22/10/2026
⚡🤖 AI POWER-UP 2026: : BENGKEL AI DAN KOMPETENSI DIGITAL GURU PENYELARAS ICT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
LEVEL UP KOMPETENSI DIGITAL! 🚀🔥
📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰️ Masa : 8.00 pagi-4.30 petang
📍 Tempat: VegaVortex Hall, Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
👥 Peserta : 90 orang GPICT seluruh Negeri Perlis
AI bukan lagi sekadar trend, tetapi satu keperluan dalam landskap pendidikan masa kini! 💻✨
Alhamdulillah, Bengkel AI dan Kompetensi Digital Guru Penyelaras ICT Negeri Perlis Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Oktober 2026 bertempat di Vegavortez Hall, SSTP, JPN Perlis.
Guru Penyelaras ICT (GPICT) merupakan antara pakar rujuk di sekolah dan agen penggerak SSTP JPN Perlis yang berperanan membantu pentadbir serta guru meningkatkan penguasaan ICT di sekolah, selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital (DPD).
Sebab itulah kompetensi digital GPICT perlu terus diperkasa, termasuk dalam penerokaan teknologi AI, supaya ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dikongsikan serta dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah. 🚀
🔥 Bukan sekadar tahu guna teknologi, tetapi menjadi pemangkin perubahan digital di sekolah!
Apabila GPICT semakin kompeten, semakin luas potensi untuk membantu guru menginovasi PdP, memperkasa amalan digital dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid.
GPICT POWER-UP, SEKOLAH DIGITAL LEVEL-UP! 💪🤖