AADK Daerah Lipis

Call Directions

AADK Daerah Lipis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Lipis, Government Organization, No. 18, 19 dan 20, Tingkat 4, Bangunan Lipis Centrepoint, Kuala Lipis.

23/10/2026

"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.”
- Surah Az-Zumar, ayat 53

Setiap insan mempunyai kisah silam dan pernah melakukan kesilapan. Namun, masa lalu bukanlah penentu masa depan. Selagi masih ada kemahuan untuk berubah, sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih baik.

Jangan biarkan kesilapan semalam memadamkan harapan hari ini. Bangkitlah, teruskan langkah dan berusahalah menjadi insan yang lebih baik. Perjalanan perubahan mungkin tidak mudah, tetapi setiap usaha yang dilakukan dengan kesungguhan adalah langkah menuju masa depan yang lebih bermakna.

AADK sentiasa komited membuka ruang dan memberi sokongan kepada individu yang ingin berubah, pulih dan kembali menjalani kehidupan yang sihat serta sejahtera.

Ingatlah, anda bukan ditentukan oleh masa lalu, tetapi oleh keberanian untuk berubah hari ini. Jangan berputus asa. Teruskan melangkah!

23/10/2026

Pernah terfikir tak kenapa ada orang kalau bercakap sejuk je telinga mendengar, tapi ada yang sekali cakap terus terasa sampai ke hati?

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, seorang ulama dan cendekiawan Islam terkemuka, pernah berpesan bahawa "Lidah seseorang dapat menggambarkan bagaimanakah hatinya."

Jika hati seseorang penuh dengan kasih sayang dan empati, maka yang keluar dari mulutnya adalah doa serta kata-kata yang membina. Namun, jika hatinya dibelenggu emosi negatif, yang keluar hanyalah celaan dan sindiran.

Dalam usaha kita membina persekitaran yang sihat dan bebas daripada pengaruh negatif, kesedaran ini sangat penting. Jom kita sama-sama refleksi diri dengan apa yang sering kita bicarakan. Kerana di situlah letaknya kualiti hati dan jati diri kita yang sebenar! ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



23/10/2026

JANGAN LEPASKAN! KENALI PROGRAM TVET DI AADK BERSAMA RADIO KLASIK RTM

Ayuh ikuti perkongsian menarik mengenai “PROGRAM TVET DI AADK” menerusi Radio Klasik RTM bersama Puan Clarice Francis, Penolong Pengarah (Kerjaya dan Vokasional), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Perkongsian ini akan mengetengahkan peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memperkasakan kemahiran, meningkatkan potensi diri serta membuka peluang kepada klien AADK untuk membina kehidupan yang lebih produktif dan berdikari.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AADK dalam memperkukuh aspek rawatan dan pemulihan melalui pembangunan kemahiran sebagai persediaan kepada klien untuk kembali berfungsi dalam masyarakat.

📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
🕥 Masa: 10.45 pagi
📻 Siaran: Radio Klasik RTM

Dengarkan menerusi:
🌐 radioklasik.rtm.gov.my
🌐 rtmklik.rtm.gov.my

Jangan lupa dengarkan perkongsian ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pelaksanaan Program TVET di AADK!

23/10/2026
CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KOYANTARIKH :  22 OKTOBER 2026 (KHAMIS)TEMPAT : SEKOLAH KEBANG...
23/10/2026

CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KOYAN
TARIKH : 22 OKTOBER 2026 (KHAMIS)
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KOYAN
Unit Pencegahan AADK Daerah Lipis telah dijemput untuk mengadakan ceramah dan pameran antidadah pada Khamis, 22 Oktober 2026. Seramai 185 orang pelajar telah terlibat dalam program ini.
Sesi ceramah antidadah telah disampaikan oleh En Zul Aidiel Bin Zulkifli. Pameran antidadah turut diadakan untuk memberi peluang kepada para pelajar melihat sendiri jenis dan kesan dadah terhadap kesihatan.
AADK Daerah Lipis ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah buat SK Kuala Koyan di atas jemputan dan penganjuran program yang bermanfaat seumpama ini.
✅ Memperkenalkan & mempromosikan perkhidmatan AADK kepada pelajar sekolah.
✅ Memberi info terkini tentang bahaya penyalahgunaan dadah & bahan secara bersemuka, dan menjawab segala persoalan yang berkaitan secara terus.
✅ Menunjukkan komitmen AADK dalam mencegah & membasmi penyalahgunaan dadah ke arah Dadah Terkawal 2030.
____________________________________
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.
📞 HOTLINE AADK:
1-800-22-2235 / 019-626 2233
🌐 icari.aadk.gov.my
🌐 aadk.gov.my





CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDSTARIKH :  19 OKTOBER 2026 (ISNIN)TEMPAT ...
20/10/2026

CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS
TARIKH : 19 OKTOBER 2026 (ISNIN)
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS
Unit Pencegahan AADK Daerah Lipis telah dijemput untuk mengadakan ceramah dan pameran antidadah pada Isnin, 19 Oktober 2026. Seramai 156 orang pelajar telah terlibat dalam program ini.
Sesi ceramah antidadah telah disampaikan oleh Pn. Nor Fatihah binti Noor Mohd Khan. Pameran antidadah turut diadakan untuk memberi peluang kepada para pelajar melihat sendiri jenis dan kesan dadah terhadap kesihatan.
AADK Daerah Lipis ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah buat SK Brinchang di atas jemputan dan penganjuran program yang bermanfaat seumpama ini.
✅ Memperkenalkan & mempromosikan perkhidmatan AADK kepada pelajar sekolah.
✅ Memberi info terkini tentang bahaya penyalahgunaan dadah & bahan secara bersemuka, dan menjawab segala persoalan yang berkaitan secara terus.
✅ Menunjukkan komitmen AADK dalam mencegah & membasmi penyalahgunaan dadah ke arah Dadah Terkawal 2030.
____________________________________
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.
📞 HOTLINE AADK:
1-800-22-2235 / 019-626 2233
🌐 icari.aadk.gov.my
🌐 aadk.gov.my





OPERASI SEKATAN JALAN RAYA BIL. 4/2026 BERSAMA JPJ STESEN TIMBANG BENTAPada 15 Oktober 2026, telah berlangsung Operasi S...
16/10/2026

OPERASI SEKATAN JALAN RAYA BIL. 4/2026 BERSAMA JPJ STESEN TIMBANG BENTA

Pada 15 Oktober 2026, telah berlangsung Operasi Sekatan Jalan Raya Bil. 4/2026 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Stesen Timbang Benta.

Operasi ini melibatkan seramai 16 orang anggota, terdiri daripada 11 orang anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan 5 orang anggota JPJ.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 30 orang pengguna jalan raya yang terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan telah menjalani saringan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang serta meningkatkan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pengguna jalan raya.

Operasi seumpama ini merupakan usaha berterusan melalui kerjasama strategik antara pihak AADK dan JPJ dalam memperkukuh penguatkuasaan, meningkatkan kesedaran masyarakat serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya.

AADK Komited Membanteras Dadah Demi Kesejahteraan Negara.

__________________________________________

Untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat, atau aduan, hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233, atau layari adk.gov.my untuk maklumat lanjut.



PROGRAM UJIAN SARINGAN AIR KENCING JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS Tarikh : 12 Oktober 2026 (I...
14/10/2026

PROGRAM UJIAN SARINGAN AIR KENCING JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS
Tarikh : 12 Oktober 2026 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Brinchang, Cameron Highlands
Aktiviti : Ujian Saringan Air Kencing
Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Lipis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Brinchang atas jemputan untuk menjayakan program ini . Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membuat saringan awal bagi mencegah individu daripada terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah khususnya di tempat kerja . Diharapkan mesej berkaitan dadah yang disampaikan dan ujian saringan air kencing yang telah dilaksanakan dapat memberi sedikit sebanyak penerangan tentang bahayanya penyalahgunaan dadah .
________________________________________________
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.



14/10/2026

Tahukah anda bahawa secara saintifiknya, bahagian hadapan otak manusia yang dikenali sebagai Korteks Prefrontal iaitu pusat kawalan logik, penilaian risiko dan pertimbangan moral hanya akan matang sepenuhnya pada usia 25 tahun? Bagi lelaki, proses ini seringkali lebih perlahan berbanding wanita.

Ini bermakna, sebelum usia 25 tahun, kita sebenarnya sedang memandu sebuah "kenderaan berkuasa tinggi" tanpa sistem brek yang sempurna. Kita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi, tekanan rakan sebaya, dan budaya FOMO yang menjanjikan keseronokan sementara.

Namun, biologi bukanlah alasan untuk menjadi tidak bertanggungjawab. Apabila kita memilih untuk mencuba perkara yang membinasakan sebelum "sistem brek" otak kita matang, kita sebenarnya sedang melakukan perjudian paling besar terhadap masa depan sendiri. Jangan biarkan keputusan melulu yang dibuat oleh otak yang belum matang merosakkan impian yang sepatutnya dibina seumur hidup.

Sebab itu penting untuk cakna dan berpegang pada prinsip. Ilmu dan bimbingan adalah "brek tambahan" yang kita perlukan sebelum fungsi biologi anda matang sepenuhnya. Jangan sombong dengan akal yang masih hijau.

Jika otak kita sendiri belum cukup matang untuk menilai risiko, adakah kita cukup bijak untuk menanggung beban penyesalan yang bakal menghantui anda kita sepanjang hayat?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

No. 18, 19 Dan 20, Tingkat 4, Bangunan Lipis Centrepoint
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093122953

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share