Pejabat Tanah Kulai

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Tanah Kulai Semakan Bayaran Cukai Tanah Boleh Di Buat Secara Atas Talian Di https://johorpay.johor.gov.my

27 OKTOBER 2026 (SELASA)   |   16 JAMADIL'AWAL 1448HHOTEL LE GRANDEUR, SENAIKURSUS PEMANTAPAN PROSEDUR PENGAMBILAN TANAH...
30/10/2026

27 OKTOBER 2026 (SELASA) | 16 JAMADIL'AWAL 1448H
HOTEL LE GRANDEUR, SENAI

KURSUS PEMANTAPAN PROSEDUR PENGAMBILAN TANAH.

Objektif kursus ini bertujuan untuk mempelajari ilmu serta memberi pendedahan secara komprehensif kepada semua kakitangan yang terlibat berkaitan dengan pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960(Akta 486).

Taklimat berkenaan telah disampiakna oleh Tuan Haji Mohmad bin Alias, Penasihat Dan Perunding Dalam Bidang Pengambilan Tanah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.



17/10/2026
12/10/2026

  – Kerajaan Johor akan menggerakkan pelaksanaan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini bermula 12 Oktober 2026 sehingga keadaan jerebu kembali pulih, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang kini berada pada tahap tidak sihat dan membimbangkan.   Sola...

10/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

– Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







09/10/2026
07/10/2026

  – Semua sekolah di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara demi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus menjadi keutamaan.   Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat ...

04 OKOTOBER 2026 (AHAD)   |   22 RABI'UL AKHIR 1448HBANDAR PUTRA, KULAI𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐄𝐒𝐓𝐈𝐂 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 @ 𝐗...
06/10/2026

04 OKOTOBER 2026 (AHAD) | 22 RABI'UL AKHIR 1448H
BANDAR PUTRA, KULAI

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐄𝐒𝐓𝐈𝐂 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 @ 𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐄 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

Yang Berhormat Dato’ Hj Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, telah hadir merasmikan Majestic Johor Festival 2026 @ Xplore Kulai yang berlangsung di Bandar Putra, Kulai.

Program cetusan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ini merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan Negeri Johor dalam mengetengahkan potensi pelancongan berasaskan komuniti serta memperkenalkan keunikan dan tarikan yang terdapat di Daerah Kulai.

Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Fizwan bin Dato’ Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai; Encik Mohammed Aqil Harris Bin Mohd Lana, wakil rasmi Pengarah Tourism Negeri Johor; YB Tuan R Kumaran, ADUN Bukit Batu; Puan Hajah Afzan binti Azhari, Pentadbir Tanah Daerah Kulai; Tuan Haji Muhammad Shahril Aziz bin Abd Gapar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai; YB Dato’ Hj A Rahim bin Nin, Pengerusi Eksekutif REV Mastery x GGR, ketua-ketua jabatan, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim serta para tetamu jemputan.

Penganjuran ini menjadi platform untuk mengetengahkan produk dan tarikan pelancongan tempatan, di samping memperkukuh kerjasama antara kerajaan, agensi, komuniti dan pihak swasta dalam merancakkan sektor pelancongan serta ekonomi setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, khususnya para penaja dan rakan strategik, atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga Majestic Johor Festival @ Xplore Kulai terus menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan Daerah Kulai dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti setempat.

05/10/2026

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditentukan berdasarkan data pemantauan serta kaedah pengiraan standard yang telah ditetapkan bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan konsisten. Keadaan udara yang dilihat di sesuatu kawasan p**a boleh dipengaruhi oleh faktor cuaca dan persekitaran setempat.

Oleh itu, perbezaan antara keadaan yang dapat dilihat dengan bacaan IPU tidak semestinya menunjukkan ketidaktepatan bacaan. Begitulah bacaan IPU ditentukan iaitu berdasarkan data pemantauan rasmi dan kaedah yang telah ditetapkan, sebelum ini.








SEKALUNG TAHNIAHkepadaPEJABAT TANAH DAERAH KULAIdi atasPencapaian CEMERLANG Mematuhi Pengurusan Pungutan Hasil Panjar Wa...
02/10/2026

SEKALUNG TAHNIAH

kepada
PEJABAT TANAH DAERAH KULAI

di atas
Pencapaian CEMERLANG Mematuhi Pengurusan Pungutan Hasil Panjar Wang Runcit, Pelaksanaan Pemeriksaan Mengejut Arahan Perbendaharaan (AP 309) Dan Rekod Pengunaan Setem Yang Telah Dilaksanakan Oleh Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bagi Tahun 2026.


Address

Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Kulai, Persiaran Indahpura 6
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6076631809

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Kulai:

Share

Nearby government services