Jabatan Farmasi HRPZ II - Rasmi

Directions

Jabatan Farmasi HRPZ II - Rasmi Page rasmi Jabatan Farmasi HRPZ II.

💜PROGRAM TEAM BUILDING JABATAN FARMASI HRPZII 2026 💜Sehari penuh dengan ilmu, pengalaman dan kenangan! ✨Seramai 87 peser...
27/10/2026

💜PROGRAM TEAM BUILDING JABATAN FARMASI HRPZII 2026 💜

Sehari penuh dengan ilmu, pengalaman dan kenangan! ✨

Seramai 87 peserta bersama 8 fasilitator telah menyertai program anjuran Kelab Farmasi HRPZII dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di UMK Bachok pada 24 Oktober 2026.

Pelbagai modul menarik telah dijalankan, antaranya Ice Breaking, Inventori Personaliti Warna (IPW), Trio Challenge, Cabaran Paku dan Kaunseling Kelompok. Bukan sekadar menguji minda dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah turut memupuk komunikasi, empati, kerjasama serta kesejahteraan emosi dalam kalangan warga farmasi. 🧠🤝

Dibimbing oleh En. Azry, kaunselor UMK, program sehari ini dipenuhi dengan ilmu, cabaran, gelak tawa dan pengalaman yang bermakna. ❤️

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan yang terjalin terus erat dan semangat berpas**an sentiasa kekal!

Bukan sekadar rakan sekerja, tetapi satu keluarga! 💜

Bersatu, Dinamik & Cemerlang! 💪🏻💜

15/10/2026
💊 PELBAGAI PILIHAN PERKHIDMATAN FARMASI UNTUK KEMUDAHAN ANDA! 💙📣 UBAT SUSULAN – NAK UBAT CEPAT?Kami membantu memudahkan ...
13/08/2026

💊 PELBAGAI PILIHAN PERKHIDMATAN FARMASI UNTUK KEMUDAHAN ANDA! 💙

📣 UBAT SUSULAN – NAK UBAT CEPAT?
Kami membantu memudahkan urusan mendapatkan ubat susulan dengan lebih pantas dan teratur. Jom dapatkan maklumat di kaunter farmasi untuk pilihan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Pelbagai inisiatif disediakan bagi membantu menjimatkan masa dan kos, serta memastikan pesakit dapat terus mendapatkan ubat susulan dengan lebih mudah dan efisien.

📦 1. UBAT MELALUI POS (UMP)
Tak perlu datang ke hospital semata-mata untuk mengambil ubat. Ubat boleh dihantar terus ke lokasi pilihan anda.

🔐 3. LOKER UBAT (LOCKER4U)
Ambil ubat anda bila-bila masa mengikut keselesaan anda. Lebih fleksibel dan mudah tanpa perlu menunggu lama.

🚗 4. FARMASI PANDU LALU
Tak perlu turun dari kenderaan! Hanya pandu terus ke kaunter Farmasi Pandu Lalu untuk proses pengambilan ubat yang lebih cepat dan mudah.

✨ Kami sentiasa komited menyediakan perkhidmatan farmasi yang lebih mesra, mudah dan berfokuskan keperluan pesakit.

📌 Nak tahu perkhidmatan yang paling sesuai untuk anda?
Jom dapatkan maklumat di Kaunter Farmasi Pesakit Luar, HRPZ II.

💙 FARMASI HRPZ II

💊📱 MYUBAT – MUDAHKAN URUSAN PENGAMBILAN UBAT ANDA! 🚗📦Tak perlu lagi beratur lama atau menunggu di farmasi. Dengan aplika...
13/08/2026

💊📱 MYUBAT – MUDAHKAN URUSAN PENGAMBILAN UBAT ANDA! 🚗📦

Tak perlu lagi beratur lama atau menunggu di farmasi. Dengan aplikasi MyUBAT, anda kini mempunyai pilihan yang lebih mudah dan fleksibel untuk mendapatkan bekalan ubat melalui:

📦 A. UBAT MELALUI POS (UMP)
Ubat dihantar terus ke alamat anda — mudah, selesa dan menjimatkan masa.

🚗 B. FARMASI PARK & TAKE (P&T)
Buat permohonan melalui MyUBAT dan ambil ubat di kaunter Park & Take HRPZ II tanpa perlu menunggu lama.

✨ Dengan MyUBAT, anda boleh:
✅ Membuat permohonan perkhidmatan secara dalam talian
✅ Memuat naik preskripsi dengan mudah
✅ Menyemak status permohonan
✅ Mengetahui status penghantaran & tracking number bagi UMP
✅ Mendapatkan ubat dengan lebih mudah dan teratur

📲 Muat turun aplikasi MyUBAT sekarang!
👉 Imbas QR Code pada poster untuk mendapatkan aplikasi.

💚 Satu aplikasi, dua pilihan — Ubat Melalui Pos atau Park & Take.
MyUBAT, lebih mudah • lebih cepat • lebih menjimatkan masa!

📞 Sebarang pertanyaan:
Farmasi Pesakit Luar
Hospital Raja Perempuan Zainab II
09-745 2000 / sambungan 4029

📦💊 UBAT SAMPAI TERUS KE PINTU RUMAH ANDA!Tak perlu lagi berulang ke farmasi untuk mengambil ubat. 🏠✨Dengan perkhidmatan ...
13/08/2026

📦💊 UBAT SAMPAI TERUS KE PINTU RUMAH ANDA!

Tak perlu lagi berulang ke farmasi untuk mengambil ubat. 🏠✨

Dengan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) melalui aplikasi MyUBAT, urusan pengambilan ubat kini lebih mudah, fleksibel dan menjimatkan masa.

📱 Cara memohon Ubat Melalui Pos (UMP):
1️⃣ Buka aplikasi MyUBAT & klik “Ubat Melalui Pos (UMP)”
2️⃣ Klik “Mohon Perkhidmatan”
3️⃣ Lengkapkan maklumat, muat naik preskripsi, masukkan alamat pesakit dan buat persetujuan bayaran
4️⃣ Tunggu pengesahan pihak Farmasi (1–3 hari bekerja)
5️⃣ Semak status permohonan dan tarikh pos ubat
6️⃣ Apabila ubat dipos, nombor tracking akan dipaparkan untuk semakan
7️⃣ Terima ubat daripada kurier dan klik “Sah Terima Ubat” dalam aplikasi

📲 Muat turun aplikasi MyUBAT sekarang!
Imbas QR Code pada poster untuk mendapatkan aplikasi.

💙 MyUBAT — Mudahkan urusan pengambilan ubat anda, di mana sahaja anda berada.

📞 Sebarang pertanyaan:
Farmasi Pesakit Luar, Hospital Raja Perempuan Zainab II
09-745 2000 / sambungan 4029

💊🚗 TAK PERLU LAGI MENUNGGU LAMA DI FARMASI!Kini pengambilan ubat di Farmasi Park & Take (P&T) HRPZ II menjadi lebih muda...
13/08/2026

💊🚗 TAK PERLU LAGI MENUNGGU LAMA DI FARMASI!

Kini pengambilan ubat di Farmasi Park & Take (P&T) HRPZ II menjadi lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa dengan aplikasi MyUBAT! 📱✨

Dengan MyUBAT, anda boleh:
✅ Merancang pengambilan ubat dengan lebih mudah
✅ Membuat permohonan perkhidmatan secara dalam talian
✅ Memilih lokasi Park & Take HRPZ II
✅ Mengetahui status penyediaan ubat
✅ Mengambil ubat di kaunter Park & Take tanpa perlu menunggu lama

📲 Cara mudah menggunakan MyUBAT:
1️⃣ Buka aplikasi MyUBAT dan klik “Pandu Lalu/Parkir & Ambil”
2️⃣ Klik “Mohon Perkhidmatan”
3️⃣ Isi maklumat, tarikh temu janji dan muat naik gambar preskripsi
4️⃣ Tunggu pengesahan pihak farmasi (1–3 hari bekerja)
5️⃣ Semak status sehingga tertera “Ubat telah bersedia”
6️⃣ Ambil ubat di kaunter Park & Take dan klik “Sah terima Ubat”
7️⃣ Selesai! 🎉

📍 Farmasi Pesakit Luar, Hospital Raja Perempuan Zainab II

📞 Sebarang pertanyaan:
09-745 2000 / sambungan 4029

💚 MyUBAT — Mudahkan urusan pengambilan ubat anda.
🚗💊 Mohon. Tunggu. Pandu & Ambil!

13/08/2026

📲 JOM GUNA MYUBAT!
Tak perlu beratur lama untuk ambil ubat! 💊✨
Tahukah anda? Dengan MyUBAT, urusan pengambilan ubat anda boleh jadi lebih mudah, cepat & teratur. 🙌

Jom belajar cara menggunakan aplikasi MyUBAT Farmasi HRPZII untuk mendapatkan bekalan ubat melalui:
📮 Ubat Melalui Pos (UMP)
🚗 Drive Thru / Park & Take
🔐 Locker 4U

📱 Dalam video ini, kami tunjukkan cara menggunakan aplikasi MyUBAT dari A hingga Z — daripada membuat permohonan sehingga memilih perkhidmatan pengambilan ubat yang sesuai.

Tonton sampai habis & simpan video ini untuk rujukan! ❤️

06/07/2026

🚨FARMASI MUTIARA HRPZII KINI BUKA 24JAM! 🔥
🗓️ Bermula 5 Julai 2026

☀️ 8AM – 5PM
Pembekalan Ubat kepada pesakit dari:
🏥 Klinik Pakar Pembedahan SOPD
👂Klinik Pakar ORL/ENT
🤱Discaj O&G

🌙 SELEPAS WAKTU PEJABAT
Pembekalan ubat kepada kes
🚑 Jabatan Kecemasan
🛏️ Discaj Wad

💙 Siang ada, malam pun ada!

Farmasi Mutiara — sentiasa bersedia untuk anda! 💊✨

Address

Jabatan Farmasi, Hospital Raja Perempuan Zainab II
Kota Bharu
15586

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Farmasi HRPZ II - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share