Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat

Call Directions

Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat Kenali kami. Bersama kami untuk ber Jasa Kepada Rakyat

NOTIS PEMBERITAHUAN CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENURAP SEMULA SEBAHAGIAN JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KM ...
28/10/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENURAP SEMULA SEBAHAGIAN JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KM 0.000 HINGGA KM 4.700, JALAN SIJANGKANG UTAMA, SIJANGKANG, DAERAH KUALA LANGAT , SELANGOR DARUL EHSAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JKR Kuala Langat akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan menurap semula jalan yang telah rosak di kawasan berkenaan.Kerja kerja tersebut akan dilaksanakan pada 27.10.2026 hingga 13.11.2026.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta memberikan kerjasama sepanjang kerja-kerja dijalankan seperti mengalihkan kenderaan dan harta benda tuan/puan yang berada diatas rezab jalan tersebut. Sila patuhi arahan Traffic Managemnt Plan ( TMP ) yang disediakan ditapak.

Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja amat dihargai.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

⁣⁣
⁣⁣
⁣⁣

NOTIS PENUTUPAN JALANDimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat akan melaksanakan kerja-kerja membaik pul...
21/10/2026

NOTIS PENUTUPAN JALAN

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan di laluan Jalan Klang–Sepang (FT05), Seksyen 410.00 hingga Seksyen 411.00, Jenjarom.

Tempoh penutupan jalan:
20 Oktober 2026 (Selasa) sehingga 30 Oktober 2026 (Jumaat).

Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi tujuan membaik pulih permukaan jalan yang rosak serta lain-lain kerja berkaitan. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi TMP dan arahan petugas kawalan trafik (Flagman) bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh kerja dijalankan.

Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh kerja dilaksanakan amatlah dikesali.

Lokasi kerja:
Jalan Klang–Sepang (FT05), Seksyen 410.00–411.00, Jenjarom, berhampiran Lotus’s Jenjarom.

Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja amat dihargai.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )



LAWATAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL JALAN MENDAP DI LALUAN FT248, SEKSYEN 1.50, BUKIT CHANGGANG DAN LALUAN FT05, JALAN SEPANG–K...
17/10/2026

LAWATAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL JALAN MENDAP DI LALUAN FT248, SEKSYEN 1.50, BUKIT CHANGGANG DAN LALUAN FT05, JALAN SEPANG–KLANG, LHS SEKSYEN 406, SG. SEDU, DAERAH KUALA LANGAT

16/10/2026: Lawatan Pemeriksaan Teknikal di lokasi kejadian mendapan jalan di laluan FT248, Seksyen 1.50, Bukit Changgang dan laluan FT05, Jalan Sepang–Klang, LHS Seksyen 406, Sungai Sedu, Daerah Kuala Langat.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai keadaan semasa dan mengenal pasti faktor-faktor yang berkemungkinan menyumbang kepada kejadian mendapan jalan. Beberapa cadangan penyelesaian teknikal telah dibincangkan bagi mengenal pasti kaedah pembaikan yang bersesuaian serta keperluan penambahbaikan struktur turapan jalan demi memastikan tahap keselamatan, ketahanan dan kualiti jalan sentiasa terpelihara.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ir. Azura Hanim Binti Sulaiman S.M.S, Ketua Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat, Ir. Mohd Faizal Bin Jantan, Jurutera Jalan JKR Kuala Langat, JKR Negeri Selangor serta pihak konsesi Roadcare.

JKR Kuala Langat komited untuk terus melaksanakan pemantauan dan penilaian teknikal secara berterusan bagi memastikan kemudahan infrastruktur jalan raya berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh semua pengguna jalan raya.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )



NOTIS : PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN NEGERIMAKLUMAN : Jalan Reb­ung, Lorong 12 Revolusi Hijau dan Jalan Revolusi...
13/10/2026

NOTIS : PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN NEGERI

MAKLUMAN : Jalan Reb­ung, Lorong 12 Revolusi Hijau dan Jalan Revolusi Hijau, Kg. SG. Lang Tengah, Daerah Kuala Langat, Selangor akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja pembaikan.

📅 Tarikh: 13 Oktober 2026 hingga 17 Oktober 2026

⏰ Masa penutupan: 8.00 pagi hingga 10.00 malam

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan.
Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh kerja dilaksanakan amatlah dikesali.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )



NOTIS : PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PUSINGAN-U DI LALUAN JALAN KLANG–BANTING (FT05)Lokasi: Berhadapan JBR Mania Multi...
13/10/2026

NOTIS : PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PUSINGAN-U DI LALUAN JALAN KLANG–BANTING (FT05)

Lokasi: Berhadapan JBR Mania Multiglobal Sdn. Bhd.

MAKLUMAN : Penutupan sementara pusingan-U di laluan Jalan Klang–Banting (FT05) akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan persimpangan kepada persimpangan berlampu isyarat.

Tempoh Pelaksanaan:

- Tarikh mula: 12 Oktober 2026 (Isnin)
- Tarikh tamat: 11 Disember 2026 (Jumaat)

Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan kawalan trafik yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja dan keselamatan semua pihak. Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh kerja dilaksanakan amatlah dikesali.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )



NOTIS : PENGOPERASIAN PENUH LAMPU ISYARAT DI KL06B (SIMPANG AGROBANK TPG) JALAN FT005 JALAN KLANG – SEPANGSEKSYEN 418.00...
13/10/2026

NOTIS : PENGOPERASIAN PENUH LAMPU ISYARAT DI KL06B (SIMPANG AGROBANK TPG) JALAN FT005 JALAN KLANG – SEPANG
SEKSYEN 418.00

Tarikh Mula Operasi:
15 Oktober 2026 (KHAMIS)

MAKLUMAN : Pengoperasian Penuh Lampu Isyarat di KL06B (Simpang Agrobank Telok Panglima Garang) Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi lampu isyarat dan papan tanda keselamatan serta memandu dengan cermat.

Kerjasama semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pihak.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )



📢 NOTIS PENUTUPAN JALAN FT05 JALAN KLANG – SEPANG, SEKSYEN 414 – 415Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Langat ingin m...
09/10/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN JALAN FT05 JALAN KLANG – SEPANG, SEKSYEN 414 – 415

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Langat ingin memaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa penutupan jalan sementara akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan jalan di laluan FT05 Jalan Klang – Sepang, Seksyen 414 – 415.

📅 TEMPOH PENUTUPAN
9 Oktober 2026 hingga 16 Oktober 2026

🕘 WAKTU PENUTUPAN
9.00 malam hingga 6.00 pagi

🛠️ TUJUAN KERJA
Kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan yang rosak serta kerja-kerja lain yang berkaitan.

🚧 GANGGUAN TRAFIK DAN NASIHAT KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA

Penutupan jalan ini dijangka menyebabkan gangguan trafik di kawasan tapak kerja. Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan yang disediakan di lokasi kerja, memandu dengan berhati-hati serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja-kerja pembaikan serta keselamatan semua pihak. Segala kesulitan amat dikesali.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

⁣⁣

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN NEGERI –  JALAN PINGGIR DAN LORONG 1 REVOLUSI HIJAU, KG. SG. LANG TENGAH, DAERAH KUAL...
07/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN NEGERI – JALAN PINGGIR DAN LORONG 1 REVOLUSI HIJAU, KG. SG. LANG TENGAH, DAERAH KUALA LANGAT,SELANGOR

BERMULA 6 OKTOBER 2026 SEHINGGA 14 OKTOBER 2026

6/10/2026: Dimaklumkan bahawa Jalan Pinggir dan Lorong 1 Revolusi Hijau, Kg. Sg. Lang Tengah akan dibuat penutupan sementara bagi tujuan pembinaan / penyelenggaraan jalan. Sehubungan dengan itu, laluan yang terlibat dalam kerja pembaikan akan ditutup sementara dari pukul 8.00 pagi – 10.00 malam kepada semua kenderaan dan pengguna diminta untuk menggunakan laluan alternatif sedia ada bagi menjamin keselamatan dan kelancaran pengguna.

Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan. Mohon semua pengguna jalanraya mematuhi arahan papan tanda keselamatan dilokasi berkenaan. Bersama – sama ini disertakan pelan laluan alternatif untuk makluman pengguna jalan raya. Sebarang kesulitan amat dikesali.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

⁣⁣

⁣⁣

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PERMUKAAN JALAN DI LALUAN JALAN KLANG - SEPANG (FT05) 6/10/2026: Dimaklumkan b...
07/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PERMUKAAN JALAN DI LALUAN JALAN KLANG - SEPANG (FT05)

6/10/2026: Dimaklumkan bahawa JALAN KLANG - SEPANG dari seksyen (402.00 - 403.30), akan menjalankan Kerja- Kerja Membaikpulih Permukaan Jalan pada 06hb OKTOBER 2026 (SELASA) sehingga 13hb OKTOBER 2026 (SELASA). Kerja membaikpulih permukaan jalan ini dijalankan bagi tujuan membaikpulih permukaan jalan yang rosak serta lain-lain kerja berkaitan.

Kerja membaikpulih permukaan jalan ini akan menyebabkan ganguan trafik di kawasan tapak kerja. Diharapkan dengan pemakluman ini, semua pihak dapat memberikan kerjasama dengan baik sepanjang proses membaikpulih permukaan jalan berlangsung. Sebarang kesulitan amatlah kami kesali.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )


⁣⁣

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PERMUKAAN JALAN DI LALUAN JALAN KLANG - SEPANG (FT05) Dimaklumkan bahawa JALAN...
25/09/2026

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PERMUKAAN JALAN DI LALUAN JALAN KLANG - SEPANG (FT05)

Dimaklumkan bahawa JALAN KLANG - SEPANG dari seksyen (413.00 – 414.00), akan menjalankan Kerja- Kerja Membaikpulih Permukaan Jalan pada 22hb SEPTEMBER 2026 (SELASA) sehingga 29hb SEPTEMBER 2026 (SELASA).

Kerja membaikpulih permukaan jalan ini dijalankan bagi tujuan membaikpulih permukaan jalan yang rosak serta lain-lain kerja berkaitan. Kerja membaikpulih permukaan jalan ini akan menyebabkan ganguan trafik di kawasan tapak kerja. Diharapkan dengan pemakluman ini, semua pihak dapat memberikan kerjasama dengan baik sepanjang proses membaikpulih permukaan jalan berlangsung. Sebarang kesulitan amatlah kami kesali.

💪 𝐉𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🤝⁣⁣
⁣⁣
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

⁣⁣
⁣⁣
⁣⁣

Address

Kampong Budu

Telephone

+60331871025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services