Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat

Directions

Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat Parti Keadilan Rakyat
Cabang Hulu Langat
Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat

🌹 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS 🌹Seluruh Ahli Jawatankuasa Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat merakamkan ucapan set...
01/11/2026

🌹 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS 🌹

Seluruh Ahli Jawatankuasa Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ahmad Azri Zainal Nor atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MBI.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti serta kecemerlangan dalam menerajui Yayasan MBI ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Kami turut mendoakan agar kepimpinan beliau terus membawa kemajuan, memperkasakan pembangunan masyarakat serta memberikan manfaat yang berterusan kepada rakyat Negeri Selangor.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang!

Ikhlas daripada,

PUAN SITI RAZIMI ABD RAZAK
Ahli Majlis MPKj
Ketua Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat




29 September 2026 | SelasaKompleks MPKj Ecohill, SemenyihJELAJAH SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN NEGERI SELANGOR KE CABANG...
30/09/2026

29 September 2026 | Selasa
Kompleks MPKj Ecohill, Semenyih

JELAJAH SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN NEGERI SELANGOR KE CABANG HULU LANGAT

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan baik Program Jelajah Setiausaha Pengelola KEADILAN Negeri Selangor, Tuan Jestin Raj, ke Cabang Hulu Langat.

Turut hadir bersama, Ketua Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat, Puan Siti Razimi Abd Razak, serta beberapa pimpinan Wanita Cabang.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Cabang Hulu Langat, Tuan Rajen Vmunusamy, sebelum diteruskan dengan sesi penerangan dan taklimat oleh Tuan Jestin Raj berkaitan pengukuhan struktur organisasi, penubuhan ranting serta usaha menambah dan memperluaskan keahlian.

Sesi perkongsian dan soal jawab bersama pimpinan Cabang serta Ketua-Ketua Ranting turut memberi ruang kepada pelbagai pandangan, cadangan dan isu di peringkat akar umbi untuk diketengahkan.

Terima kasih dan penghargaan kepada semua pimpinan serta Ketua-Ketua Ranting yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga pertemuan ini dapat memperkukuhkan lagi gerak kerja organisasi serta meningkatkan usaha mendekati masyarakat dan akar umbi.

Terus bergerak, terus memperkukuh gerak kerja dan terus mendekati rakyat. ✊



⚽🏆 PIALA MADANI SEMENYIH  2026 🏆⚽27 September 2026 | AhadPadang Semenyih Alhamdulillah, selesai sudah Program Bola Sepak...
30/09/2026

⚽🏆 PIALA MADANI SEMENYIH 2026 🏆⚽

27 September 2026 | Ahad
Padang Semenyih

Alhamdulillah, selesai sudah Program Bola Sepak Piala Madani Semenyih 6 Sebelah 2026 yang berlangsung pada 27 September 2026 di Padang Semenyih.

Program anjuran KEADILAN Cabang Hulu Langat dengan kerjasama NGO serta pelbagai agensi ini berlangsung dengan meriah, penuh semangat kesukanan dan kebersamaan komuniti.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang serta semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan.

Ketua Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat, Puan Siti Razimi Abd Razak, turut bersama-sama menjayakan program besar ini. Terima kasih juga kepada barisan pimpinan Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat yang hadir dan memberikan kerjasama bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat, YB Mohd Sany Hamzan, Yayasan MBI Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, pihak OCS Balai Polis Semenyih, NGO, rakan strategik serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua pemain, ibu bapa, tetamu jemputan dan para hadirin yang hadir memberikan sokongan.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk menyemarakkan budaya sukan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan hubungan dalam komuniti.

Sukan Menyatukan Kita.
Komuniti Diperkasa. 🇲🇾





📌 Program : Belajar Membuat Minyak Angin📅 26 September 2026 | Sabtu📍 Batu 16, Dusun TuaProgram ini telah dianjurkan bers...
30/09/2026

📌 Program : Belajar Membuat Minyak Angin
📅 26 September 2026 | Sabtu
📍 Batu 16, Dusun Tua

Program ini telah dianjurkan bersama NGO Pertubuhan Wanita Aspirasi Insani (WANI).

Ketua Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat, Puan Siti Razimi Abd Razak, turut hadir bersama-sama menjayakan program ini.

Program telah berlangsung dengan lancar dengan bimbingan tenaga pengajar, Puan Mazliwati, yang berkongsi ilmu dan teknik dalam menghasilkan minyak angin.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang disampaikan dapat dimanfaatkan serta dipraktikkan oleh para peserta, bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah berpotensi dikembangkan sebagai sumber pendapatan dan peluang perniagaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Wanita Aspirasi Insani (WANI), tenaga pengajar, para peserta serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih🌹




SALAM TAKZIAHWanita Keadilan Cabang Hulu Langat  merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan turut berdukacita atas pe...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.20pagi, 28 September 2026 (isnin) bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Alfatihah...

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita terus menyemarakkan semang...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September 2026

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama memelihara keharmonian negara yang kita cintai.

Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera, dengan rakyatnya bersatu hati tanpa mengira latar belakang.

“Malaysia Milik Kita Bersama.”

Ikhlas daripada,
Puan Siti Razimi Abd Razak
Ahli Majlis MPKj Zon 4
Ketua Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat

MESYUARAT BULANAN WANITA KEADILAN CABANG HULU LANGAT KE-8Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Bulanan Wanita KEADILAN ...
07/09/2026

MESYUARAT BULANAN WANITA KEADILAN CABANG HULU LANGAT KE-8

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Bulanan Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat Ke-8 yang telah berlangsung pada:

📅 5 September 2026 (Sabtu)
⏰ 2.30 petang
📍 TTDI Groove, Kajang

Mesyuarat telah diketuai oleh Puan Siti Razimi Abd Razak, selaku Ketua Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat, bersama barisan kepimpinan dan ahli Wanita Cabang Hulu Langat.

Pertemuan ini menjadi ruang penting untuk membincangkan gerak kerja semasa, menyelaras perancangan serta memperkukuhkan kerjasama dalam memastikan setiap agenda dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Terima kasih kepada seluruh barisan yang hadir atas komitmen, pandangan serta semangat kebersamaan yang diberikan sepanjang mesyuarat.

Semoga Wanita KEADILAN Cabang Hulu Langat terus kekal teguh, bersatu dan konsisten dalam memperkasakan peranan wanita, mendekati masyarakat serta membawa suara dan keperluan komuniti ke hadapan.

Bersama kita bergerak, bersama kita menguatkan perjuangan. 🌹




24 Ogos 2026Tahniah dan setinggi-tinggi ucapan syabas kepada YBhg. Datuk Seri Fadlina Sidek atas penganugerahan Darjah G...
24/08/2026

24 Ogos 2026

Tahniah dan setinggi-tinggi ucapan syabas kepada YBhg. Datuk Seri Fadlina Sidek atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Angkasa (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus memberikan khidmat dan sumbangan terbaik kepada masyarakat serta negara.

Ikhlas daripada
Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat







17/08/2026

Jangan padamkan sejarah!

Kerana sejarah mengajar kita erti sebuah perjuangan. Dari dekad ke dekad, semangat ini terus bernyala demi sebuah keadilan untuk semua.

Teruslah memugar reformasi, membina MADANI!




Address

Jalan Semenyih
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Keadilan Cabang Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share