SK Tok Jiring

Directions Website Contact the organization

SK Tok Jiring education

💐🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆💐🌟 6 AHLI PANDU PUTERI TUNAS SK TOK JIRING RAIH ANUGERAH PERINGKAT KEBANGSAAN! 🌟Alhamdulillah, s...
06/11/2026

💐🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆💐

🌟 6 AHLI PANDU PUTERI TUNAS SK TOK JIRING RAIH ANUGERAH PERINGKAT KEBANGSAAN! 🌟

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat warga SK Tok Jiring (SKTJ) apabila seramai 6 orang ahli Pandu Puteri Tunas telah berjaya menerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2026 setelah berjaya menyempurnakan Cabaran Pandu Puteri Tunas 2026 Peringkat Kebangsaan.

📅 Tarikh: 4 – 6 November 2026
📍 Tempat: Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya

🏅 Pengiktirafan berprestij ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen, disiplin dan kesungguhan murid-murid dalam menyempurnakan cabaran yang ditetapkan.

✨ Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada murid yang terlibat, malah turut mengharumkan nama SK Tok Jiring di peringkat kebangsaan.

💐 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada keenam-enam penerima anugerah, guru-guru pemimpin Pandu Puteri Tunas serta semua pihak yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan menuju kejayaan ini.

1. AFIYA FARHA BINTI AZRUL AMRI
2. WAN NAZEEHATUL HUSNA BINTI WAN SIRAJUL FAHMI
3. NURSYARAFANA IRDINA BINTI MOHD ZAKRI
4. TENGKU NUR QAIREEN ZAHRA BINTI TENGKU ROSLAN
5. ALYA BATRISYIA BINTI KHAIRUL ANUAR
6. NURUL AZYYATI ZHAFIRA BINTI MOHD ROFE

Guru pengiring
RAJA SABARIAH BINTI RAJA ABDULLAH

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SKTJ untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

🌷 “Disiplin Membentuk Jati Diri, Usaha Membawa Kejayaan.”

💙💛 TJ’NiUS Sungguh Sokmo! 💛💙







🌟📚 KEM M-STARS: MENGGAPAI BINTANG 2026 📚🌟✨ MURID PEMULIHAN KHAS SK TOK JIRING TERUS MELANGKAH KE HADAPAN! ✨Alhamdulillah...
06/11/2026

🌟📚 KEM M-STARS: MENGGAPAI BINTANG 2026 📚🌟

✨ MURID PEMULIHAN KHAS SK TOK JIRING TERUS MELANGKAH KE HADAPAN! ✨

Alhamdulillah, seramai 3 orang murid Pemulihan Khas SK Tok Jiring (SKTJ) telah menyertai Kem M-STARS: Menggapai Bintang 2026 peringkat daerah Kuala Nerus.

📅 Tarikh: 3 – 4 November 2026
📍 Tempat: Pusat Pembelajaran Kuala Terengganu, Open University Malaysia (OUM)

🏫 Penyertaan:
✅ 12 buah sekolah daerah Kuala Nerus
✅ 100 orang murid Pemulihan Khas
✅ 8 stesen pembelajaran interaktif

🌈 Program ini memberi peluang kepada murid-murid Pemulihan Khas untuk meneroka pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti berasaskan permainan, kreativiti, komunikasi dan kemahiran asas.

🎯 Sebanyak 8 stesen pembelajaran telah dikendalikan oleh barisan fasilitator dalam kalangan Jurulatih Utama (JU) Pemulihan Khas, termasuk Cikgu Hayati binti Hamzah, Guru Pemulihan Khas SK Tok Jiring yang turut mengiringi tiga orang murid sekolah.

💡 Melalui aktiviti yang dirancang, murid-murid berpeluang meningkatkan keyakinan diri, kemahiran sosial, kerjasama serta motivasi untuk terus belajar dan mencuba.

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, SK Bukit Tumbuh dengan kerjasama Unit Pemulihan Khas PPD Kuala Nerus, barisan fasilitator serta semua pihak yang menjayakan program ini.

🌟 Tahniah kepada ketiga-tiga orang murid SKTJ atas penyertaan dan semangat yang ditunjukkan!

1. NUR DAMIA MIKAYLA BINTI MOHAMAD KHAIRUDDIN

2. NUR AISHA HUMAIRA BINTI MOHD HARIS FADILLAH

3. HARRAZ HAZIQ BIN MOHD HAPIZAN

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin untuk mereka terus berusaha, membina keyakinan dan menggapai kejayaan mengikut potensi masing-masing.

❤️ Setiap anak mempunyai potensi, setiap usaha membuka jalan menuju kejayaan.

🌟 TJ’NiUS Sungguh Sokmo! 🌟








🪔 MAKLUMAN CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI 🪔Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga bahawa SK Tok Jiring akan...
06/11/2026

🪔 MAKLUMAN CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI 🪔

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga bahawa SK Tok Jiring akan bercuti mulai:

📅 6 November 2026 (Jumaat) hingga 9 November 2026 (Isnin).

🏫 Sekolah dibuka semula pada 10 November 2026 (Selasa).

Selamat bercuti kepada seluruh warga TJNiUS dan selamat menyambut Hari Deepavali kepada mereka yang meraikannya. ✨

Manfaatkan masa bersama keluarga serta sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Jumpa kembali dengan semangat baharu! 🌷

TJNiUS Sungguh Sokmo




🏆🌟 TAHNIAH & SYABAS WARGA SK TOK JIRING! 🌟🏆✨ KECEMERLANGAN TJ’NiUS TERUS MENDAPAT PENGIKTIRAFAN! ✨Alhamdulillah, satu la...
06/11/2026

🏆🌟 TAHNIAH & SYABAS WARGA SK TOK JIRING! 🌟🏆

✨ KECEMERLANGAN TJ’NiUS TERUS MENDAPAT PENGIKTIRAFAN! ✨

Alhamdulillah, satu lagi detik membanggakan buat warga SK Tok Jiring apabila kejayaan dan pencapaian sekolah serta murid-murid turut mendapat pengiktirafan dalam Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus bagi Bulan Oktober 2026.

📅 Tarikh: 4 November 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Dewan Putra Asli, Pusat Transformasi Insan Orang Asli, JAKOA
🎯 Tema: Kurikulum Baharu, Aspirasi Bersama

🏅 ANTARA PENCAPAIAN YANG DIRAIKAN:

🌟 Ahmad Zamirruddin bin Ahmad Zaini
Penyertaan TERAFECTA NextGen Leaders

🌟 Muhammad A***n Azrai bin Zarrin
Penyertaan TERAFECTA NextGen Leaders

🌟 Danisha Janeeta Daniela binti Md Daut
Tempat Keempat Pembaca Bestari PPDKN 2026 (SK-BI)

🌟 Nurul Qairatul Hasya binti Muhamad Hosni
Johan Bicara Buku PPDKN 2026 (SK-BI)

🏆 PENGIKTIRAFAN SEKOLAH

SK Tok Jiring turut diraikan atas pengiktirafan sebagai Microsoft Elevate Showcase School 2026–2027.

Penghargaan tersebut telah diterima oleh Cikgu Abd Rahim bin Abd Rahman, Guru Besar SK Tok Jiring, dalam majlis perhimpunan bulanan berkenaan.

💐 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah serta barisan pentadbir, guru-guru dan seluruh warga SKTJ yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan padu.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus atas pengiktirafan dan sokongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk seluruh warga TJ’NiUS terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan pendidikan digital.

💙💛 Terus Melangkah, Terus Cemerlang!

🌟 TJ’NiUS Sungguh Sokmo! 🌟

“Ilmu Teras Jaya, Akhlak Tonggak Kegemilangan”











🏆✨ TAHNIAH & SYABAS SK TOK JIRING! ✨🏆🌟 SATU LAGI KEJAYAAN MEMBANGGAKAN WARGA TJ’NiUS! 🌟Alhamdulillah, syukur ke hadrat A...
05/11/2026

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS SK TOK JIRING! ✨🏆

🌟 SATU LAGI KEJAYAAN MEMBANGGAKAN WARGA TJ’NiUS! 🌟

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas satu lagi pencapaian gemilang apabila SK Tok Jiring telah menerima ANUGERAH KHAS TERAFECTA – MICROSOFT ELEVATE SHOWCASE SCHOOL sempena TERAFECTA DIGITAL LUMINARIES AWARDS 2026. 🏆💻

📅 Tarikh: 2 November 2026
📍 Tempat: Dewan Jubli Perak, Bandar Baru, Kuala Nerus, Terengganu

🏅 Pengiktirafan yang diterima:
🏆 Trofi Anugerah Khas TERAFECTA
📜 Sijil Pengiktirafan
💰 Sumbangan RM400

Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna kepada SK Tok Jiring atas komitmen dan usaha berterusan dalam memperkasa pendidikan digital, membudayakan inovasi serta mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

💙💛 Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada barisan pentadbir, Team Digital SKTJ, guru-guru serta seluruh warga sekolah yang sentiasa berganding bahu dalam merealisasikan kecemerlangan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus (PPD KN) atas bimbingan, sokongan dan dorongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk SK Tok Jiring terus melakar lebih banyak pencapaian, memperkukuh budaya inovasi dan melahirkan generasi yang celik digital, kreatif serta berdaya saing.

✨ Satu pengiktirafan, seribu inspirasi!

🚀 TJ’NiUS Sungguh Sokmo!

“Ilmu Teras Jaya, Akhlak Tonggak Kegemilangan”











𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐑𝐌𝐓) 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐮𝐬𝐮 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 (𝐏𝐒𝐒) 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝...
04/11/2026

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐑𝐌𝐓) 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐮𝐬𝐮 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 (𝐏𝐒𝐒) 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐚𝐬𝐤𝐢𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧

25 Oktober 2026
12:00 tengah hari - 3:00 petang
Bilik Mesyuarat SK Tok Jiring

Guru terlibat:
Cikgu Norhazwanti binti Yusoff (PK HEM)
Cikgu Nomaria binti Zakaria (Penolong Penyelaras RMT)
Cikgu Nor Hasiken binti Muda (Penyelaras PSS)
Cikgu Normuhaida binti Mohd Noor (Penolong Penyelaras PSS)
Cikgu Rozita binti Razali
Cikgu Siti Hajar binti Abdul Halim

Taklimat Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 2026Hari : SelasaTarikh : 3 Novem...
03/11/2026

Taklimat Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 2026

Hari : Selasa
Tarikh : 3 November 2026
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Peserta : Semua Guru

Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama guru-guru SKTJ yang bersama-sama di dalam taklimat ini. Semoga majlis kita nanti akan dipermudahkan dan membawa seribu kenangan manis buat murid-murid kita, insyaallah.





KEJOHANAN TENIS MASTER TERENGGANU Tarikh : 30 - 31.10.2026Masa : 8.00 PAGI - 6.00 PTGTempat : GELANGGANG TENIS MBKTPenga...
01/11/2026

KEJOHANAN TENIS MASTER TERENGGANU

Tarikh : 30 - 31.10.2026
Masa : 8.00 PAGI - 6.00 PTG
Tempat : GELANGGANG TENIS MBKT
Penganjur BERSAMA : PERSATUAN TENIS TERENGGANU (PTT) , MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU ( MSNT ), DUNLOP MALAYSIA,
Guru Pembimbing: CGU SHARIFFA MAZNAH BT WAN BAHARU

Peserta : NURALESHA AZZAHRA BT MOHD AZRUL ( 5 IBNU SINA)
Kategori: GU14- (PEREMPUAN BAWAH 14 TAHUN)
Pencapaian : JOHAN

Tahniah buat anakanda Alesha 💪👏





SELAMAT MENDUDUKI UPKK 2026Semoga semua anak-anak SKTJ diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan menjawab soalan. 💪👍B...
31/10/2026

SELAMAT MENDUDUKI UPKK 2026

Semoga semua anak-anak SKTJ diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan menjawab soalan. 💪👍

Bittaufiq wannajah,

Kafa SK Tok Jiring
🌹





📖🤲 PROGRAM BACAAN YASIN WARGA SK TOK JIRING 🤲📖📅 Khamis | 29 Oktober 2026Alhamdulillah, pagi yang penuh keberkatan dimula...
28/10/2026

📖🤲 PROGRAM BACAAN YASIN WARGA SK TOK JIRING 🤲📖

📅 Khamis | 29 Oktober 2026

Alhamdulillah, pagi yang penuh keberkatan dimulakan dengan alunan bacaan Surah Yasin secara bersama-sama oleh warga SK Tok Jiring. 🌷

Program bacaan Yasin yang menjadi amalan mingguan ini merupakan salah satu pengisian kerohanian dalam usaha menyemai kecintaan terhadap al-Quran, membentuk sahsiah terpuji serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

🤲 Semoga setiap ayat suci yang dibaca dan doa yang dipanjatkan menjadi asbab turunnya rahmat, ketenangan serta keberkatan daripada Allah SWT.

Mudah-mudahan seluruh warga SKTJ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi daripada segala musibah, dipermudahkan urusan serta diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.

💚 “Indahnya memulakan hari dengan kalam Ilahi, menenangkan jiwa dan menyuburkan iman di hati.”

✨ Ilmu Teras Jaya, Akhlak Tonggak Kegemilangan.








Address

Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (Sekolah Kluster Kecemerlangan)
Kuala Terengganu
21060TERENGGANUDARULIMAN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tok Jiring posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Tok Jiring:

Shortcuts

Share

Nearby government services