAAF ZAHIR & BATIN✨

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Lautan Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
✨✨✨✨✨✨✨
Pergi ke dusun memetik mangga,
Dibawa pulang untuk keluarga,
Pandu cermat sepanjang masa,
Agar selamat tiba ke pangkuan mereka

Setulus ikhlas daripada kami:
PENGERUSI DAN JAWATANKUASA TERAJU
AKRAB JPS MALAYSIA SESI 2025/ 2027





Pada 29 Januari 2026 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teraju AKRAB JPS Malaysia Bil. 1/ 2026 yang sulung ...
07/02/2026

Pada 29 Januari 2026 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teraju AKRAB JPS Malaysia Bil. 1/ 2026 yang sulung sebagai pembukaan tahun 2026. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi merangka dan membincangkan program-program yang akan disusun sepanjang tahun ini.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh YBrs. Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli. Pelbagai program yang telah dibincangkan bersama yang dijangka akan diadakan secara rancak pada tahun ini demi memperkenal dan memperkasakan kewujudan AKRAB di JPS mahupun di peringkat luar. Semoga segala perancangan program tersebut dapat sama-sama dijayakan. 🤲




PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TERAJU AKRAB JPS MALAYSIA SESI 2025/ 2027Pada 30 Januari 2026 (Ju...
07/02/2026

PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TERAJU AKRAB JPS MALAYSIA SESI 2025/ 2027

Pada 30 Januari 2026 (Jumaat) yang lalu, Sesi Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Teraju AKRAB JPS bagi Sesi 2025/ 2027 telah diadakan. Penyampaian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersempana Majlis Perjumpaan dan Amanat Ketua Pengarah bersama Warga JPS Malaysia Bil. 1 Tahun 2026. Seramai 14 pegawai yang hadir telah menerima watikah ini.

AKRAB merupakan satu (1) inisiatif penting dalam perkhidmatan awam yang berperanan sebagai rakan pembimbing, pendengar yang empati dan agen sokongan psikososial di tempat kerja. Penubuhan AKRAB di JPS Malaysia telah bermula seawal tahun 2009 dengan jumlah ahli seramai 30 pegawai. Sejajar dengan pertambahan jawatan dalam Jabatan pada masa kini, ahli AKRAB yang telah ditauliahkan dan masih aktif adalah seramai 42 pegawai.

Selari dengan falsafah, "Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain" bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai diri.

Pelantikan Ahli Teraju AKRAB ini mencerminkan kepercayaan organisasi terhadap integriti, kematangan dan keupayaan individu terpilih dalam membantu membina persekitaran kerja yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan.

Majlis ini bukan sekadar simbolik penyampaian watikah, malah merupakan pengiktirafan rasmi terhadap komitmen dan kesediaan para penerima untuk memikul amanah sebagai barisan hadapan sokongan kesejahteraan warga JPS Malaysia.




🤩 AKAN DATANG 🤩HEBAHAN - PROGRAM ONLINE WEBINAR SIRI 1/ 2026 PJJ: KELUARGA ATAU KERJAYA? - “MENGIMBANG DILEMA, MENCARI B...
05/02/2026

🤩 AKAN DATANG 🤩
HEBAHAN - PROGRAM ONLINE WEBINAR SIRI 1/ 2026 PJJ: KELUARGA ATAU KERJAYA? - “MENGIMBANG DILEMA, MENCARI BAHAGIA" ANJURAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) MALAYSIA

Tarikh:
9 Februari 2026 (Isnin)

Masa:
3.00 petang

Pautan:
http://meet.google.com/mky-zgfq-gxo (Google Meet)

Tujuan:
Mengupas persoalan mengenai isu PJJ: Keluarga vs Kerjaya bagi:-
âś… Kepentingan keluarga
âś… Kepentingan kerjaya
âś… Dilema antara keluarga dan kerjaya
âś… Kepentingan keseimbangan

Bagi peserta yang ingin mendapatkan Sijil Penyertaan, bayaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 sahaja.

Jangan lupa temujanji kita 9 Februari ini. 🤩




Address

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Cyberjaya
63000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB JPS Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AKRAB JPS Malaysia:

Shortcuts

Share

Nearby government services