25/10/2026
KARNIVAL GEK (GIG, EKONOMI & KERJAYA) ESS ZON 2026, PERINGKAT NEGERI SABAH.
Karnival GEKyang berlangsung pada 24 Oktober 2026 telah berjaya menghimpunkan lebih 1,000 peserta. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Nizam bin DSP Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) turut mengambil bahagian dalam program ini. Pelbagai aktiviti seperti pameran dan siaran langsung melalui tiktok telah diadakan. Perkongsian maklumat menerusi Forum Sesi 2: “Pekerja Gig – Perlindungan dan Peluang”, juga turut diadakan bagi menjelaskan aspek perlindungan serta peluang dalam sektor pekerjaan gig.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada KESUMA yang telah memberi kepercayaan kepada JTK Sabah sebagai penyelaras program ini. Terima kasih juga kepada semua agensi terlibat serta para peserta atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program yang telah dianjurkan.