06/11/2026
💐🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆💐
🌟 6 AHLI PANDU PUTERI TUNAS SK TOK JIRING RAIH ANUGERAH PERINGKAT KEBANGSAAN! 🌟
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat warga SK Tok Jiring (SKTJ) apabila seramai 6 orang ahli Pandu Puteri Tunas telah berjaya menerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2026 setelah berjaya menyempurnakan Cabaran Pandu Puteri Tunas 2026 Peringkat Kebangsaan.
📅 Tarikh: 4 – 6 November 2026
📍 Tempat: Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya
🏅 Pengiktirafan berprestij ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen, disiplin dan kesungguhan murid-murid dalam menyempurnakan cabaran yang ditetapkan.
✨ Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada murid yang terlibat, malah turut mengharumkan nama SK Tok Jiring di peringkat kebangsaan.
💐 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada keenam-enam penerima anugerah, guru-guru pemimpin Pandu Puteri Tunas serta semua pihak yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan menuju kejayaan ini.
1. AFIYA FARHA BINTI AZRUL AMRI
2. WAN NAZEEHATUL HUSNA BINTI WAN SIRAJUL FAHMI
3. NURSYARAFANA IRDINA BINTI MOHD ZAKRI
4. TENGKU NUR QAIREEN ZAHRA BINTI TENGKU ROSLAN
5. ALYA BATRISYIA BINTI KHAIRUL ANUAR
6. NURUL AZYYATI ZHAFIRA BINTI MOHD ROFE
Guru pengiring
RAJA SABARIAH BINTI RAJA ABDULLAH
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SKTJ untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
🌷 “Disiplin Membentuk Jati Diri, Usaha Membawa Kejayaan.”
💙💛 TJ’NiUS Sungguh Sokmo! 💛💙