Polis Daerah Kota Kinabalu

Call Directions Website

Polis Daerah Kota Kinabalu Halaman Rasmi Polis Daerah Kota Kinabalu. Menyampaikan info keselamatan, hebahan semasa & khidmat komuniti.

Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia, IPD Kota Kinabalu. This is an Official Facebook of Royal Malaysian Police, Kota Kinabalu District. Sebarang maklumat jenayah hendaklah disalurkan kepada balai polis terdekat atau di talian Hotline Kota Kinabalu 088-221191.

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐏𝐋 𝟏𝟖𝟕𝟎𝟕𝟏 𝐉𝐄𝐑𝐑𝐘 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐀𝐋, 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐆𝐀𝐘𝐀Ketua Polis Daerah Kota ...
01/11/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐏𝐋 𝟏𝟖𝟕𝟎𝟕𝟏 𝐉𝐄𝐑𝐑𝐘 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐀𝐋, 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐆𝐀𝐘𝐀

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, YDH ACP Shahrudin bin Mat Husain, bersama Timbalan Ketua Polis Daerah, YDH SUPT Syed Lot bin Syed Ab Rahman, serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu merakamkan ucapan takziah dan setinggi-tinggi dukacita atas pemergian mendiang KPL 187071 Jerry anak Mual, anggota yang berkhidmat di Balai Polis Pulau Gaya.

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat keluarga serta seluruh warga pasukan. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Jasa dan khidmat bakti mendiang akan sentiasa dikenang.

29/10/2026
29/10/2026
28/10/2026

📞 WASPADA SPOOFING CALL!

Nombor yang kelihatan rasmi belum tentu benar. Scammer boleh menyamar sebagai pihak berkuasa, bank atau agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat peribadi dan wang anda.

⚠️ Kekal tenang. Hentikan panggilan. Jangan terpedaya.

🔒 Amalkan 3S: SOAL. SEKAT. SEBAR.

📕 Jika menjadi mangsa, segera hubungi bank, NSRC 997 dan buat laporan polis.

𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐔𝐋𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀Kota Kinabalu, 27 Oktober 2026 (Selasa) – Ibu Pejabat Polis D...
27/10/2026

𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐔𝐋𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Kota Kinabalu, 27 Oktober 2026 (Selasa) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah menerima kunjungan daripada delegasi Cult Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Wences Angang, Penaung Kehormat Cult Malaysia, bersama beberapa wakil organisasi ini.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh YDH SUPT Syed Lot bin Syed Ab Rahman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. Turut hadir ialah DSP Suriawati binti Shukri, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, bersama DSP Khazrul Shah bin Annuar Ahmad, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Kinabalu.

Kunjungan ini dibuat khusus bagi memohon kerjasama serta bantuan pihak IPD Kota Kinabalu dari aspek keselamatan sepanjang penganjuran program BIGSABAH Sale 2026 berlangsung.

Pihak IPD Kota Kinabalu menyambut baik permohonan tersebut dan komited untuk memberikan kerjasama sewajarnya demi kelancaran serta keselamatan program yang melibatkan orang ramai.

"Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada."

, Polis Sabah

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88988

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services