Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin

Directions Website Contact the organization

Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin Dewan Muslimat PAS Jasin

09/11/2026
09/11/2026
09/11/2026
09/11/2026

𝔹𝔸ℍ𝔸ℕ𝔾 ℙℝℕ-𝟙𝟞 𝕄𝔼𝕃𝔸𝕂𝔸
𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗡) 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗕𝗡)

(𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘮𝘱𝘦𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘶𝘱𝘭𝘰𝘢𝘥 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘶𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘴𝘰𝘴 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘨𝘳𝘰𝘶𝘱-𝘨𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘞𝘩𝘢𝘵𝘴𝘢𝘱𝘱𝘴)

1. Ada dua orang adik beradik yang baru kematian ayahnya menerima satu wasiat bahawa terdapat harta ditanam di sebuah rumah.

2. Kedua-dua adik beradik itu pergi ke rumah tersebut dan mula menggali sehingga bertemu harta tersebut yang merupakan emas dan permata yang bernilai tinggi.

3. Selepas selesai menggali si adik berkata kepada abangnya yang dia akan keluar membeli makanan untuk mereka.

4. Sewaktu adiknya keluar, si abang mula terfikir jika dia membunuh adiknya maka dia akan dapat membolot semua harta itu lalu dia bertekad untuk membunuh adiknya sebaik adiknya pulang dari membeli makanan.

5. Si adik sewaktu membeli makanan juga terfikir perkara yang sama, kalau dia membunuh abangnya tentu semua harta itu akan jadi miliknya, lalu dia meletakkan racun dalam makanan yang akan dibawa pulang untuk abangnya.

6. Apabila si adik sampai di rumah itu, si abang terus menikam adiknya sehingga mati.

7. Kemudian kerana lapar si abang terus memakan makanan yang dibawa adiknya tadi yang sebenarnya telah dibubuh racun.

8. Akhirnya kedua-dua adik beradik itu tadi mati kerana tamak dan cuba mengkhianati satu sama lain.

9. PENYAIR DARI GUNUNG berharap agar penyokong-penyokong PN dan BN serta seluruh orang Melayu sentiasa ikhlas dalam perjuangan 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗝𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗕𝗜𝗥.

10. PH-DAP boleh dikalahkan hanya jika undi PN dan BN disatukan, jika undi kita pecah maka PH-DAP akan berjaya membentuk kerajaan di Melaka.

11. Pimpinan tertinggi PN dan BN sudah pun mengeluarkan arahan. Penyokong PN mesti keluar mengundi calon BN di kawasan BN bertanding. Penyokong BN mesti keluar mengundi PN di kawasan calon PN bertanding.

12. Usaha untuk menewaskan PH-DAP lebih penting daripada mengingati tragedi pertelingkahan dan dendam silam antara PN dan BN.

𝟭𝟯. 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗕𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗡, 𝗠𝗔𝗞𝗔 𝗣𝗛-𝗗𝗔𝗣 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔.

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗜𝗥 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚
9 November 2026 | Isnin


09/11/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah diucapkan kepada saudari Aishah Suri binti Isa iaitu Ketua Pengarah Ameerah Melaka atas pemergian ibunda tercinta.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa almarhumah, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Didoakan agar seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. Moga kasih dan doa menjadi penguat di saat kehilangan. 🤍




Address

Kompleks PAS Kawasan Jasin
Jasin
77000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin:

Shortcuts

Share

Nearby government services


Other Political Organizations in Jasin

Show All