29/10/2026
PELAKSANAAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT • 26 OKTOBER 2026 • KANGAR
Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri KE-78 telah dilaksanakan di Tapak Pasar Pagi Lama Kangar dengan melibatkan tujuh orang pesalah yang hadir bagi menyelesaikan hukuman khidmat masyarakat selama empat (4) jam pertama.
Sepanjang pelaksanaan program, para pesalah telah menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan awam di bawah pemantauan pegawai SWCorp. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan memastikan hukuman yang diperintahkan oleh mahkamah dipatuhi, malah turut memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.