Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang

Directions Website Contact the organization

Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang Laman Facebook rasmi bagi sebaran maklumat, aktiviti atau media PPD Gua Musang

Etika Penggunaan Media Sosial Penjawat Awam. Baca, Hadam, Faham, Laksana ~~
06/09/2026

Etika Penggunaan Media Sosial Penjawat Awam. Baca, Hadam, Faham, Laksana ~~




ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL WARGA KPM

Media sosial merupakan platform yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklumat, membina jaringan dan berkomunikasi. Namun, setiap perkongsian perlu dibuat dengan beretika, bertanggungjawab dan berintegriti.

📌 SPI KPM Bil. 11 Tahun 2023 – Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM menekankan kepentingan:

âś… Menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi
âś… Menggunakan bahasa yang sopan dan profesional
âś… Menjaga kerahsiaan maklumat rasmi dan data peribadi
âś… Menghormati hak, maruah dan sensitiviti orang lain
âś… Mengelakkan fitnah, provokasi, berita palsu dan kandungan yang menyalahi peraturan
âś… Memelihara imej serta reputasi Kementerian Pendidikan Malaysia

💡 Ingat sebelum klik “POST” atau “SHARE”:
FIKIR → SEMAK → SAH → JAGA → KONGSI
Marilah kita bersama-sama membudayakan penggunaan media sosial yang beretika, bertanggungjawab dan berintegriti demi menjaga maruah diri, organisasi dan perkhidmatan awam.









Syabas dan tahniah..
28/08/2026

Syabas dan tahniah..

25/08/2026

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati

Salam Maulidur Rasul 1448H




Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas pengurniaan Darjah Gemilang...
25/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026.













RISE Educator Award Taylors University!!!Alhamdulillah, CIKGU HAFIZU AIMAN dari SK Pulat Gua Musang  terpilih Top 5 RISE...
24/08/2026

RISE Educator Award Taylors University!!!

Alhamdulillah, CIKGU HAFIZU AIMAN dari SK Pulat Gua Musang terpilih Top 5 RISE Educator Award 2026. 🙏 Memang mendonia betul cikgu ni sorang, tahun ni saja macam² beliau tapau. Patutlah jadi Jurulatih Utama Muse DigiTech dan Guru Peneraju Generasi Digital Negeri Kelantan.
Mohon satu undian untuk beliau jika berkesempatan. Kalau naik podium dapatlah gula² sikit utk beliau dan anak² orang asli SK Pulat.

Sokongan anda semua sangat bermakna utk beliau dan anak² Pulat. ❤️ Jangan lupa share post ni lepas undi beliau, Min tak mampu nak undi banyak kali sebab sorang hanya boleh undi sekali saja. Kalau tak, memang Min dah AFUndisejuta dah tadi.

đź”— https://college.taylors.edu.my/en/rise-educator-award.html








Program Unit  Pemulihan Khas PPD Gua Musang  Untuk Meningkatkan Celik Literasi 3M. TUISYEN YOKUK
24/08/2026

Program Unit Pemulihan Khas PPD Gua Musang Untuk Meningkatkan Celik Literasi 3M. TUISYEN YOKUK

ALHAMDULILLAH, JOHAN FLLaSH KEBANGSAAN 2026!!! 🏆✨Julai lepas, ada satu pencapaian hebat digapai oleh anak² Sekolah Keban...
21/08/2026

ALHAMDULILLAH, JOHAN FLLaSH KEBANGSAAN 2026!!! 🏆✨

Julai lepas, ada satu pencapaian hebat digapai oleh anak² Sekolah Kebangsaan Kuala Betis. Mereka telah dinobatkan sebagai JOHAN di Festval Lakon dan Layar (FLLaSH) peringkat kebangsaan bg tahun 2026! Kenapa hebat?? Kebangsaan ni bohhh, dan ini adalah pencapaian bersejarah kerna mereka telah mengukir nama mereka sebagai SEKOLAH ORANG ASLI PERTAMA DI KELANTAN yang merangkul gelaran ini.

Tahniah buat semua warga SK Kuala Betis, khususnya guru² belakang tabir yg x kenal penat lelah menggilap permata² hulu di Gua Musang ni. Tak lupa juga semua warga guru dan pentadbir sekolah yg menyokong usaha & kerjabuat mereka² ni. Inilah yg kita maksudkan bila kita sebut "Guru Digital, Murid Global". Moga kejayaan ni membakar semangat sekolah² lain di PPDGM utk turut melakar kejayaan seperti ini.

Ok, Min nak story sket, "PENCURI TENAGA" ni ialah judul filem pendek yg mereka hasilkan. Bagi Min, memang A plahhh. Ada elemen saspen, shot dia pun ala² pro level Malaywood dah. Scene transition, plot development, plot twist, perghhh...Sound pun, sama naik dengan mood scene. Min tanak cakap banyak, klik link YT ni korang tengok dan layan filem pendek level Johan Kebangsaan!!!

https://youtube.com/watch?v=ckbNfg4uWxc&si=i8Q2rTtQLPb4IlfD








Sekolah orang asli pertama di Kelantan yang mendapat Johan di Festi...

Address

Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Gua Musang
Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang:

Shortcuts

Share

Nearby government services