Majlis Tindakan Pengguna Negara

Call Directions Website

Majlis Tindakan Pengguna Negara Membuka landasan kepada semua pengguna dan peniaga salurkan aduan dan penyelesaian masalah yang memp

Membuka landasan kepada semua pengguna dan peniaga salurkan aduan dan penyelesaian masalah yang mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

⚖️ 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐈𝐋Cyberjaya,12 November 2026 - Maj...
13/11/2026

⚖️ 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐈𝐋

Cyberjaya,12 November 2026 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menyertai 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤 𝐀𝐝𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐀𝐝𝐢𝐥 anjuran Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) merangkap Presiden MTPN dalam menyokong usaha memperkukuh agenda perlindungan dan kepentingan pengguna.

Bengkel ini bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan terhadap kandungan Buku Panduan Kontrak Adil dan Terma Kontrak Tidak Adil sebelum dimuktamadkan untuk penerbitan.

Antara fokus utama perbincangan termasuk semakan aspek perundangan dan dasar, perspektif industri dan pengguna serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan panduan tersebut lebih menyeluruh, praktikal dan berkesan.

Inisiatif ini turut menyokong usaha memperkukuh perlindungan pengguna selaras dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], khususnya Bahagian IIIA berkaitan terma kontrak tidak adil, serta aspirasi Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN 2.0).


🪔 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐎𝐃𝐁𝐀𝐍𝐊: 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 🪔Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasam...
13/11/2026

🪔 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐎𝐃𝐁𝐀𝐍𝐊: 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 🪔

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah melaksanakan inisiatif Ihsan Food Bank menerusi penyerahan sumbangan barangan keperluan sempena menyambut perayaan Deepavali.

Sebanyak 50 kotak sumbangan** telah berjaya disampaikan kepada penduduk sekitar Kangkar Tebrau, Johor Bahru melalui kerjasama bersama 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐫𝐚𝐥𝐢 dari 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧, 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐮, 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha menyemai semangat keprihatinan, perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali.

MTPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPDN Johor, Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat India Pandan serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan inisiatif ini.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat membawa keceriaan dan meringankan beban penerima dalam menyambut perayaan Deepavali.

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐑𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢.❤️

🤖 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐀𝐑𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋𝐈𝐆𝐄𝐍𝐂𝐄 (𝐀𝐈)Johor Bahru, 9 November 2026 – Pihak Majlis Tindaka...
09/11/2026

🤖 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐀𝐑𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋𝐈𝐆𝐄𝐍𝐂𝐄 (𝐀𝐈)

Johor Bahru, 9 November 2026 – Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menghadiri 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐜𝐞 (𝐀𝐈) yang dikendalikan oleh syarikat 𝐀𝐈 𝐄𝐑𝐀 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐘.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan pemahaman peserta terhadap penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), termasuk potensi aplikasinya dalam mempertingkatkan kecekapan, produktiviti serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugasan harian.

MTPN sentiasa menyokong inisiatif pembangunan ilmu pengetahuan dan peningkatan kemahiran dalam bidang teknologi digital, khususnya teknologi AI yang semakin memainkan peranan penting dalam mendepani arus transformasi digital masa kini.

Penganjuran kursus seumpama ini merupakan satu langkah positif dalam memperkukuh kompetensi digital serta mempersiapkan peserta untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

Meneroka Teknologi, Memperkasa Kemahiran, Mencipta Peluang Masa Hadapan! 🚀

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐊 💚Johor, 5 November 2026 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara be...
06/11/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐊 💚

Johor, 5 November 2026 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara bersama KPDN Johor telah bersama - sama menjayakan penyerahan barangan sumbangan Ihsan Food Bank di Bilik Aktiviti Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK), PPR Kempas Permai.

Barangan sumbangan ini merupakan hasil keprihatinan dan sokongan daripada orang awam di Econsave Permas dan Maslee Express Taman Molek dalam membantu golongan masyarakat yang memerlukan.

Inisiatif ini mencerminkan semangat keprihatinan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam menyantuni komuniti setempat, khususnya golongan yang memerlukan bantuan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penyumbang atas kemurahan hati serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan inisiatif Ihsan Food Bank ini.

Bersama menyemai keprihatinan, berkongsi rezeki dan membina komuniti yang lebih sejahtera. 💚

04/11/2026

📢 PENAMBAHAN LOKASI PROGRAM JUALAN RAHMAH BERGERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat penambahan lokasi Program Jualan Rahmah Bergerak daerah Johor Bahru di DUN Permas bagi bulan November 2026.

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

📍 Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh, masa dan lokasi program.

🤝 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐎𝐃𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑Johor Bahru, 29 Oktober 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Neger...
30/10/2026

🤝 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐎𝐃𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Johor Bahru, 29 Oktober 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dengan kerjasama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Johor telah menjayakan Program Ihsan Foodbank dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 𝟏𝟓 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐅𝐥𝐚𝐭 𝐒𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐓𝐞𝐛𝐫𝐚𝐮.

Sumbangan yang disalurkan menerusi program ini adalah hasil kerjasama dan keprihatinan daripada 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐥𝐞𝐞 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐥𝐞𝐤, 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐄𝐜𝐨𝐧𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐉𝐚𝐲𝐚.

Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan harian keluarga yang memerlukan, di samping memupuk semangat keprihatinan, tanggungjawab sosial dan budaya saling membantu dalam kalangan komuniti serta sektor perniagaan.

MTPN Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPDN Johor, para penyumbang serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan.

𝐊𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚. ❤️

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Haji Khair Bahari bin Ahmad, Ahli Penasihat Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTP...
24/10/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Haji Khair Bahari bin Ahmad, Ahli Penasihat Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan Dewan Integriti Malaysia (DIM), telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 24 Oktober 2026.

Seluruh warga Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan Dewan Integriti Malaysia (DIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang dihormati ini.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga segala jasa dan sumbangan Allahyarham sentiasa dikenang.

Al-Fatihah. 🤲

Ikhlas daripada,
Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN)
Dewan Integriti Malaysia (DIM)

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐑𝐌𝟓𝟎𝐊 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟏𝟐𝐊… 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐓𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄?!Isu ini dibawa kepada perhatian MTPN melibatkan penyerahan e...
21/10/2026

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐑𝐌𝟓𝟎𝐊 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟏𝟐𝐊… 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐓𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄?!

Isu ini dibawa kepada perhatian MTPN melibatkan penyerahan emas bernilai 𝐑𝐌𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 dengan tawaran pulangan 𝐑𝐌𝟐,𝟎𝟎𝟎 sebulan selama enam bulan.

Pada pandangan awal, tawaran ini mungkin kelihatan menarik. Namun, hanya tiga hari selepas menandatangani perjanjian, pengadu mula berasa waswas dan mahu menarik diri.

Persoalannya, berbaloi ke mempertaruhkan emas bernilai RM50,000 demi pulangan RM12,000 yang dijanjikan?
Jumlah pulangan itu mungkin nampak lumayan. Tetapi jangan lupa, emas bernilai RM50,000 yang diserahkan tetap melibatkan risiko yang perlu dipertimbangkan.

Apabila pengadu mahu menarik diri, pengadu dimaklumkan bahawa tindakan tersebut tidak dibenarkan kerana didakwa melanggar syarat kontrak.

Situasi ini menimbulkan beberapa persoalan penting:

🔎 Apakah syarat pembatalan yang terkandung dalam perjanjian?
🔎 Adakah pengguna benar-benar memahami risiko sebelum bersetuju?
🔎 Bagaimanakah emas tersebut akan dipulangkan dan bagaimana berat serta ketulenannya dapat disahkan?
🔎 Apakah perlindungan yang tersedia sekiranya berlaku pertikaian?

Jangan hanya melihat jumlah pulangan yang dijanjikan sehingga terlupa menilai risiko terhadap aset sendiri. Pulangan yang dijanjikan bukan bermakna pulangan itu pasti diterima, dan setiap perjanjian perlu difahami sebelum persetujuan diberikan.

SEBELUM SERAH EMAS, PASTIKAN ANDA TAHU APA YANG DIPERTARUHKAN.
✅ Baca dan fahami setiap klausa dalam perjanjian.
✅ Semak syarat pembatalan dan penamatan kontrak.
✅ Dapatkan penjelasan tentang cara emas disimpan, dilindungi dan dipulangkan.
✅ Pastikan segala janji dan persetujuan direkodkan secara bertulis.

Jangan tunggu sehingga perjanjian ditandatangani baru nak menyemak terma dan syarat.

Perlu diingat, bukan sekadar jumlah pulangan yang dijanjikan, tetapi juga sama ada pulangan tersebut setimpal dengan risiko yang perlu ditanggung.

FIKIR SEBELUM SETUJU. SEMAK SEBELUM TANDATANGAN.

SUARA KITA, KUASA KITA.


📢🔥 CALLING ALL INFLUENCERS & CONTENT CREATORS!🇲🇾 PERTANDINGAN KANDUNGAN KREATIF PENGGUNA 2026🎬 CONSUMER'S CREATIVE CONTE...
20/10/2026

📢🔥 CALLING ALL INFLUENCERS & CONTENT CREATORS!

🇲🇾 PERTANDINGAN KANDUNGAN KREATIF PENGGUNA 2026
🎬 CONSUMER'S CREATIVE CONTENT CREATOR

Ada followers? Ada idea kreatif? Pandai buat content yang menarik perhatian?

💥 Jom gunakan kreativiti anda untuk memperjuangkan HAK PENGGUNA!

Bertemakan “AKTIVISME PENGGUNA”, pertandingan ini membuka peluang kepada pencipta kandungan untuk menghasilkan content yang bukan sahaja menarik, tetapi mampu mendidik masyarakat tentang hak dan tanggungjawab pengguna.

📱 Influencer | TikToker | YouTuber | Content Creator

🔥 Content anda boleh jadi lebih daripada sekadar viral. Jadikan ia suara perubahan!

📅 TARIKH TUTUP: 20 NOVEMBER 2026

📲 Imbas QR pada poster untuk maklumat lanjut dan penyertaan.

💪 KITA PENGGUNA: SUARA KITA, KUASA KITA!

👉 Jom sertai dan SHARE poster ini kepada rakan-rakan influencer serta content creator yang lain!






HEBAHAN RASMI | PERTANDINGAN KANDUNGAN KREATIF PENGGUNA 2026!!Pernah terfikir bahawa satu video kreatif mampu membuka ma...
19/10/2026

HEBAHAN RASMI | PERTANDINGAN KANDUNGAN KREATIF PENGGUNA 2026!!

Pernah terfikir bahawa satu video kreatif mampu membuka mata masyarakat, menyebarkan kesedaran dan melindungi hak pengguna?

Jangan sekadar menjadi penonton. Jadilah suara yang membawa perubahan!

KITA PENGGUNA : SUARA KITA, KUASA KITA!




📣 HEBAHAN RASMI | PERTANDINGAN KANDUNGAN KREATIF PENGGUNA 2026 🎬📱

Pernah terfikir bahawa satu video kreatif mampu membuka mata masyarakat, menyebarkan kesedaran dan melindungi hak pengguna?

Kini, inilah masanya untuk anda menjadi sebahagian daripada perubahan! 🔥

Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) bersama Majlis Tindakan Pengguna Negara dan rakan strategik lainnya akan membawakan Pertandingan Kandungan Kreatif Pengguna 2026 – Consumer’s Creative Content Creator, bertemakan:

💡 “AKTIVISME PENGGUNA”
Berteraskan Dasar Pengguna Negara 2.0.

Pertandingan ini bertujuan menggalakkan penghasilan kandungan kreatif, mendidik masyarakat tentang hak dan tanggungjawab pengguna serta memperkasakan suara pengguna melalui platform digital.

✨ Mengapa anda perlu sertai?
🎥 Serlahkan kreativiti melalui kandungan digital.
📢 Sampaikan mesej kesedaran kepenggunaan.
🛡️ Bantu mendidik dan melindungi pengguna.
🇲🇾 Jadilah pencetus perubahan melalui media sosial.

🎯 KREATIF • MENDIDIK • MELINDUNGI

📌 PENDAFTARAN AKAN DIBUKA TIDAK LAMA LAGI!

Orang ramai, pencipta kandungan, aktivis pengguna dan komuniti digital dijemput untuk mengikuti hebahan seterusnya bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, kategori pertandingan, tarikh dan kaedah pendaftaran.

Jangan sekadar menjadi penonton. Jadilah suara yang membawa perubahan!

KITA PENGGUNA : SUARA KITA, KUASA KITA!




Address

Taman Ekoperniagaan
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+6073618924

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Tindakan Pengguna Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services