Polis Daerah Lipis

Call Directions Contact the organization

Polis Daerah Lipis Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Daerah Lipis. Sebarang maklumat jenayah hendaklah disalurkan

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERANGI AEDES DI BALAI POLIS PENJOMLIPIS, 30 OKTOBER 2026 – IPD Lipis telah menganjurkan Program G...
30/10/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERANGI AEDES DI BALAI POLIS PENJOM

LIPIS, 30 OKTOBER 2026 – IPD Lipis telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perangi Aedes bertempat di kawasan Balai Polis Penjom pada pagi ini.

Program yang berlangsung dari jam 7.47 pagi hingga 10.00 pagi itu diketuai oleh ASP Mohd Asari bin Sepie, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis dan melibatkan seramai 53 orang warga kerja PDRM yang terdiri daripada lapan Pegawai Kanan Polis, 41 Pegawai Rendah Polis serta empat Pegawai Awam.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja IPD Lipis serta penghuni Berek Polis Penjom mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko pembiakan nyamuk Aedes serta penularan demam denggi.

Pelaksanaan aktiviti gotong-royong secara berkumpulan melibatkan pembersihan kawasan persekitaran balai dan berek polis bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, teratur serta bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen IPD Lipis dalam membudayakan amalan kebersihan dan memperkukuh kesedaran warga kerja terhadap kepentingan menjaga kesihatan serta kesejahteraan persekitaran.

27/10/2026
PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARAIPD LIPIS | 26 Oktober 2026 – YDH Supt. Ismail Bi...
26/10/2026

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA

IPD LIPIS | 26 Oktober 2026 – YDH Supt. Ismail Bin Man, Ketua Polis Daerah, hadir di Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis bertempat di Dewan Kelab Polis IPD Lipis .

Aturcara yang dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Insp. Ahmad Abdul Muiz Bin Abd Karim, Pegawai Bertugas.

Pelaksanaan yang diadakan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan taat setia kepada negara pada setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memajukan negara selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara.

Turut hadir Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Lipis.





KARNIVAL CELIK TENAGA 2026 DAN LIPIS TAK SUNYI MERIAHKAN DAERAH LIPISLIPIS, 24 OKTOBER 2026 – Program Karnival Celik Ten...
24/10/2026

KARNIVAL CELIK TENAGA 2026 DAN LIPIS TAK SUNYI MERIAHKAN DAERAH LIPIS

LIPIS, 24 OKTOBER 2026 – Program Karnival Celik Tenaga 2026 dan Lipis Tak Sunyi telah berlangsung meriah di Arena Dewan Jubli Perak, Lipis, pada Sabtu, bermula jam 7.00 pagi, dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta serta masyarakat setempat.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kecekapan penggunaan tenaga, pemuliharaan sumber air serta inisiatif peralihan tenaga dan transformasi air di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Majlis berkenaan turut dihadiri YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air merangkap Ahli Parlimen Lipis; YB Dato’ Mustapa bin Haji Long, ADUN Padang Tengku; YH Dato’ Haji Abu Jimi bin Samat, Ahli Majlis Daerah Lipis; serta YDH Supt. Ismail bin Man, Ketua Polis Daerah Lipis.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program, antaranya Walk for Hope, bicara dan ceramah kesedaran kanser, aktiviti interaktif bersama komuniti, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan dan swasta, ceramah kesedaran tenaga, persembahan pentas serta cabutan bertuah.

Program turut diserikan dengan penyertaan konvoi Celik Tenaga yang melibatkan 21 buah motosikal, diketuai oleh YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad dari Pejabat Parlimen Lipis ke tapak program.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis turut melaksanakan penugasan keselamatan dan ketenteraman awam serta kawalan lalu lintas bagi memastikan kelancaran perjalanan program.

Penglibatan PDRM dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan dalam menyokong program kemasyarakatan serta memperkukuh hubungan antara polis dengan masyarakat.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.


KPD LIPIS SEMPURNAKAN MAJLIS INSPIRASI GEMILANG, GENERASI CEMERLANG DAN PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI TINGKATAN 5 SMK BENTA...
23/10/2026

KPD LIPIS SEMPURNAKAN MAJLIS INSPIRASI GEMILANG, GENERASI CEMERLANG DAN PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI TINGKATAN 5 SMK BENTA TAHUN 2026

LIPIS, 22 OKTOBER 2026 – Ketua Polis Daerah Lipis, YDH Supt. Ismail bin Man telah hadir menyempurnakan Majlis Inspirasi Gemilang, Generasi Cemerlang dan Penyampaian Sijil Graduasi Tingkatan 5 SMK Benta Tahun 2026 yang berlangsung pada jam 7.30 malam tadi di Dewan SMK Benta, Lipis.

Majlis tersebut bertujuan meraikan seramai 57 orang pelajar Tingkatan 5 sebagai penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka sepanjang tempoh persekolahan.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para graduan agar menjauhi gejala buli, keganasan, dadah, gangsterisme, perjudian dan pengaruh negatif, selain menggunakan media sosial secara berhemah serta bertanggungjawab.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuh hubungan kepolisan komuniti bersama pihak sekolah, guru, ibu bapa dan generasi muda, khususnya dalam aspek pencegahan jenayah serta pembentukan sahsiah pelajar.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH LIPIS KE ATAS PEGAWAI RENDAH POLIS IPD LIPISLIPIS, 22 OKTOBER 2026 – Ketua Polis Da...
22/10/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH LIPIS KE ATAS PEGAWAI RENDAH POLIS IPD LIPIS

LIPIS, 22 OKTOBER 2026 – Ketua Polis Daerah Lipis, YDH Supt. Ismail bin Man bersama Pengerusi PERKEP Daerah Lipis, YBhg. Puan Masyuantey binti Mohamad telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Sarjan Mejar Zuraini binti Abu Bakar yang kini sedang menjalani cuti sakit di kediamannya di Benta, Lipis.

Sarjan Mejar Zuraini yang bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Lipis sedang mendapatkan rawatan berkaitan masalah kesihatan tiroid dan difahamkan telah menunjukkan perkembangan kesihatan yang semakin baik.

Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan berterusan pihak pengurusan IPD Lipis serta PERKEP terhadap kebajikan warga pasukan, khususnya mereka yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

Semoga beliau dikurniakan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

PEMERIKSAAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM 2026 PERINGKAT ZON TIMUR DI BALAI POLIS PADANG TENGKUPADANG TENGK...
21/10/2026

PEMERIKSAAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM 2026 PERINGKAT ZON TIMUR DI BALAI POLIS PADANG TENGKU

PADANG TENGKU, 21 OKTOBER 2026 – Balai Polis Padang Tengku, Lipis telah menerima lawatan pemeriksaan sempena Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM 2026 Peringkat Zon Timur pada kali ini.

Pemeriksaan tersebut diketuai oleh YDH ACP Hussin bin Zamora, Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Panel Pemeriksa, bersama tiga orang ahli panel pemeriksa.

Hadir sama ialah YDH Supt Ismail bin Man, Ketua Polis Daerah Lipis, YDH ASP Mohd Asari bin Sepie, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, ketua-ketua bahagian, pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta pegawai awam IPD Lipis.

Balai Polis Padang Tengku yang dicalonkan dalam Kategori C bagi anugerah tersebut telah menjalani pemeriksaan meliputi aspek pentadbiran dan pengurusan perumahan, kebersihan serta kekemasan kawasan, landskap, kemudahan kediaman dan hubungan dengan penduduk setempat.

Ketua Polis Balai Padang Tengku, SM Jeffry bin Mat Idin selaku pengerusi Persatuan Perumahan Polis Padang Tengku telah menyampaikan taklimat berkenaan pengurusan dan pentadbiran perumahan kepada Panel Pemeriksa.

Pelaksanaan pemeriksaan ini mencerminkan komitmen PDRM dalam memastikan persekitaran perumahan polis sentiasa terurus, bersih, selesa dan kondusif demi kebajikan serta kesejahteraan warga pasukan.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.



PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LIPISKUALA LIPIS, 20 OKTOBER 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD...
20/10/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LIPIS

KUALA LIPIS, 20 OKTOBER 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2026 bertempat di Dewan Kelab Polis IPD Lipis.

Perhimpunan tersebut telah diketuai oleh Ketua Polis Daerah Lipis, YDH Supt. Ismail bin Man, bersama Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, YDH ASP Mohd Asari bin Sepie, serta dihadiri barisan Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Lipis. Seramai 96 orang warga IPD Lipis telah menghadiri perhimpunan tersebut.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami, bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Taat Setia PDRM. Seterusnya, YDH Ketua Polis Daerah Lipis menyampaikan teks ucapan YDH Dato’ Pemangku Ketua Polis Pahang.

Majlis turut menyaksikan penyampaian 30 surat penghargaan Ketua Polis Daerah Lipis kepada pegawai dan anggota serta pegawai awam yang telah menunjukkan prestasi dan sumbangan dalam pelaksanaan tugas. Selain itu, empat Pegawai Rendah Polis turut menerima pemakaian pangkat dan surat penghargaan kenaikan pangkat.

Perhimpunan bulanan ini merupakan platform penting untuk menyampaikan amanat kepimpinan, menghargai sumbangan warga kerja serta memperkukuh semangat berpasukan, disiplin dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARAIPD LIPIS | 19 Oktober 2026 – YDH Supt. Ismail Bi...
19/10/2026

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA

IPD LIPIS | 19 Oktober 2026 – YDH Supt. Ismail Bin Man, Ketua Polis Daerah, hadir di Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis bertempat di Dewan Kelab Polis IPD Lipis .

Aturcara yang dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Insp. Nurhafiz Bin Abd Razak, Pegawai Bertugas.

Pelaksanaan yang diadakan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan taat setia kepada negara pada setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memajukan negara selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara.

Turut hadir Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Lipis.





Address

Kuala Lipis
27200

Telephone

+6093122222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Lipis:

Shortcuts

Share