27/10/2026
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏
Majlis Daerah Padang Terap telah melaksanakan Operasi Penangkapan Anjing Liar/Tidak Bertuan sepanjang bulan September di beberapa lokasi sekitar Daerah Padang Terap.
Antara lokasi yang terlibat ialah:
📍 Kampung Tanjung Pedu
📍 Kampung Masjid Baru
📍 IKBN Naka
📍 Kampung Nami Lama
📍 Kampung Pisang
Sebanyak 3 ekor anjing liar telah ditangkap hasil operasi yang dijalankan.
Operasi ini merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan MDPT dalam menangani aduan berkaitan anjing liar, khususnya bagi:
• Mengurangkan risiko gangguan dan ancaman terhadap keselamatan penduduk
• Membantu mengawal risiko penularan penyakit termasuk Rabies
• Memastikan kawasan awam lebih selamat dan terkawal
MDPT merakamkan penghargaan kepada penduduk yang telah memberikan kerjasama serta menyalurkan maklumat berkaitan lokasi anjing liar.
Pemilik anjing juga diminta supaya lebih bertanggungjawab dengan memastikan haiwan peliharaan tidak dilepaskan berkeliaran tanpa kawalan.
Operasi dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan aduan serta maklumat yang diterima.
Sebarang aduan berkaitan anjing liar boleh disalurkan kepada:
Majlis Daerah Padang Terap
☎️ 04-78663228 / 04-7901200
📧 [email protected]