Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

07/11/2026
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌Pegawai Daerah Kulim te...
05/11/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌

Pegawai Daerah Kulim telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar praktikal yang telah menamatkan tempoh latihan industri di Pejabat Daerah Tanah Kulim sebagai tanda penghargaan atas segala komitmen, usaha dan sumbangan yang diberikan sepanjang menjalani latihan.

Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang berada di PDT Kulim menjadi bekalan berharga dalam melangkah ke alam pekerjaan serta membina masa depan yang cemerlang.

Terima kasih atas segala sumbangan dan selamat maju jaya!

𝙈𝙀𝙎𝙔𝙐𝘼𝙍𝘼𝙏 𝙅𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉𝙆𝙐𝘼𝙎𝘼 𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼 𝙆𝙀𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 (𝙅𝙆𝙆𝘿) 𝙆𝙐𝙇𝙄𝙈 𝘽𝙄𝙇. 2/2026Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat ...
05/11/2026

𝙈𝙀𝙎𝙔𝙐𝘼𝙍𝘼𝙏 𝙅𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉𝙆𝙐𝘼𝙎𝘼 𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼 𝙆𝙀𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 (𝙅𝙆𝙆𝘿) 𝙆𝙐𝙇𝙄𝙈 𝘽𝙄𝙇. 2/2026

Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Kulim Bil. 2 Tahun 2026, yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.

Mesyuarat JKKD Kulim merupakan platform penyelarasan di peringkat daerah bagi memastikan aspek ketenteraman awam, keselamatan serta pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan menyeluruh melalui kerjasama strategik antara agensi berkaitan.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selaku urus setia mesyuarat serta setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM, ATM, Jabatan Perpaduan Kulim, Pejabat Agama Kulim, AADK Kulim, KPDN Kulim, Jabatan Imigresen Kulim, JAS Kulim, APM Kulim dan Pejabat Kesihatan Kulim atas kehadiran serta pembentangan laporan agensi masing-masing dalam mesyuarat kali ini.

Semoga komitmen dan kerjasama erat semua agensi terus memperkukuh kesiapsiagaan, keselamatan serta kesejahteraan masyarakat di Daerah Kulim.

🌿 MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT 🌿Dengan penuh rasa kesyukuran, satu Majlis Bacaan Yaasin akan diadakan pada jam 8.3...
05/11/2026

🌿 MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT 🌿

Dengan penuh rasa kesyukuran, satu Majlis Bacaan Yaasin akan diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kulim.

Majlis ini diadakan khusus untuk mendoakan: 🤲 Ahli keluarga yang bakal menduduki peperiksaan. 🤲 Ahli keluarga yang sedang diuji dengan kesakitan. 🤲 Ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga bacaan Yaasin dan doa yang dipanjatkan menjadi asbab segala urusan dipermudahkan, diberikan kesembuhan kepada yang sakit, ketenangan kepada yang menghadapi ujian serta rahmat dan keampunan buat insan yang telah pergi.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗗𝗧 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠 (𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲...
02/11/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗗𝗧 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠 (𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲)

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pegawai Daerah Kulim bagi bulan November 2026 telah berlangsung pada jam 7.15 pagi tadi, dengan kehadiran para Pegawai KCS Kulim serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.

Majlis dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan, Bacaan Doa, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Allah Selamat Sultan, Bacaan Ikrar, diikuti Penyampaian Ganjaran Kemenangan sempena SUKPEN 2026 bagi acara Sukan Badminton. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan serta amanat daripada Pegawai Daerah Kulim.

Sejurus selesai perhimpunan bulanan, majlis diteruskan dengan sambutan dan jamuan ringkas sempena meraikan hari lahir kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim bagi bulan Julai, Oktober, November dan Disember 2026.

Selamat menyambut hari lahir diucapkan kepada semua kakitangan yang diraikan. Semoga dikurniakan usia yang berkat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga.

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐌𝐈𝐍𝐓𝐎𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐒𝐔𝐊𝐏𝐄𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔)𝟑𝟏/𝟏𝟎/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)Pegawai Daerah Kulim, mewak...
01/11/2026

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐌𝐈𝐍𝐓𝐎𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐒𝐔𝐊𝐏𝐄𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔)

𝟑𝟏/𝟏𝟎/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)

Pegawai Daerah Kulim, mewakili Team Badminton PDT Kulim, sempena Kejohanan Badminton, Sukan Pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman (SUKPEN 2026). Kejohanan Dwi Tahunan ini, yang disertai oleh Pejabat - Pejabat Daerah dari seluruh Negeri Kedah Darul Aman, termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Pejabat Tanah dan Galian Kedah (PTG) dan Pejabat Kewangan Negeri Kedah (SFO).

Penganjuran SUKPEN 2026 ini, memainkan peranan yang sangat dinamik dalam membangunkan modal insan, memperkukuh integrasi sosial dan dalam masa yang sama membina semangat muhibah, toleransi, dan persefahaman yang erat apabila mereka bertanding dalam suasana yang sihat.

Alhamdulillah dalam Kejohanan Badminton SUKPEN 2026 pada edisi kali ini, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah mendapat tempat Ketiga dan ini satu pencapaian yang terbaik setakat ini. Pada edisi kali ini Pejabat SUK Kedah telah menduduki Tempat Pertama dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda menduduki Tempat Kedua.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Kelab Sukan dan Rekreasi, Pejabat SUK Kedah, di atas penganjuran yang sempurna dan ucapan terima kasih juga kepada seluruh pemain yang terdiri dari warga Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Kedah Darul Aman. InnShaAllah kita jumpa lagi edisi seterusnya pada Tahun 2028 nanti.

PDT Kulim TERBAIK 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼.


📢 KENALI FUNGSI PORTAL AWAM e-TANAH KEDAH💻 Pengurusan WakilPortal Awam e-Tanah Kedah menyediakan fungsi pengurusan wakil...
29/10/2026

📢 KENALI FUNGSI PORTAL AWAM e-TANAH KEDAH

💻 Pengurusan Wakil

Portal Awam e-Tanah Kedah menyediakan fungsi pengurusan wakil bagi membolehkan maklumat wakil Firma Guaman dan Jurukur Berlesen dikemas kini secara dalam talian.

✨ Nantikan pelaksanaan Sistem e-Tanah Negeri Kedah tidak lama lagi!



29/10/2026

Address

Jalan Tunku Mohd Asaad
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047029080

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim:

Share

Nearby government services


Other Government Officials in Kulim

Show All