Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

Call Directions Website

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Laman Facebook Rasmi Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

KOTA KINABALU: Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) hari ini, melancarkan Bulan Kebajikan dan Forum Jaringan Perk...
10/11/2026

KOTA KINABALU: Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) hari ini, melancarkan Bulan Kebajikan dan Forum Jaringan Perkhidmatan Sosial 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Bertemakan “Memperkasakan Kebajikan Inklusif ke Arah Kesejahteraan Masyarakat”, inisiatif ini menetapkan bulan November sebagai bulan tumpuan bagi aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki menegaskan komitmen kerajaan untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, dan komuniti bagi memastikan sokongan yang saksama untuk semua lapisan masyarakat.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut menyentuh tentang keperluan untuk mempersiapkan masyarakat sivil bagi mendepani populasi menua di Sabah, yang merangkumi penelitian terhadap Dasar Warga Emas Negara dan inisiatif “Bandar Raya Mesra Warga Emas” oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Melalui forum ini serta perbincangannya, kementerian juga berharap dapat memperluas peranan NGO sebagai rakan strategik bersama Polis DiRaja Malaysia untuk membanteras jenayah komersial dan penipuan dalam talian,” kata beliau.

Selain itu, peningkatan penyampaian perkhidmatan profesional dengan menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam operasi NGO boleh menambah baik kecekapan pelaporan dan seterusnya, meningkatkan kepercayaan pendana.

“Ini juga selari dengan peralihan kepada pendekatan program berasaskan bukti bagi menjamin kelestarian kewangan NGO,” tambah beliau.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri, menekankan bahawa NGO merupakan rakan strategik yang amat penting dalam mengisi jurang perkhidmatan, terutamanya bagi komuniti yang sukar dicapai.

Beliau menggesa pertubuhan-pertubuhan sukarela untuk memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan sukarelawan, dan menggunakan teknologi inovatif bagi penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan mampan.

Seramai 230 peserta dari pelbagai NGO telah menghadiri forum tersebut. Organisasi ahli MPMS dan rakan strategik juga mengadakan gerai pameran.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri, Datuk Rina Jainal; Setiausaha Tetap, Datuk Maria Chong; dan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Jason Juga.

Majlis ini dianjurkan oleh MPMS dengan sokongan daripada Universiti Malaysia Sabah.

10/11/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABASSetinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain atas pelant...
10/11/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, berkuat kuasa pada 10 November 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang cemerlang dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kebajikan, memperkasa kesejahteraan sosial serta meningkatkan komitmen JKM dalam membantu golongan yang memerlukan.

Diharapkan agar di bawah kepimpinan YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, JKM terus melangkah maju sebagai peneraju perkhidmatan kebajikan yang prihatin, responsif dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga terus cemerlang dalam menerajui agenda kebajikan negara.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

LAWATAN RASMI KE GENTING DEMENTIA CARE CENTRE, KUALA LUMPURMengiringi Yang Berhormat Mulia (YBM) Datuk Julita Majungki, ...
05/11/2026

LAWATAN RASMI KE GENTING DEMENTIA CARE CENTRE, KUALA LUMPUR

Mengiringi Yang Berhormat Mulia (YBM) Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, dalam satu lawatan rasmi ke Genting Dementia Care Centre, Kuala Lumpur.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pendekatan, kemudahan serta kaedah penjagaan dan pengurusan warga emas yang menghidap demensia.

Lawatan ini juga menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kebajikan, khususnya berkaitan penjagaan warga emas di Sabah.

Komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan warga emas sentiasa menjadi keutamaan.

JPKAS – Prihatin, Berintegriti dan Profesional.

PROGRAM HARI KOMUNITI BERSAMA JPKA SABAH DAERAH KUNAKKUNAK, 26 OKTOBER 2026 – Program Hari Komuniti Bersama JPKA Sabah D...
26/10/2026

PROGRAM HARI KOMUNITI BERSAMA JPKA SABAH DAERAH KUNAK

KUNAK, 26 OKTOBER 2026 – Program Hari Komuniti Bersama JPKA Sabah Daerah Kunak telah diadakan di Dewan Arena Belia Kunak bermula jam 7.00 pagi.

Program ini turut merangkumi aktiviti Ziarah Kasih bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pegawai Polis Daerah Kunak.

Inisiatif ini bertujuan mendekati masyarakat, menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak polis dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus memupuk semangat kebersamaan, keprihatinan dan kerjasama erat antara agensi dengan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.





ZIARAH KASIH KE PULAU OMADAL DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTAR...
25/10/2026

ZIARAH KASIH KE PULAU OMADAL DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA NEGERI SABAH 2026

SEMPORNA, 24–25 OKTOBER 2026 – Program Ziarah Kasih ke Pulau Omadal, Semporna telah diadakan sebagai usaha menyantuni masyarakat setempat serta memperkukuh hubungan silaturahim dan keprihatinan terhadap kebajikan komuniti.
Program diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutupan Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Dewan Arena Masyarakat, Semporna, Sabah.

Pelaksanaan latihan amal dan simulasi ini
bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh koordinasi antara agensi serta memantapkan pengurusan pusat pemindahan sementara dalam menghadapi situasi bencana.
Melalui program ini, semua pihak yang terlibat dapat meningkatkan kerjasama, memahami peranan masing-masing dan memastikan bantuan serta perkhidmatan kebajikan dapat disampaikan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan kepada mangsa bencana.

Semoga usaha ini terus memperkukuh komitmen semua pihak dalam memastikan kebajikan dan keselamatan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya ketika berhadapan dengan situasi kecemasan dan bencana.





MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN SUKARELAWAN PERSATUAN SUKARELAWAN SABAH (SAVE)TAWAU, 24 OKTOBER 2026 – Majlis Penutupan...
24/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN SUKARELAWAN PERSATUAN SUKARELAWAN SABAH (SAVE)

TAWAU, 24 OKTOBER 2026 – Majlis Penutupan Program Latihan Sukarelawan anjuran Persatuan Sukarelawan Sabah (SAVE) telah berlangsung di Rumah Warga Tua Air Panas, Tawau.

Majlis ini merupakan kemuncak kepada pelaksanaan program latihan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan para sukarelawan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab membantu masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan.
Presiden Persatuan Sukarelawan Sabah (SAVE), Encik Laurence Chong, turut menjadi antara individu penting dalam menjayakan usaha memperkukuh peranan sukarelawan sebagai penggerak khidmat masyarakat.
Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan sukarelawan yang lebih berkemahiran, berdisiplin dan komited dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, sekali gus memupuk semangat keprihatinan, kerjasama dan kesukarelawanan.

Semoga usaha murni ini terus diperkasakan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan komuniti di Sabah.

Sukarelawan Prihatin, Masyarakat Sejahtera.

21/10/2026

🎙️ *PODCAST: TASKA BERDAFTAR, ANAK LEBIH TERJAGA!* 👶🏻✨

Tahukah anda bahawa pendaftaran TASKA merupakan salah satu aspek penting dalam memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di bawah jagaan pengasuh?

Jom ikuti podcast khas anjuran *Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah* dengan kerjasama *Agensi Latihan Kursus PERMATA Sabah* bagi membincangkan kepentingan TASKA berdaftar serta usaha memastikan persekitaran pengasuhan yang lebih selamat dan berkualiti untuk anak-anak kita. ❤️

🎤 *Tetamu Khas:* Tuan Jais Asri
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

🎙️ *Hos:* Puan Lisa Christie Dominic

đź“… *Tarikh:* 28 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ *Masa:* 10.00 pagi
📱 *Platform:* TikTok & Facebook Rasmi
🔎 *Carian akaun:* BKK DAN PKM JPKAS

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat dan kesedaran mengenai kepentingan TASKA berdaftar demi keselamatan serta masa depan anak-anak kita.

📢 *Sebarkan hebahan ini kepada ibu bapa, pengusaha TASKA, pengasuh dan semua yang prihatin terhad

TASKA BERDAFTAR, ANAK LEBIH TERJAGAPemilihan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar merupakan langkah penting d...
20/10/2026

TASKA BERDAFTAR, ANAK LEBIH TERJAGA

Pemilihan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar merupakan langkah penting dalam memastikan keselamatan, kebajikan dan perkembangan anak-anak sentiasa terpelihara.

TASKA berdaftar tertakluk kepada peraturan dan standard yang ditetapkan bagi memastikan pengasuhan kanak-kanak dilaksanakan dalam persekitaran yang selamat, bersih dan kondusif. Pengasuh juga memainkan peranan penting dalam memberikan perhatian, kasih sayang serta rangsangan awal bagi membantu perkembangan fizikal, emosi, sosial dan mental kanak-kanak.

Ibu bapa disarankan agar sentiasa menyemak status pendaftaran TASKA sebelum membuat pilihan. Jangan hanya menilai berdasarkan lokasi atau bayaran, sebaliknya utamakan aspek keselamatan, kebersihan, kelayakan pengasuh dan kualiti penjagaan.

Anak-anak adalah amanah dan masa depan kita. Pilih TASKA berdaftar demi ketenangan ibu bapa dan kesejahteraan anak-anak.

TASKA BERDAFTAR, ANAK LEBIH TERJAGA!

Address

Wisma Muis Blok B Tingkat 8
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088255133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share