02/06/2026
*SANAH HELWAH*
*HAPPY BIRTHDAY*
*SELAMAT HARI LAHIR*
🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
*CIKGU ASMAA*✨
*2 JUN 2026*
Didoakan agar 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌹Semoga dipanjangkan umur.
🌹Dikurniakan kesihatan yang baik.
🌹Dilimpah kemewahn rezeki yg diberkati.
🌹Dipeliharakan keselamatan.
🌹Dipermudahkan segala urusan.
🌹Dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
🌹Sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan
01/06/2026
SANAH HELWAH SELAMAT HARI LAHIR CIKGU HANIF SU KOKO/PENGGERAK STRATEGIK KOKURIKULUM SKKU.
2 JUN 2026
Didoakan agar 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌹Dipanjangkan umur.
🌹Dikurniakan kesihatan yang baik.
🌹Dilimpah kemewahan rezeki yg diberkati.
🌹Dipeliharakan keselamatan.
🌹Dipermudahkan segala urusan.
🌹Dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
🌹Sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan
31/05/2026
Sannah Helwah dan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Yang Berbahagia Al-Allaamah Ustaz Fahrurazi bin Faharuddin.
31 MEI 2026
Didoakan agar ustaz🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌹Dipanjangkan umur.
🌹Dikurniakan kesihatan yang baik dengan aafiyat.
🌹Dilimpah kemewahan rezeki yg diberkati.
🌹Dipeliharakan keselamatan.
🌹Dipermudahkan segala urusan.
🌹Dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
🌹Sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan
30/05/2026
Majlis Lambaian Kasih Cikgu Hasya Athirah✨
🟣Sebuah majlis perpisahan yang penuh emosi dan bermakna telah diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan murni Cikgu Hasya Athirah binti Mohd Fairuz. Majlis Lambaian Kasih ini bertujuan untuk meraikan perpindahan beliau ke Negeri Terengganu Darul Iman.
🟣Cikgu Hasya Athirah amat dikenali oleh warga sekolah sebagai seorang pendidik yang sangat periang, berpewatakan menarik, dan sentiasa peramah dengan sesiapa sahaja. Keperibadian beliau yang sentiasa mengukir senyuman bukan sahaja menceriakan suasana bilik darjah, malah meninggalkan impak yang amat mendalam di hati para guru, kakitangan, dan seluruh murid.
🟣Sebagai Ketua Panitia Muzik, Cikgu Hasya Athirah telah menunjukkan dedikasi yang luar biasa dalam memartabatkan bidang seni suara dan instrumen di sekolah. Di bawah kepimpinan beliau, program pendidikan muzik telah diberi nafas baharu menerusi pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Beliau berjaya menarik minat murid untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
🟣Selain cemerlang dalam kurikulum muzik, beliau juga merupakan tunjang utama dan pemacu kejayaan bagi Kelab Tarian sekolah. Komitmen jitu beliau bersama rakan-rakan guru yang lain telah mewujudkan sebuah sinergi mantap dalam melahirkan barisan murid yang sangat berbakat dalam bidang seni, khususnya tarian tradisional dan moden. Melalui bimbingan dan latihan konsisten yang diberikan, kelab tarian ini telah beberapa kali mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi termasuk pertandingan peringkat daerah dan negeri. Usaha kolektif ini bukan sahaja menaikkan imej sekolah, malah berjaya membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam kalangan penari cilik.
🟣Sumbangan Cikgu Hasya Athirah tidak hanya terhad kepada murid arus perdana, malah beliau juga pernah menabur bakti mendidik anak-anak di peringkat pra sekolah. Pengalaman mengajar murid-murid kecil ini menonjolkan sisi beliau sebagai seorang guru yang sangat berkebolehan dan benar-benar berjiwa pendidik. Beliau sentiasa memastikan asas pendidikan awal diberikan dengan penuh kasih sayang agar minat untuk belajar terus subur dalam diri anak-anak kecil tersebut.
🟣Seluruh warga sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Cikgu Hasya Athirah. Selamat maju jaya diucapkan kepada Cikgu Hasya di tempat baharu atau dalam fasa kehidupan yang seterusnya, dan semoga segala urusan beliau sentiasa dipermudahkan.
🟣Jangan lupakan kami di sini, segala kenangan manis dan tunjuk ajar yang ditinggalkan akan sentiasa segar dalam ingatan kami buat selama-lamanya.
Jauh berjalan ke Pasor Payang,
Singgah membeli kain sutera;
Selamat maju jaya Cikgu tersayang,
Jangan dok lupakan kami doa sentiasa.
30/05/2026
*SANAH HELWAH*
*HAPPY BIRTHDAY*
*SELAMAT HARI LAHIR*
🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
*CIKGU NABILAH*✨
*30 MEI 2026*
Didoakan agar 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌹Semoga dipanjangkan umur.
🌹Dikurniakan kesihatan yang baik.
🌹Dilimpah kemewahn rezeki yg diberkati.
🌹Dipeliharakan keselamatan.
🌹Dipermudahkan segala urusan.
🌹Dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
🌹Sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan
29/05/2026
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kompleks UDA 2026✨
🟣 Suasana di SK Kompleks UDA bertukar gilang-gemilang apabila seluruh warga sekolah bersatu hati meraikan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2026. Sambutan kali ini dikelola oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sokongan padu dan komitmen luar biasa daripada ibu bapa serta penjaga telah menyuntik impak penganjuran yang cukup luar biasa. Kerjasama erat ini membuktikan keakraban hubungan antara pihak sekolah dan komuniti dalam menghargai jasa para pendidik.
🟣 Penganjuran kali ini menjadi lebih bermakna apabila dewan sekolah bertukar wajah menjadi klasik bertemakan "British Duke and Duchess". Pagi yang indah menyaksikan para guru melangkah anggun dan segak mengenakan busana beraneka rupa ala bangsawan British abad pertengahan.
🟣 Di sebalik kemeriahan kostum tersebut, tersirat penghayatan mendalam terhadap tema Hari Guru kebangsaan, "Guru Bitara Nadi Negara". Tema ini mengangkat figura guru sebagai insan yang tiada tolok bandingnya (bitara) dalam memacu kemajuan negara.
🟣 Majlis dimulakan dengan penuh tertib perarakan masuk para guru. Bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) dan Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh Guru Besar, Puan Noor Huda binti Hamid. Rentak majlis kemudiannya dilonjakkan dengan lafazan Ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Encik Azmy bin Othman dengan penuh dedikasi. Kemuncak acara rasmi digemakan dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" dengan penuh semangat mencerminkan iltizam yang tidak pernah padam dalam mendidik anak bangsa.
🟣 Sesi santai memperlihatkan detik-detik indah apabila dewan dipenuhi dengan senyuman dan air mata kegembiraan. Murid-murid dengan penuh tertib dan rasa hormat mengerumuni barisan guru untuk menyampaikan bingkisan hadiah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga.
🟣 Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Farid bin Uyop selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG, barisan jawatankuasa PIBG, serta seluruh ibu bapa atas komitmen yang menjayakan sambutan yang begitu meriah ini. Hubungan simbiotik ini diharap akan terus berkekalan demi memacu kecemerlangan sekolah pada masa hadapan.
🟣 Semoga sambutan ini memberi suntikan motivasi baharu kepada para guru untuk terus berbakti tanpa jemu demi melahirkan generasi madani yang cemerlang di dunia dan akhirat.
29/05/2026
Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kompleks UDA Kali Ke-36 yang berlangsung pada 9 Mei 2026 di IPGM Temenggong Ibrahim Larkin, Johor Bahru telah berjalan dengan penuh gilang-gemilang.
Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Farid bin Uyop. Suasana di stadium penuh sorakan gemuruh dan kreativiti luar biasa setiap kontinjen rumah sukan yang berarak megah bertemakan dunia animasi.
Keunikan terserlah apabila rumah Panther tampil kreatif dengan tema Cars, Puma ceria dengan tema Spongebob, Leopard comel dengan tema Kuromi, Cheetah tangkas dengan tema Sonic, dan Jaguar memukau dengan tema Shrek. Semangat kesukanan yang tinggi jelas terpancar melalui kecekalan para atlet muda yang bersaing sengit merentasi trek dan padang demi menyumbang mata berharga buat rumah sukan masing-masing.
Kejayaan penganjuran sukan tahunan pada kali ini juga mencerminkan keakraban kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ahli jawatankuasa PIBG berganding bahu menguruskan logistik, persiapan tempat, serta sumbangan hadiah bagi memastikan kelancaran program. Sokongan ini bertambah padu dengan kehadiran luar biasa daripada kalangan ibu bapa dan penjaga yang membanjiri stadium sejak awal pagi. Kehadiran mereka bukan sekadar memenuhi bangku penonton, malah menjadi pembakar semangat utama buat anak-anak yang sedang berjuang di tengah padang.
Acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan, iaitu larian antara ibu bapa dan guru, bermula. Acara jemputan ini bukan sahaja menguji kecergasan fizikal para peserta dewasa, malah mencetuskan hilai tawa dan sorakan gamat daripada murid-murid. Gelagat bersahaja serta kesungguhan para guru dan ibu bapa berlari menuju garisan penamat mempamerkan semangat kekeluargaan yang utuh. Sukan ini jelas berjaya merapatkan jurang sekali gus mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan ibu bapa.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya merangkul pingat serta mengharumkan nama rumah sukan masing-masing. Bagi yang tidak berjaya, penglibatan dan kesungguhan anda adalah satu kejayaan peribadi yang sangat membanggakan. Jadikan platform sukan ini sebagai batu loncatan untuk terus melakar kejayaan di luar bilik darjah.
Semoga SK Kompleks UDA terus gah melahirkan barisan atlet pelapis yang mampu menyumbang kepada mutu sukan negara pada masa hadapan.